Thursday, December 2

Allah Maha Agung.

let's start with a story. a nice one.

Kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu

-a story taken from fb. nice huh? Subhanallah~

maksud Ayat Kursi:

“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(al-Baqarah: 255)

Ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung di dalam Al-Quran. malah turut disebut sebagai penghulu bagi segala ayat-ayat suci Al-Quran. Kursi menurut bahasa Arab ialah kerusi. tapi dalam konteks ayat ini Kursi merupakan arasy Allah, iaitu kerusi tertinggi yang diduduki Allah. the exact meaning is not like the real kerusi sitted by Allah, no. arasy is the way to show us that Allah is the Almighty, Allah tuhan kita yang tertinggi, Allah Maha Agung. that is the definition from my behalf, referred to the things i have been learning in my secondary school years ago. if i was wrong, do set me right. =)

Allah Maha Melindungi, Maha Penyayang. barang siapa yang menurut segala perintahnya, akan dihadiahkan kepada hambanya itu hadiah yang tiada nilai gantinya, macam cerita yang kat atas tu. seorang perempuan yang baik akhlaknya, terpelihara maruahnya dan berterusan terpelihara maruahnya.

ini ada sedikit info penting(sila kelik) yang aku search from the internet of course. silalah baca bagi mereka yang singgah. tak rugi kita tambah pengetahuan mengenai ayat Kursi ni. jangan duk ingat ayat Kursi ni ayat nak ngalau hantu je. nak jawab exam pon amalkan lah baca ayat Kursi, time jawab exam tibe-tibe tak ingat pon boleh amalkan sebab insyaAllah, kita boleh dapat petunjuk. i've been doing this since my secondary school atas pesanan seorang ustaz time form 1, till now. Alhamdulillah, insyaAllah menjadi.

and these are some of the fadhilat of ayat Kursi:

  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
  • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah.
  • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
  • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
  • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

entry kali ni bukanlah aku tiba-tiba nak tunjok baik, no. aku kagom bila baca cerita tadi. as a Muslim tak salah kita kongsi apa yang kita dapat. ilmu is untok semua. simpan sorang sorang pon tak akan jadi kaya raya gak. ini peringatan untok aku sendiri, sebab aku bukan sempurna. dan sekadar mengingati antara kita semua. mudah-mudahan.

No comments:

Post a Comment