Friday, October 1

hari gila: photoshoot secara sendiri

bermula dengan cerita aku berasa busan yang amat dan mau maen mekap2 so aku mekapkan nurul fatehah secara rela then dengan secara automatik aku maen conteng-conteng muka aku. konsep contengan ialah ketuaan. hasilnya,

ye sangat terok hasil seni daripada diri sendiri. tergamak kau upload dalam ni.

setelah muka diconteng, kening didekatkan, mata pula perlu diselesaikan. hasrat dinyatakan kepada asmanirah lalu dia menjadi volunteer mengusahakan mata. dengan syarat konsep ketuaan dimansuhkan. hasilnya,

aku tak tau konsep apa yang di apply. tapi spooky dan scary macam smoky eyes yang tak menjadik. maka, aku tambahkan konsep keserabaian bagi melengkapkan lagi tema bagi contengan yang baru ini.

sangat seronok dengan mata yang macam hantu dan berbintang maka sesi penggambaran secara solo dijalankan. hasilnya,

yeah, elmo kesayangan sebagai partner sesi penggambaran solo

setelah melihatkan kesungguhan aku 'bersesi penggambaran', maka asmanirah selaku jurumekap turut menjoinkan dirinya bersama. menyebabkan marzalina menjadi jurugambar kami secara serius. hasilnya,

si kening nipis dan si kening tebal

mekap ganas tapi muka tak pandai nak diganaskan

si rambot keriting dan si rambot lurus

semangat apabila 'bersesi penggambaran' secara duo

apabila elmo menjadi peneman kepada sesi solo, maka ernie menyerikan peneman sesi duo

oh ye, identiti budak construction tidak dilupakan.

itu sahaja sesi bergambar secara duo. memang hari yang gila ye kami mengaku. untuk memanjangkan lagi sesi bergambar bersama marzalina, kami juga telah mengambil gambar passport. hasilnya,
gambar passport persediaan untuk resume nanti.

terima kasih kepada asmanirah dan marzalina kerana sudi bekerjasama dengan jayanya dalam menjayakan projek gila aku nih. selamat hari raya~

No comments:

Post a Comment