Saturday, December 18

Short Update

DREAM BIG

will be back soon. lost in action. been kidnapped somewhere.

merry christmas in advance peeps. =)

Saturday, December 11

LANDSCAPE DESIGN

haa teros sumbat kat title kau! untok menunjokkan bahawa i already succeed ridding the final for this sem eventhough landscape paper yesterday like soooo damn janji final dah habes. heh. holiday? nah not so fast. do not forget about the PSM's titles submission huu.

yesterday, was a girl's day out with the housemates. and the best part was, i watched rapunzel again, for the second time but still, i felt like watching it again! haa siapa lak yang aku nak ajak after this? and for the thing i just knew yesterday, the cinema in square one already provided 3D movies lah! dah seminggu akak counter cakap. waa awesome lah BP sekarang! heh. i was so eager to watch the 3D one, but have to considered the others so it's okay for me to watch yang biasa biasa pon janji i can watch it AGAIN! makkk dah addicted lah macam addicted movie the simpson sampai tengok tiap tiap hari pon aku boleh gelak macam belom tengok lagi. addicted!

eksaited terlebih.

gila ke? TAK lah! normal je. just addicted!


Thursday, December 9

One More To Go.


French Language
Structural Design
Construction Materials and Testing
Building Procurement
OSHA
Landscape Design

yeah babayy, can u see how much more left for me?? one more yeah one more! truly cant wait for my holiday as most of u already started and ada some yang already get bored with their semester break right? demm i am so yesterday and aku tak jeles pon haha. takpe takpe tunggulah turn aku lak yang holiday sampai bosan.

but but but,
one more 'barrier' before i start my holiday after tomorrow's paper,

SUBMISSION OF PSM's TITLE.

wooheehooo~ dah final year lah gila sem depan!

btw, very big congratulations to my seniors yang dah berjaya finished up this degree. may all of u will lead a better future after this. amin~ =)
and congrats jugak for those yang berjaya further master~

Sunday, December 5

Jangan Berdendam.

Let bygone be bygone. hari ini nak bagi ceramah sikit pasal dendam, or vangeance, or grudge, or vengeance in french. ah, same aje la semua cakap banyak pulak kau!

menurut kajian psikologi, marah kita hanya dalam 4 minit setengah sahaja. kalau dah lebih daripada itu, maka dikategorikan sebagai dendam. haa jangan nak cakap kau tak pernah berdendam kalau kau pernah marah sehari semontok. jangan.

sebab apa berdendam? luka dalam hati yang mendalam atau kita teraniaya, atau sebab tak nak memaafkan, hati masih kotor jiwa masih gelap. pinangan ditolak, fitnah yang disebarkan, boyfriend atau girlfriend yang berskandal, atau manusia yang berskandal dengan boyfriend atau girlfriend, confirm korang dendam lah sebab sure sangat marah lebih daripada 4 minit setengah kan kan kannnn?

dendam tak bagos untok kesihatan. sebab dendam berkait rapat dengan perasaan marah. eh marah pon tak baik untok kesihatan ke? haa yeee marah juga turut tidak baik untok kesihatan! menurut cikgu Biologi aku zaman sekolah dulu, sekali kita marah, beribu sel dalam badan kita akan mati. aku tak tahu la sahih ke tak. kalau dia tipu aku maka aku tipu korang lah. tapi tak mengapa, kalau tak betol pon pretend je macam betol, nanti automatically kita semua akan jadi cool taknak marah marah lagi sebab sayangkan sel-sel dalam badan tak nak kasik mati. haaa pandai pandaiii~

tips mengawal perasaan amarah yang membara atau tak berapa nak membara sangat? aku dah pernah membebel di sini pengurusan perasaan marah.

sekarang nak bercakap pasal dendam bukan pasal marah.

kepada sesiapa yang menyimpan dendam, tak akan membuatkan kita menjadi kaya raya pon. semakin kita dendam, semakin kita menjadi gila. kerananya?
  • kita akan jadik sebok nak duk tauuu pasal orang tuh jaa haa~ mak aih tak penat ke nak ambil tahu pasai orang?
  • dendam akan jadik dengki. bila dengki duit pon cepat habes. erkk? okeh, sebagai contoh, situasi hidup berjiran. si A ni berdendam dengan si B. memang dah langsung tak boleh nak ngam. bila si B beli langsir baru, disebabkan perasaan marah dan dendam yang membuak-buak, dia perlu menang si B tak boleh lebih daripada dia, maka dibelinya juga langsir baru. gilo! boleh diterima la tuh kan contoh itu kan?
  • dendam turut membuatkan kita jadi gila. contoh? ambik je la situasi tadi sebagai contoh pandai-pandai lah korang predict sendirik eheh.
  • bila berdendam dengan orang cantek, self-esteem kita akan menjadi rendah. haa ini cara dendam yang merendah diri walaupun nampak macam bagos tapi tetap tak bagos. bila self-esteem rendah, confidence pon rendah. bila confidence rendah, tak sexayyy bebeh!
  • badan saket hati saket minda saket.
  • hubungan sesama kita tergugat dan goyah.
  • bermacam lagilah ini semua teori aku reka sendirik. aku percaya otak korang turot akan memikirkan sebab-sebab lain yang tiada tercatat secara automatik sebab korang dah baligh dah tahu pikir sebab dan akibat baik dan buruk.
  • yang pasti, dendam menyebabkan hati kita kotor. hidup tak berkat sebab hidayah (petunjuk) tak dekat.
bila kita dendam kita asyik nak marah je. bila marah, muka yang adorable gila pon jadik gila tak adorable.

okeh, aku dah tak nak dendam dendam dah. membazir masa. bikin masalah je. nanti cepat tua. dosa pon banyak dapat. sedangkan Rasulullah s.a.w pon memaafkan umatnya. cukop cukop lah dengan dosa yang aku sendirik bikin.

cara terbaik menghapuskan dendam, MEMAAFKAN! then hati jadik bersih, kita pon bebas daripada dendam dan segala penyakit, happy ending =)

hereby, aku declare aku maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan aku sebar fitnah ke, 'ter'skandal dengan boyfriend aku ke, boyfriend aku layan perempuan lain ke, haa contoh sahaja itu semua okeh saje bikin kontroversi jap. secara realitinya, aku maafkan semua. dah lama dah aku maafkan semua aku dah tak simpan perasaan marah atau dendam dah. i am COOL bebeh! =)

marilah bersama-sama kita saling memaaf maafi. dendam lagi banyak negative daripada positive. TAK BEST!

Saturday, December 4

Love and Other Drugs.

cerita ni dah ditayangkan dekat UK sana tapi Malaysia lambat lagi, 13 januari. maka mampu tengok trailer je sekarang sambil bertasbih cepat lah release cepatlah release dah tak sabar gila nak tengok BOYFRIEND kiteeee~ erkkk!

HARAP MAKLOM: trailer ini mengandungi unsur-unsur 18 tahon ke atas. budak bawah umur jangan sebok nak tengok kalau tak aku sumpah kau tak past exam muahaha!



haaa nampak tak nampak tak boyfriend kite JAKE GYLLENHAAL tuuuuuu?? wah wah berlakon dengan Anne Hathaway lagik ye awak saya sangat sukaaaaaa!! ohoo obvious sangat kah keterujaan?? okeh, berbalik menjadi cool.

Jake Gyllenhaal dah pernah berlakon dengan Anne Hathaway dalam cerita brokeback mountain. aku tengok sikit je cerita tuh sebab tak boleh nak terima walaupun adek aku beria cakap best gila best gila. yelah, menang oscar kan ye tak? tapi tetap geli gak nak tengok tsk tskkk!

okeh, cerita love and other drugs ni kesah dia adalah mengenai Jamie Randall yang sangat playboy bekerja sebagai penjual viagra. lepas itu dia jumpa dengan Maggie Murdock and berjatuh chenta lah mereka. tapi Maggie ni sakit parkinson. dan bersama-sama lah mereka melalui dan menempuhi liku-liku kehidupan demi menjaga cinta yang telah dibina ecewah ayat sangat tak boleh belah!

cerita ni genre dia romantic comedy so tak adalah serius sangat kalau tengok trailer part yang last tuh pon aku dah dekak. eheh. tapi ingat, hanya untok 18 tahon KE ATAS sebab ada unsor yang budak bawah 18 tahon tak boleh tengok. ecewah apa kau ingat umor kau dah 20 tahon dah besar sangat lah ye fatin athirah?? erkk janji dah 18 tahon ke atas haha!

tak sabar wey nak tengok boyfriend kita dengan bukan kita (Anne Hathaway) woohoo tak sabar tak sabar!

p/s: baru lepas tengok cerita Rapunzel tadi wahhhh best gila comel gila nak tengok lagiiii!!

Thursday, December 2

Allah Maha Agung.

let's start with a story. a nice one.

Kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu

-a story taken from fb. nice huh? Subhanallah~

maksud Ayat Kursi:

“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(al-Baqarah: 255)

Ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung di dalam Al-Quran. malah turut disebut sebagai penghulu bagi segala ayat-ayat suci Al-Quran. Kursi menurut bahasa Arab ialah kerusi. tapi dalam konteks ayat ini Kursi merupakan arasy Allah, iaitu kerusi tertinggi yang diduduki Allah. the exact meaning is not like the real kerusi sitted by Allah, no. arasy is the way to show us that Allah is the Almighty, Allah tuhan kita yang tertinggi, Allah Maha Agung. that is the definition from my behalf, referred to the things i have been learning in my secondary school years ago. if i was wrong, do set me right. =)

Allah Maha Melindungi, Maha Penyayang. barang siapa yang menurut segala perintahnya, akan dihadiahkan kepada hambanya itu hadiah yang tiada nilai gantinya, macam cerita yang kat atas tu. seorang perempuan yang baik akhlaknya, terpelihara maruahnya dan berterusan terpelihara maruahnya.

ini ada sedikit info penting(sila kelik) yang aku search from the internet of course. silalah baca bagi mereka yang singgah. tak rugi kita tambah pengetahuan mengenai ayat Kursi ni. jangan duk ingat ayat Kursi ni ayat nak ngalau hantu je. nak jawab exam pon amalkan lah baca ayat Kursi, time jawab exam tibe-tibe tak ingat pon boleh amalkan sebab insyaAllah, kita boleh dapat petunjuk. i've been doing this since my secondary school atas pesanan seorang ustaz time form 1, till now. Alhamdulillah, insyaAllah menjadi.

and these are some of the fadhilat of ayat Kursi:

  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
  • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah.
  • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
  • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
  • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

entry kali ni bukanlah aku tiba-tiba nak tunjok baik, no. aku kagom bila baca cerita tadi. as a Muslim tak salah kita kongsi apa yang kita dapat. ilmu is untok semua. simpan sorang sorang pon tak akan jadi kaya raya gak. ini peringatan untok aku sendiri, sebab aku bukan sempurna. dan sekadar mengingati antara kita semua. mudah-mudahan.

Sunday, November 28

dah tukar address dah tukar name lah wewey !

haa esok exam ye rakan rakan exam first paper untok sem 5 ini exam bahasa perancis oh ye saya sangat malasnye la wewey nak study haa sempat lagi nih hupdate belog yang dah agak lama juga tidak berteman dengan entry baru oh wewey WTF?? aish!

kembali kepada berita BERNAMA tajuk entry haa ye dah tukar nama dah belog saya ini ye kerananya sekarang tak mampu nak beli Haagen-Dazs tiap kali baca nama belog dulu oh enaknya Haagen-Dazs tapi macam susah nak dapat nak makan hanya mampu menelan saliva sahaja degup degap huuu~

dan segalanya telah bertukar kannnnnn~ al maklomlah orang yang malas nak study TERrajin pula membuat benda lain TERrajin pula menggodek belog segala bagai menukarkan apa yang kononnya patot padahal tak patot pon.

kalau kepada sesiapa yang tak pernah perasan tuh mari kita membuat perbandingan antara belog lama dan baru tapi gambar belog lama tak hengat pula i nak screenshot tapi tahu saje ada kau semua kesah kannn?

okayy, okayy, dah mari kita berhenti mencarot. dulu belog lama namanya Haagen-Dazs; ENAK kan maka sekarang mari meng-OMEL lah pulak. dulu fatinatiewawa.blogspot sekarang atiewa-ngomel.blogspot lah pulak. dulu berwarna purple sekarang berwarna hijau lah pulak. buat masa sekarang ye rakan rakan masa yang akan datang aku nak letak ini belog alessandra ambrosio lah pulak. erkkkk, lagi sekali WTF?? okeh, good luck ye kepada saya dan rakan rakan tahun tiga kursus construction management yang berada di UTHM, parit raja untok the very first paper esok dan selamat malam~

inilah alessandra ambrosio tolonglah kenal
p/s: haa amek kau nama penoh aku type 3BPC siap lokasi sekali hins hins.

Tuesday, November 9

i am writing craps


sedang flu. rasa macam nak tanggal hidong jap rendam dalam air panas. seronoknya! lately rasa macam penulisan kian gedik. lantaklah!

budak-budak sekarang cepat sangat matang kan? atau aku je yang rasa sedemikian rupa. betol, rasa macam mereka sangat cepat matang. badan besar-besar, cara cakap pon besar-besar. salah pemakanan kah? atau keadaan sekeliling kah? dulu aku time sekolah rendah masih main sanding-sanding tanpa sebarang perasaan. tapi budak sekolah rendah sekarang dah main kahwin-kahwin dengan sepenuh perasaan.

dulu, aku langsung tak reti masak. setakat megi ngan nasik goreng je lah. tapi megi aku buat bukan sebarang. megi spesial. eheh. umur 18 pon tak reti masak lagi. muda lagi kot. time tuh pikiran, alah, baru 18 lah! nanti da nak kahwin belajo lah! kannnn??

tapi bila dah dengan ilham, dia paksa aku belajo masak. cakapnya malulah anak dara tak pandai masak. siap ugot kalau aku tak reti masak 18 jenis lauk time cuti sem dia tak akan makan apa yang aku masak lepas tuh. so pelan-pelan belajo dengan mama. hebat penangan beliau. tapi masih belajo acuh tak acuh, tak serius sangat. sampai lah sendiri sedar yang seronok kalau dapat kasik orang tersayang tak kesah lah siapa pon janji kau sayang makan hasil masakan kita. satisfaction undefined!

sekarang dah 20 tahon, dah reti masak banyak jenis lauk. sebab kesedaran secara naturally datang. rugi perempuan tak tau masak. sebab masak memasak ni seronok. so tak kesah lah kau umur muda lagi pon belajo lah masak. aku kagom dan jeles budak yang umur bawah daripada aku masak macam pro. haa matang tang tuh tak ape!

dulu, aku hidop nak enjoy je. semua yang aku nak aku mintak then aku dapat. selagi ada duet, selagi tuh aku habeskan. dah habes, mintak lagi. dulu, jahil gila bab saving menyaving. sekolah, matrik, sem 1 di menara gading, zaman-zaman menghabiskan duet dengan sia-sia belom berakhir. kalau aku tak salah kira, aku dah habeskan almost 8K time sem 1 dulu. sem 2 dah kena marah dengan ilham. baru berjinak nak saving menyaving. tapi belom berjaya. but practice make perfect. sekarang aku berjaya sampai dah jadi tahap kedekot gila! bapak ah~ XD

dulu masa umur belasan tahon lagi, hidop memang tak nak serius langsung. tak pandai lagi nak sayang orang secara serius, tak reti lagi nak pikir pasal hidop secara serius, belajo pon tak serius. memang tak serius lah! tapi Alhamdulillah ada ilham, pandai dah aku nak serius.

aku dapat rasa aku macam baru grown up, baru nak matang. that's why lah kot aku jadik macam 'asal budak ni cepat sangat matured ek biarpon umur baru 14 ke 15 ke, 16 ke' haa, macam tu lah kot! bukan mendengki tapi muhasabah diri. aku kot yang lambat sangat membeso~

aku bukan nak penohkan entry ni dengan nama ilham pon. aku just nak mencarot pasal keadaan tak matang aku dulu je sehingga menjadi sedikit grown up sekarang. tapi secara tak sedar, sebenarnya ilham yang mematangkan aku. i wonder if bukan ilham yang aku jumpa, rasanya aku still demand macam dulu, tak pikir susah pikir senang je, apa aku nak wajib aku dapat, degil nak mampos.

tapi, aku still suka tengok karton, still suka main game barbie online, still kalau tengok barbie rasa macam nak beli, still boleh main pondok-pondok melayan si alyaa and hawa, still main the sims 3 sampai tak tido malam pon takpe. heh~ XD

Thursday, November 4

tag from MENA, ATY & INA

meh aku jawab dalam belog ye. boleh ye anda bertiga =)

acik(ina), angoh(mena), anjang(aty)

"ABC About You" :

INSTRUCTIONS: Fill out these questions and make a new note called "ABC About You." Then tag 25 people. If you got tagged by me, you have to take this survey and re-post it! Don’t forget to tag me because I want to know more about you!


A - AVAILABLE: tak!

B - BIRTHDAY: 15 March

C- CRUSHING ON: pompuan yg dlm cite gumiho tu huu sumpah comel!

D - DRINK YOU LAST HAD: air suam

E - EASIEST PERSON TO TALK TO: bonbon tapi dia bukan person! aku cakap dalam hati je dengan dia~

F - FAVORITE SONG AT THE MOMENT: only girl- rihanna. versi layan perasaan lak, kissin' you- miranda cosgrove

H - HOMETOWN: kuala terengganu

I - IN LOVE WITH: ilham lah! *big grinnn~

J - JUGGLE: oh WTH??

K - KILLED SOMEONE: belom lagi tapi ada terasa nak buat. for this moment rasaku itu tiada, anda semua selamat.

L - LONGEST CAR RIDE: entah

M- MILKSHAKE FLAVOR: vanilla

N - NUMBER OF SIBLINGS: 4! je suis la le premiere~

O - ONE WISH: tanak bagitauuu~

P - PERSON YOU CALLED LAST: ilham, discuss, or to be exact, menganjing about resume

R- REASON TO SMILE: saya senyom untok mengingatkan diri saya yang saya adalah kuat!

S - SONG YOU LAST HEARD: kiss me- sixpence none the richer

T - TIME YOU WOKE UP: 10.30am. kot.

U - UNDERWEAR COLOR: transparent! haa mek kau sebok je nak tau

V - VEGETABLE: tolak kacang panjang & timun je kot. yang lain aku membedal aje

W - WORST HABIT: bile da jadik baru sebok nak betolkan

X - X-RAYS YOU'VE HAD MOST RECENTLY: lepas PLKN b4 masok UTHM

Y - YOYOS ARE: game yang sangat seronok bila tengok experts main but after that akan tersedar dan tertanya, APA MOTIF KAU MAIN YOYO WEY??

Z - ZODIAC SIGN: pieces~

RANDOM QUESTIONS ABOUT YOU

Your favorite number/s: 8

What color do you wear most: yellow. baju aku mcm byk kale kunen je~

Least favorite color: black kot. tp byk gak baju hitam~

What are you listening to: right now bunyik kipas dalam bilik yg kuat nak mampos sampai on call pon orang ley tanye bunyik ape tuh wey?

Are you happy with your life right now: yup yup, sebab ada ilham. haa~

What is your favorite class in school: english, chemistry, biology~

Who is/are your best friend/s: rakan-rakan yang sentiasa ada di kala saya susah. anda tau siapa anda

Are you outgoing: takkkk! serius takkk!

Favorite pair of shoes: janji bukan flat. aku da tak ley pakai flat la. huhu

Can you dance: kau agak?

Can you tie a cherry stem with your mouth: oh lg skali WTH? aku dah phm lain. haha~

Can you whistle: takkkk jugak!

Cross your eyes: takkkk jugak jugak!

Walk with your toes curled: gila tak cam cramp lak kan~

DO YOU BELIEVE IN...

Do you believe in life in other planets: ultraman ley je hidop kat planet pe ntah tu haa~

Do you believe in miracles: maybe lah kot. depends kat mood.

Do you believe in magic: tidak sama sekali.

Love at first sight: entah. tidak pernah ku alami.

Do you believe in Santa: zaman kecik2 dulu ye ah semangat carik stocking kalau time xmas konon nak presents yg santa nak bg kat budak2 tu. DULU je la tapi okayyy! skrg tidak lagi!

Do you know how to swim: tak pena tauuu! sedangkan pantai hnye depan rumah haha penat bapakku mengaja

Do you like roller coasters: sukeeeeeeeeee!!

Do you think you could handle the stuff they eat on those reality shows: aku tnye kau balek, kau nak kasik aku masok reality show ape?

Have you ever been on a plane: yup yup.

Have you ever asked someone out: eh semestinya lah!

Have you ever been to the ocean: kau agakkkk?? aku dah bg hint dah td. haa~

Have you ever painted your nails?: yeah i do i do i dooo!! dulu la tp sekarang tak suke tgk kuku kale2! kotor!

THE WHAT'S

What is the temperature outside?: outside panas inside pon panas. kipas harapkan bunyik je gaung!

What radio station do you listen to: fly n hitz. yg lain tak boley nak terima sebab iklan radio yg malay punye bapak ah mengarot! kipas raku2 lah~

What was the last restaurant you ate at: kfc semalam dgn ilham

What was the last thing you bought: nasik!

What was the last thing on TV you watched: tak ingat lah

THE WHO'S

Who was the last person you IM'd: tak de. tak on9 pon

Who was the last person you took a picture of: ilham. semalam.

Who was the last person you said I love you to: ilham. semalam jugak.

CRYING SECTION

Ever really cried your heart out: yup yup

Ever cried yourself to sleep: yup

Ever cried on your friend's shoulder: nope nope~

Ever cried over the opposite sex: yup *malu lah pulak

Do you cry when you get an injury: nope nope. tak pena lg

Do certain songs make you cry: bila jiwa kacau. tapi once in a blue moon lah

HAPPY SECTION

Are you a happy person?: yupppp!

What is your current hair color: black

CURRENTLY WEARING

What shirt are you wearing: tshirt merah ilham yg punye. xD

Pants: short kotak2 aku yg punye.

Shoes: boot kunen pua chu kang yg punye.eh tak! tipu je.

Necklaces: oh ini tiada.

IN A GUY

Favorite eye color: mata ilham

Short or long hair: rambot ilham

Height: tinggi ilham

HAVE YOU EVER

Been to jail: lalu depan je

Mooned someone: moon bulan ke? ish tak paham

Thought about suicide: pena je. haa~ sudah tidak okeh!

Laughed so hard you cried: so many times kot.

Cried in school: haha neverrr!

Thrown up in a store: neverrrr!!

Wanted to be a model: zaman kecik2 dulu ye ah semua baju nak try pastuh nak catwalk je dalam rumah. sekarang sudah tidak okeh!

Seen a dead body: dalam paper or media counted tak? if yes, then yes lah!

Been on drugs: im cleannnn =)

Gone skinny dipping: oh tidak gila ke ape?

THIS OR THAT

Pepsi or Coke: air suam

McDonald's or Burger King: secret recipe

Single or Group Dates: ilham

Chocolate or Vanilla: vanilla

Strawberries or Blueberries: chocolate

Meat or Veggies: ayam

TV or Movie: movie

Guitar or Drums: both!

Adidas or Nike: both!

Chinese or Mexican: malays. takkan melayu hilang di dunia!

haaa dah jawab dah. jawapan jujur daripada isi hati tuh. haha. jangan annoyed kalau nama ilham terbanyak pulak. jujur dari hati kan. haaa~ xD

Wednesday, November 3

kesah pindah rumah

tengah dalam usaha nak siapkan resume. tapi rasa macam buat resume tak berapa nak menarek sangat. gila lah!

hari sabtu tempoh hari menolong family Muhammad Nurilham kemas barang nak pindah rumah. hari ahad pindah. sumpah banyak gila barang! even bukan rumah aku pon aku boleh jadik sedih time pindah tuh. apatah lagi tuan rumah kan. tak apa, rumah baru cerita baru lah pulak. =)

some pictures taken zaman dolu-dolu di rumah lama Muhammad Nurilham;

sedaya upaya aku carik gambar setiap sudut rumah. tapi gambar ni je yang aku jumpa. tahun 2009 punya cerita. yang gambar sederet aku posing tuh bulan 1 yang kat paling atas bulan 11 gambar ibu and dalam kereta bulan 3. hah amek kau detail teros! XD

semua gambar adalah diambil oleh dak hawa kecuali gambar dia aku yang snap. berguna jugak gambar yang dia ambik banyak-banyak nih eheh~

and ni time proses perpindahan. sempat tangkap sikit saje;


dan juga;

Muhammad Nurilham yang dah terbarai kepenatan sebab pindah barang naik lori XD

perpindahan berlaku dari kampung kurnia ke taman seri setanggi. semoga rumah baru memberi kebahagiaan yang baru yang lebih daripada dulu. aminnn~ =)

p/s: gambar rumah baru ada je tapi tak ley nak upload lagi

Wednesday, October 20

selepas seminggu yang lalu

dah seminggu lebih. dah seminggu lebih belog ni terabai. padan muka kau belog. aku memang sangat malas nak update lately sebab aku pikir buat apa aku layan kau wahai belog baiklah aku buat assignment aku yang berlambak tuh kad untuk kesayangan. tunggu dia dapat dulu nanti aku nak menggatal upload gambar dalam kau.

wahai belog (dear belog), tadi explorace. pertama kali, pertama kali seumur hidup aku pusing universiti tempat aku menimba ilmu dengan berjalan kaki dan berlari. besar kot. sampai tersesat group aku nak carik checkpoint. dah lah jarak tak macam 3km pulak. aish. abes kitorang dapat number 4 daripada 21 group french language padahal kitorang group first yang lepas dari checkpoint number 2. ish, takde rezeki kan belog~ dan kau nak tau apa yang kitorang dapat? oat krunch. Alhamdulillah, ada la jugak daripada takde.

sementelahan itu (erk?), pada hari isnin yang lalu, pak guard UTHM telah memberikan aku satu kenangan manis sepanjang tiga tahun menuntut ilmu. surat saman! first time aku dapat surat saman di sini, bila dah tahun tiga. merasa la jugak kan?

atas kesalahan transepot takde sticker. eheh. apa pun, terima kasih pak guard kerana memberi saya peluang disaman =)

Monday, October 4

parasit-parasit otak

you dont actually love the brain parasites. but they think you do.

1. NS replacement (later on aku membebel about this one)
2. lesen dah mati hari ni
3. weird things while sleeping
4. bangon tido badan jadik merah-merah
5. upcoming test for DESIGN STRUCTURE (lecturer cakap answers for our previous test dah pon dibakar sebab ramai yang tak boleh jawab menyebabkan dia buat test lagi. gila scary!)
6. credit 0.00
7. stupidness
8. tests Landscape Design and Leadership esok (deadly hoping boleh study dengan penoh fokus. aminnnn~)
9. ASSignments ASSignment and yeah, ASSignments
10. future
11. ...
12. ...
13. ...

those are my parasites. kepada siapa boleh ku luahkan ceh serabai! orite, time to TRY to study.
selamat malam~

all time favourite: song for u



almost hundreds times i played this song today. so pendek cerita, better sumbat je dalam belog. well my chenta hati, i dedicated this song for you.

ni lagu paling favourite aku from oasis besides dont look back in anger, little by little, she is love, my generation, masterplan, stop crying your heart out and semua-semua lah! ada ke yang dislike oasis? yang tak kenal oasis? ish pelik sangat tuh!

ni dia band oasis. tajok lagu kat atas tuh is wonderwall. sekian~

p/s: tak keruan dah. aish. plus dgn upcoming testssss, shit lah!

Friday, October 1

hari gila: photoshoot secara sendiri

bermula dengan cerita aku berasa busan yang amat dan mau maen mekap2 so aku mekapkan nurul fatehah secara rela then dengan secara automatik aku maen conteng-conteng muka aku. konsep contengan ialah ketuaan. hasilnya,

ye sangat terok hasil seni daripada diri sendiri. tergamak kau upload dalam ni.

setelah muka diconteng, kening didekatkan, mata pula perlu diselesaikan. hasrat dinyatakan kepada asmanirah lalu dia menjadi volunteer mengusahakan mata. dengan syarat konsep ketuaan dimansuhkan. hasilnya,

aku tak tau konsep apa yang di apply. tapi spooky dan scary macam smoky eyes yang tak menjadik. maka, aku tambahkan konsep keserabaian bagi melengkapkan lagi tema bagi contengan yang baru ini.

sangat seronok dengan mata yang macam hantu dan berbintang maka sesi penggambaran secara solo dijalankan. hasilnya,

yeah, elmo kesayangan sebagai partner sesi penggambaran solo

setelah melihatkan kesungguhan aku 'bersesi penggambaran', maka asmanirah selaku jurumekap turut menjoinkan dirinya bersama. menyebabkan marzalina menjadi jurugambar kami secara serius. hasilnya,

si kening nipis dan si kening tebal

mekap ganas tapi muka tak pandai nak diganaskan

si rambot keriting dan si rambot lurus

semangat apabila 'bersesi penggambaran' secara duo

apabila elmo menjadi peneman kepada sesi solo, maka ernie menyerikan peneman sesi duo

oh ye, identiti budak construction tidak dilupakan.

itu sahaja sesi bergambar secara duo. memang hari yang gila ye kami mengaku. untuk memanjangkan lagi sesi bergambar bersama marzalina, kami juga telah mengambil gambar passport. hasilnya,
gambar passport persediaan untuk resume nanti.

terima kasih kepada asmanirah dan marzalina kerana sudi bekerjasama dengan jayanya dalam menjayakan projek gila aku nih. selamat hari raya~

Thursday, September 16

Raya 2010

antara gambar-gambar terpilih peringkat pertama =)

raya pertama
location: rumah opah
status: bolat gile muke pakai tudong macam gini.


raya kedua
status: aku lagi tinggi daripada makcik aku.


raya kedua
status: uchu&anjang, makcik gile, dua-dua memang pendek aje.

raya kelima
event: family gathering & birthday celebration
location: rumah aku

raya kelima
status: orang cakap macam gile je XD

Wednesday, September 15

people have the right to be stupid

when i see ur face, there's not a thing i would change. coz u'r amazing, just the way u are~
-Bruno Mars, Just The Way You Are

yup2, we do have the right to be stupid, but some people abuse that privilege, by mean menyalahgunakan hak. itu pasal la banyak sangat kejadian yang tak disenangi sekarang. gunakanlah hak menjadi bodoh sebaik-baiknya. hidop ni plain kalau ikot scheme je manjang. busan! malam-malam tak ley tido ni pon otak aku automatik lah more to the stupidity side. and kau tengok kebodohan google mentranslate ayat aku:



secara jujonye aku pon bodoh jugak tibe-tibe je mencabar kredibiliti google kan. tapi disini dapat ditegaskan bahawa aku menggunakan hak aku dengan betol la rite. entah la tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata lah. secara terang-terangan aku mencarot mengarot je lebeh ni. u olls just read this yep:

A mother passing by her daughter's bedroom was astonished to see the bed was nicely made and everything was picked up. Then she saw an envelope propped up prominently on the center of the bed. It was addressed, "Mom." With the worst premonition, she opened the envelope and read the letter with trembling hands:

Dear Mom,
It is with great regret and sorrow that I'm writing you. I had to elope with my new boyfriend because I wanted to avoid a scene with Dad and you. I've been finding real passion with Ahmed and he is so nice-even with all his piercings, tattoos, beard, and his motorcycle clothes. But it's not only the passion Mom, I'm pregnant and Ahmed said that we will be very happy. He already owns a trailer in the woods and has a stack of firewood for the whole winter. He wants to have many more children with me and that's now one of my dreams too. Ahmed taught me that marijuana doesn't really hurt anyone and we'll be growing it for us and trading it with his friends for all the cocaine and ecstasy we want. In the meantime, we'll pray that science will find a cure for AIDS so Ahmed can get better; he sure deserves it!! Don't worry Mom, I'm 15 years old now and I know how to take care of myself. Someday I'm sure we'll be back to visit so you can get to know your grand children.

Your daughter,
Judith


PS: Mom, none of the above is true. I'm over at the neighbor's house. I just wanted to remind you that there are worse things in life than my report card that's in my desk center drawer. I love you! Call when it is safe for me to come home.


terailah kasik mak bapak kau surat macam gini. setail! =)

masih belom terlambat~

raya ni mak tak kasik mengadap komputer kerana disuroh melayan tetamu yang datang beraya. ikotkan hati macam nak letak je signboard besar-besar dekat depan rumah tulis tiada orang langsong di rumah ini ish bapak keji! tak tak, gurau je. tetamu tetap diraikan~

maklomlah, rumah aku terbuka je sepanjang masa. orang datang tak berhenti tak menang tangan dah! nak beraya lama-lama pon tak sempat, serius. ada je yang call cakap nak datang. mama cakap, tetamu itu rezeki.

aku belom post entry ucap "selamat hari raya, maaf zahir batin" pon lagi. dekat facebook pon takde. tatau lah kenape. masih belom terlambat rasanya aku nak type kan. so rakan-rakan sekalian alam,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN AKU UCAPKAN. MAAFKAN KALAU ADA TERKASAR BAHASA, TERMAKI HAMON, TERAMBIL BARANG, TERPINJAM DUET TAK INGAT NAK BAYAR, HALALKAN LAH YANG MANA PATOT TAPI KALAU TERASA AKU PATOT BAYAR MINTAK AJE LAH YE JANGAN SEGAN-SEGAN~

dalam kita seronok duaronok beraya ni, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Dato' Sosilawati dan 3 lagi hamba Allah~ semoga roh mereka dicucori rahmat dan tenang di sana. jangan lupe, keburukan orang yang dah tak ada jangan dibualkan lagi. dan semoga Datok peguam tuh dapat balasan yang setimpal. aish jahat yang amat! tapi kes ni 'humble' sikit lah daripada kes c4 tuh hari kan. ish Malaysia sekarang!

Wednesday, September 8

Love Stuff

meaning of each kiss~
- on the Forehead: We're cute together .
- on the Cheek: We're friends.
- on the Hand: I adore you.
- on the Neck: I want you, now.
- on the Shoulder: You are perfect.
- on the Lips: I LOVE YOU

meaning of each gesture~
- Holding Hands: We definitely like each other.
- Holding you tight pressed against each other: I want you.
- Looking into each other's Eyes: I like you, for who you are.
- Playing with Hair: Let's fool around.
- Arms around the Waist: I like you too much to let go.
- Laughing while Kissing: I am completely comfortable with you.

D
arl,
Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control.
=)








"We come to love not by finding a perfect person,

but by learning to see an imperfect person perfectly."
- Sam Keen, from To Love and Be Loved

it has been a while...

4a.m, waiting for the saho time. baru je balek rumah ni tadi menyambot ke'sampaian' makcik dari alor setar. pukol berapa entah dia sampai tadi. layan anak-anak dia yang makin havoc gila rasa macam nak cubit-cubit nak picit-picit je. memang dah buat pon sampai menanges dah anak dia yang last. eheh~

aku suka kasik tajok entry tak sama dengan isik kan? merapu meraban je tajok aku kasik. korang yang baca pon mesti macam aish minah ni entah pape lah tajok semua nak kencing je lebih! okeh, aku mengaku. aku memang begitu. aku sangat tak pandai nak bagi tajok untok entry. kalau aku type tajok dulu, sah-sah entry aku memang ke laot isiknya. kalau aku type entry dulu, sah-sah tajok aku memang akan meraban merapu. sangat tidak kreatip dalam hal itu. akan aku perbetolkan.

pagi dinihari ini (???), perasaan seakan lain macam. dah nak raya dah kita ye, sekejap sahaja rasanya. macam baru je seminggu lepas setat pose. tup-tup, esok lusa dah nak raya dah. sangat cepat masa berlalu (kononnya walaupun certain time aku rasa macam lambat gilak!).

raya kali ni seakan macam tak best. opah aku cakap dia dah tak nak buat nasik tomato padahal nasik tomato dialah yang aku rindu-rindukan. dia cakap dia dah tak larat. aku cakap aku nak buat dia cakap tak payah, dia tak nak ajar. aish opah aku ni lokek nasik tomato betol!

nasik tomato tak ade dah satu hal, uchu pon petang raya baru gerak balek dari kolumpo. alang pon petang raya jugak gerak balek dari kuantan. yang ada malam raya hanya budak-budak kanak-kanak riang raya yang secara sahnya akan kecoh-kecoh berebot mercon and bunga api. dan yang paling penting, baju raya aku yang paling tak meriah! padan muka beli sendirik lagi~

dulu kecik-kecik pon aku macam gitu (and sampai sekarang pon aku join acara rebot-merebot mercon dan bunga api). time arwah aki (atok sebelah mama merangkap husband opah serta ayah mama) ada lagi, beliau selalu belikan aku mercon. macam-macam jenis mercon. aku paling suka mercon lalat pasal dia terbang-terbang kejo orang. selalu je berebot dengan nadia and uchu dulu. tapi dulu mercon tak ade lah dangerous+hazardous macam sekarang. dulu mercon semua mesra-mesra alam je. tak ada pon keluar cerita budak mati gara-gara mercon macam sekarang. biasalah, sekarang semua nak advance je ye kan?

cepat gila kot masa berlalu. baru rasa macam kecik lagi aku ni tapi sekarang dah umor 20 tahon dah! uchu pon dah ada anak dua dah. nadia pon dah habes blajo dah. dah hampir 15tahon dah arwah aki pergi~ tiba-tiba aku rindu beliau. beliau suka manjakan aku dengan nadia walaupon pada dasarnya beliau garang gila dengan anak-anak beliau~ =(

dan raya kali ni pon still tak dapat nak beraya dengan my other half juge. entah bilalah baru dapat merasa. raya ketujoh baru berjumpe. huhu sabau sajalah~

Tuesday, September 7

benda comel =)


Oh Kekanda, jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu?

Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya?

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu?

Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa

Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya


atilia&monoloque-
k
ekanda adinda












p/s: Monoloque dari Butterfinger kepada sesiapa yang tak kenal dia and lagu ni sumpah comel~

all time favourite



It's so hard to say that I'm sorry, I'll make everything alright
All these things that I've done now what have I become
And where'd I go wrong
I don't mean to hurt, just to put you first
I won't tell you lies (I'm sorry)
I will stand accused with my hand on my heart
I'm just trying to say

I'm sorry, it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

I know that I can't take back all of the mistakes
But I will try
Although it's not easy, I know you believe me, 'cause I would not lie
Don't believe their lies, told through jealous eyes, they don't understand (I'm sorry)
I won't break your heart, I won't bring you down
But I will have to say

I'm sorry, it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

I'm sorry, it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me










sum 41 - Best of Me

Monday, September 6

yang kurik itu kundi yang merah itu saga

salam sejahtera dan salam satu Malaysia. semalam sebelom tido mencanak-canak idea datang nak sumbat dalam belog ini. tapi bila dah mengadap screen tiba-tiba idea tak ada. idea penat kot berjaga semalaman semalam~ dah, lantakkan.

zaman sekolah dulu suka main game king of fighter. so bila dapat tau KOF nak buat live-action agak semangat aku nak tengok. tekken pon aku suka main tapi dah dapat tau cerita itu membosankan so no need to watch lah.

okeh, dalam KOF aku suka pilih Mai Shiranui pasal dia sangat sexay kalau fighting-fighting. tetek dia besau kot! jangan cakap aku melucah, itu adalah kenyataan yang memang semua orang tak dapat nak nafikan. adik aku pon suka Mai pasal tetek dia besau.

tengok movie bersemangat aku tunggu Mai keluar. tup tup awal-awal lagi memang dah keluar and aku macam, "a'alamakkkkk, itu je Mai??"
ye, sebab tetek dia kecik! tak sexayyy! dia amek Maggie Q jadik Mai. aish!

haa, ini Mai kepada sesiapa yang belom tengok lagi cerita ni. body kecik and keding je. padahal, sepatotnya, ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.BEGINI!

DAN BEGINI!!
(macam saspen sangat je)

sekadar mengomen sahaja movie ini. i gave only 2 stars. so damn bored and not worthed lah. okay lah, jangan diperhatikan sangat gambar Mai ni, kurus pahala puasa.

p/s: terpaksa di'strike through kan demi menjaga sensitiviti puasa. maap lah, type maen hentam je~

Thursday, September 2

you are a freak, gosh!!

guysss, malam yang syahdu ini, let me give you alls something lah. disebabkan i sedang belajar french sem ini for the preparation untuk fly to france (a'alamakkkkk engkauuu!!), so let me teach you some french. haaaa~ conversation only lah. grammar dia complicated sikit. i masukkan sikit-sikit aje mana yang patut orite.

okeh, in french, ada 6 huruf vocal. A, E, I, O, U and H. and there's no more J and G sounds. that's the intro. let's get started~ something common je la okeh!

(est ke zhe pe alle-ro tuailett?)
- can i go to the toilet?

bonjour! (bohn-zhuu) - good day! [for formal use]
salut! (sa-lew!) - hi! / bye! [for informal use-when meeting friends]
enchante! (awn-chan-te!) - nice to meet you!
au revoir! (ou-re-vwa) - goodbye!
comment vous vous appelez? (como voo voo zappele?) - what is your name?
je m'appelle ... (zhe mappelle ...) - my name is ...
quel age avez-vous? (kellage avay-voo?) - how old are you? [formal]
tu as quel age? (tew a kellage?) - how old are you [informal]
j'ai ... ans (zhay ... awn) - i am ... years old
comment allez-vous? (como tallay voo?) - how are you?
ca va (sah-vah) - i am fine
tres bien (treh bee-ahn) - very good
pas mal (pah-mahl) - not bad
mal (mahl) - bad
merci (megh-see) - thank you
merci beaucoup (megh -see boo-koo)- thanks a lot/thank you very much
de rien (de ree-ahn) - you are welcome
a bientot (a' bee-ohn-toh) - see you soon
bonne chance (bun shahns) - good luck
je vous aime (zhe voo zem) - i love you [for formal and plural]
je t'aime (zhe tem) - i love you [informal]

dalam french, kalau spelling ada -an-, -en-, -on-, akan jadik bunyik -ohn-
eg: attention. spelling sama dengan english. tapi pronounciation dia is,
attohn'-siohn'


and letter 'r' dia, sebot die macam 'agh' sikit. senang cerita dengung lah sikit.
eg: merci. kan dah jadik megh-see~

hokeh, sikit-sikit dolulah! mana-mana yang dirasakan patot sahaja dahulu okeh.
selamat belajar ye anda-anda semua =)