Tuesday, November 9

i am writing craps


sedang flu. rasa macam nak tanggal hidong jap rendam dalam air panas. seronoknya! lately rasa macam penulisan kian gedik. lantaklah!

budak-budak sekarang cepat sangat matang kan? atau aku je yang rasa sedemikian rupa. betol, rasa macam mereka sangat cepat matang. badan besar-besar, cara cakap pon besar-besar. salah pemakanan kah? atau keadaan sekeliling kah? dulu aku time sekolah rendah masih main sanding-sanding tanpa sebarang perasaan. tapi budak sekolah rendah sekarang dah main kahwin-kahwin dengan sepenuh perasaan.

dulu, aku langsung tak reti masak. setakat megi ngan nasik goreng je lah. tapi megi aku buat bukan sebarang. megi spesial. eheh. umur 18 pon tak reti masak lagi. muda lagi kot. time tuh pikiran, alah, baru 18 lah! nanti da nak kahwin belajo lah! kannnn??

tapi bila dah dengan ilham, dia paksa aku belajo masak. cakapnya malulah anak dara tak pandai masak. siap ugot kalau aku tak reti masak 18 jenis lauk time cuti sem dia tak akan makan apa yang aku masak lepas tuh. so pelan-pelan belajo dengan mama. hebat penangan beliau. tapi masih belajo acuh tak acuh, tak serius sangat. sampai lah sendiri sedar yang seronok kalau dapat kasik orang tersayang tak kesah lah siapa pon janji kau sayang makan hasil masakan kita. satisfaction undefined!

sekarang dah 20 tahon, dah reti masak banyak jenis lauk. sebab kesedaran secara naturally datang. rugi perempuan tak tau masak. sebab masak memasak ni seronok. so tak kesah lah kau umur muda lagi pon belajo lah masak. aku kagom dan jeles budak yang umur bawah daripada aku masak macam pro. haa matang tang tuh tak ape!

dulu, aku hidop nak enjoy je. semua yang aku nak aku mintak then aku dapat. selagi ada duet, selagi tuh aku habeskan. dah habes, mintak lagi. dulu, jahil gila bab saving menyaving. sekolah, matrik, sem 1 di menara gading, zaman-zaman menghabiskan duet dengan sia-sia belom berakhir. kalau aku tak salah kira, aku dah habeskan almost 8K time sem 1 dulu. sem 2 dah kena marah dengan ilham. baru berjinak nak saving menyaving. tapi belom berjaya. but practice make perfect. sekarang aku berjaya sampai dah jadi tahap kedekot gila! bapak ah~ XD

dulu masa umur belasan tahon lagi, hidop memang tak nak serius langsung. tak pandai lagi nak sayang orang secara serius, tak reti lagi nak pikir pasal hidop secara serius, belajo pon tak serius. memang tak serius lah! tapi Alhamdulillah ada ilham, pandai dah aku nak serius.

aku dapat rasa aku macam baru grown up, baru nak matang. that's why lah kot aku jadik macam 'asal budak ni cepat sangat matured ek biarpon umur baru 14 ke 15 ke, 16 ke' haa, macam tu lah kot! bukan mendengki tapi muhasabah diri. aku kot yang lambat sangat membeso~

aku bukan nak penohkan entry ni dengan nama ilham pon. aku just nak mencarot pasal keadaan tak matang aku dulu je sehingga menjadi sedikit grown up sekarang. tapi secara tak sedar, sebenarnya ilham yang mematangkan aku. i wonder if bukan ilham yang aku jumpa, rasanya aku still demand macam dulu, tak pikir susah pikir senang je, apa aku nak wajib aku dapat, degil nak mampos.

tapi, aku still suka tengok karton, still suka main game barbie online, still kalau tengok barbie rasa macam nak beli, still boleh main pondok-pondok melayan si alyaa and hawa, still main the sims 3 sampai tak tido malam pon takpe. heh~ XD

No comments:

Post a Comment