Saturday, January 22

Belog-Belog Yang Aku Suka.

apa kejadah entah malam ni duk promote pasal diri sendirik. kegemaran kesukaan kebencian lah huk aloh.

sebab aku dah suka

1. Terfaktab
belog percintaan yang kadang-kadang macam bangang tapi sangat diterima oleh otak aku disebabkan oleh belogger belogger hebat dan gaya penulisan yang memikat kalbu sebab sempoi dan tak gedik. makin banyak cacian dan maki hamon makin otak aku suka. belog ini sangat berinfo lah.

2. LensaRosak (AlexiaAqram)
sumpah aku suka. setat isu FL vs dia tuh hari makin aku bertambah-tambah suka. kehkeh terserlah tak kekejian aku di sini? persetankanlah kontroversi itu hari sebab belog dia sangat membuatkan aku berfikir dan benda betol kot, ape nak kesah? haaa~ dia juga crew terfaktab.

3. Hellioz (and it's all about perspectives)
makin banyak cacian dan maki hamon makin otak aku suka. perspektif dia sangat bernas dan aku baca je lah sebab aku dah suka. hebat gila sampai mazidul pon terkejar-kejar dan membuatkan aku caci maki je time baca belog mazidul berkenaan Hellioz ni. haha. ni pon sama crew terfaktab.

4. Perempuan Jomblo
aku suka belog akak ni sebab dia salah seorang penulis perempuan yang lantak-aku-lah-aku-nak-tulis-macam-mana. aku follow belog dia dah lama. dan sekarang dia pon dah jadik salah sorang crew terfaktab. kan dah aku cakap crew terfaktab hebat-hebat je semua.

5. Cursing Malay
best! memang akan berfikir je lah belog dia ni. walaupon berunsorkan politik tapi dia buatkan aku berfikir dan semua benar-benar belaka pada pandangan mata aku. kadang-kadang entry bodoh gak sampai gelak sorang-sorang.

6. Budu dan Belacan
fotografer perempuan. pon best sebab dia pon tak ada nak kaber malu dalam menulis. dah lama gak follow since dia tak pakai tudong sampai sekarang dah bertudong. best jugak sebab dia membuatkan otak aku berfikir. style dia best. belog countthethread dia pon best. fashionista.

7. Hanis Zalikha
perempuan cantek yang sama umor dengan aku. penulisan dia bersahaja. ah, semua dah tahu lah sape Hanis Zalikha sebenarnya tak yah kau nak elaborate lebih lebih.

8. Carl Samsudin
dulu aku suka baca sebab banyak duk promote tempat makan kat JB dan iluminati segala. lepas tuh dia ni pon orang kuat JOHO. dia punya photography pon aku follow dari tak berapa nak menjadik sampai lah dah superb sekarang. dia punya awek gila comel padahal dia tak ade lah hensem sangat. haha sumpah kena maki dalam diam ni KALAU dia baca. tapi sekarang dah tak berinfo sangat sebab maybe dia busy kan. pendapat peribadi, aku lagi suka Projek Gadis berbanding dengan Projek Belogger sebab dia punya second Projek Gadis adalah belogger jugak.

8 lucky numbers! =)
semua belog yang listed aku suka lah. pendek kata, makin banyak kau maki kau mencarot, makin banyak aku suka. kalau korang nak link diorang ni carik kat ruangan bahan bacaan berilmiah aku.

tak pandai nak buat ulasan sebab tuh semua ulasan macam sama. haha yang pasti aku suka. dan apa yang aku suka adalah yang aku suka. disebabkan ada belog-belog ni lah aku jadik rajin membaca. terima kasih belogger belogger hebat.

p/s: semua dalam kategori bacaan berilmiah aku sukalah. yang listed yang terlebih suka heh. XD

p/p/s: tak mampu nak hasilkan belog yang berilmiah sebab aku malas nak membaca. harapkan baca belog je. XD

Aku Seorang Atiewa.

perbualan di mukabuku bersama Asss yang memikirkan masa depan dengan sangat serius. gambar rapunzel comel itu mewakili aku.

aku diberanakkan pada tahun 1990. seorang student tahun 3 di UTHM course construction technology management yang mana bertanggungjawab menjaga site sama ada jadik assistant project manager ke, project manager teros ke, contractor ke, developer ke and even engineer pon kitorang boleh jadik in the future. tak percaya? lantak kau. lagi setahon tamat lah riwayat aku sebagai student degree di UTHM.

aku bukan seorang yang sopan, ayu dan tidak mempunyai sebarang ciri-ciri perempuan mahupon menantu pilihan. aku tak pandai nak cakap lembot-lembot yang mana akan ada unsor-unsor 18SG mahupon 18SX dalam perbualan. aku suka bergambar namun sangat tidak reti untok bergambar seakan-akan manusia Jepun mahupon Korea. aku juga suka menayangkan gambar rupa buruk sekalipon kerana aku percaya kecantikan dalam gambar adalah palsu semata-mata walaupon secara realiti rambot aku, muka aku sebenarnya lagi terok daripada yang dijangkakan tapi aku tidak pernah nak kesah.

aku sangat tidak suka gay, dan juga lelaki-lelaki yang mengalahkan perempuan dalam hal mekap mekap dan dresap dresap. aku senang jatuh cinta bila tengok lelaki bersukan dan bagi aku lelaki yang tidak bersukan ni adalah lembik. indoor macam boling tuh pon sama la bhaiii.

aku tak kesah apa orang nak cakap pasal aku selagi dia tak nyusahkan hidop aku. tak rajin juga untok kesah pasal hal orang sebab membuang masa aku walaupon membuang masa adalah kegemaran aku.

seorang yang mudah mesra tak sombong dan suka senyom suka gelak. tak suka marah sebab muka cepat berkedot nanti melainkan memang sebab untok marah adalah kukoh. ececeh promote sifat terpuji jap. secara peribadinya aku seorang yang gelabah dan juga pemalas tapi aku tak suka keadaan yang bersepah sebab aku juga boleh dikatakan pengemas.

seorang yang sangat malas nak belajar. aku tak bodoh tapi aku malas. sangat malas tapi aku suka untok menghabeskan sisa-sisa hidop aku untok mengumpol ilmu. habes degree ni nanti aku menyimpan cita-cita untok sambong master di UTM, insyaAllah~ doakan ye rakan-rakan.

aku bukan budak biasiswa sebab aku pemalas. pengajian aku di UTHM adalah ditanggong oleh PTPTN yang mana sampai sekarang masih tak dikreditkan lagi dalam akaun bank Muamalat aku. tapi, loan aku hanya seco'et. sepanjang 6 semester ini, di saat student lain bergembira dapat berjimba dengan duit loan aku hanya mampu tengok tanpa perasaan sebab jumlah loan yang aku dapat sangat tidak membantu dalam menanggong hidop seharian aku di UTHM apatah lagi untok dibawa berjoli. eh aku tak kisah pon jangan bersedih sebab nanti sikit je aku kena bayar.

nama aku Fatin Athirah. ada yang panggil Fatin, Atie, Atiewa dan ada juga yang pemalas panggil Tiewa je. kenapa Atiewa? sebab dulu dekat matrik suka menganjeng manusia gedik-gedik tukar huruf R jadik W. contoh: orang jadik owang, baru jadik bawu, haru-biru jadik hawu-biwu? kau lempang je sesiapa yang berkenaan. nganjeng punya nganjeng last-last lekat kat nama aku sampai sekarang.

dan aku bertudong hanya di BP. kenapa? lain kali aku jawab.

yeah, itulah aku seorang Atiewa yang cemerlang terbilang dan gemilang.

p/s: apa motif? tak ada.

Thursday, January 20

Healing Incantion .



Flower gleam and glow,
Let your power shine,
Make the clock reverse,
Bring back what once was mine.

Heal what has been hurt,
Change the fate's design,
Save what has been lost,
Bring back what once was mine,
What once was mine~

Taken from : The Tangled, Rapunzel

Jiwa carca marba. Layan lagu karton pon jadik. Sekian, terima kasih.

Wednesday, January 19

Senggugot / Period Pain .

Bacalah wahai kaum perempuan dan lelaki demi kepentingan sendirik mahupon awek yang dicintai mahupon skandal yang dikasihi mahupon sesiapa sajalah janji dia perempuan.

Normal bagi perempuan/wanita mengalami senggugot. Ada yang sakit ringan-ringan macam kena geletek dalam perot dan ada pula yang sakit terok macam dalam perot kena cucok dengan jarum then usus bagai ditarek-tarek. Yang terok ni da tak normal. Sumpah sakit.

merengkok macam udang adalah posisi terbaik kurangkan senggugot

Kalau pergi klinik, doktor mesti bagi ubat tahan sakit which is sangat tidak bagos untok diamalkan sebab painkiller akan kasik side effect yang lagi terok. Tak pon, doktor mesti cakap " alah sikit je ni, nanti dah kawen baeklah senggugot tu ". Kenapa lepas kawen baru baik aku tak pasti tanyalah doktor tu balek kenapa. Tapi ada orang yang aku kenal dah ada anak empat dah nak dapat menantu pon still senggugot lagi.

Senggugot ialah himpunan simptom fizikal, mental dan EMOSI bila seseorang perempuan tu sedang period atau nak period. Sebab aku besarkan emosi tu ialah perempuan memang gila bila dia dalam kawasan period sama ada nak period dan sedang period. Selalunya gangguan emosi ni masa masa awal period je hari pertama atau kedua. Tapi kalau awek korang 10 hari period 10 hari emosi terganggu naseb koranglah, sayangi awek korang seadanya.

Bagi mereka yang sering kali senggugot terok bila datang period, tolong jangan amek ringan. Sebab mostly yang senggugot terok ni disebabkan wujudnya ENDOMETRIOSIS. Apa tu? Haa mari sini baca aku nak kongsikan sikit info berkenaan senggugot terok yang aku dapat of course lah daripada mentenet jugak.

Senggugot terok melibatkan kekejangan dalam perot yang sangat menyakitkan macam aku nyatakan tadi, bagai perot dicucok-cucok beribu-ribu jarum dan usus ditarek-tarek. Dan kebanyakan kes yang berkait dengan senggugot terok ini ialah disebabkan wujudnya Endometriosis.

Apa itu Endometriosis? Beliau ialah sejenis penyakit yang berlaku bila tisu endometrium, atau nama senang nak paham tisu alas dinding rahim, sepatotnya tanggal semasa period tetapi malangnya dia maintain nak melekat kat dinding rahim tuh tak nak tanggal-tanggal, tumboh di luar rahim seperti ovari, tiub Fallopio dan di mana sahaja asalkan dalam rongga pelvik.

Bila dah tumboh di kawasan luar rahim, tisu endometrium ni akan jadik pertumbuhan yang menyakitkan. Semasa perubahan hormon bila nak datang period, tisu endometrium yang berada di luar rahim ni jugak akan berubah dan bila period, tisu ni turut pecah dan berdarah. Bezanya, tisu endometrium yang dalam rahim akan tanggal dan keluar bersama cecair uterin sebagai darah period. Tetapi bagi yang duduk luar kawasan liputan ni, maknanya pendarahan daripada endometriosis lah, tidak mempunyai jalan keluar dan pengumpulannya menyebabkan tisu tempat dia melekat tu menjadik radang dan berparot.

Secara automatik sistem tisu badan akan menghasilkan tisu parut bagi melindungi tempat dia melekat tu dan disebabkan tindakbalas ini lah perempuan mengalami tekanan pada area pelvik dan kesakitan atau senggugot setiap kali datang period. Malah, mereka juga akan berasa sakit ketika melakukan hubungan suami-isteri.

Macam mana nak tahu ada endometriosis ke tidak? haa ini lah gejala-gejalanya. tadaaaaa!!
- Kesakitan pelvik yang terok ketika period sama ada sebelom, semasa atau selepas period. Ada jugak yang sakit dia makin menjadik-jadik bila dah nak habes period.
- Sakit dalam usus ketika period.
- Sakit bila nak kencing atau bahasa nak sopan, buang air kecil.
- Pendarahan yang banyak dan tidak menentu.
- Kelesuan yang disebabkan pendarahan yang banyak.
- Abdomen atau perot yang kembong atau makin boncit bila datang period.
- Cirit-birit atau sembelit, disebabkan oleh sakit yang amat pergi toilet terberak-berak pulak macam saluran bontot loose.
- Sakit ketika mengadakan hubungan seks bila-bila masa bukan bila period sahaja dan bahawasanya seks semasa period adalah haram.

Jangan dipandang ringan sebab penyakit ni mampu untuk mempengaruhi kesuburan seseorang. Kehadiran menatang endometriosis ni boleh menghalang laluan sperma ke ovari menyebabkan seseorang perempuan yang tidak bersalah sukar untuk mendapatkan anak.

Kaedah rawatan yang dicadangkan ialah pengambilan ubat dan pembedahan. Kalau nak amek ubat, bolehlah tuan puan amek pil pencegah kehamilan, hormon estrogen mahupon hormon lelaki iaitu testosteron. Kalau melalui kaedah pembedahan pulak ada dua je tak banyak yakni pembedahan konservatif dan bukan konservatif. Apa-apa hal pon check dulu baru kau nak sibok pasal rawatan.

Tapi ada terbaca kalau setakat senggugot biasa tak ada gejala-gejala endometriosis ni boleh cuba minom teh tanpa gula. Amalkan semasa sedang period.

Apa macam? Ada yang terkena batang hidong sendirik atau awek sendirik atau skandal sendirik atau orang yang anda stalker sendirik? Disarankan supaya cepat-cepatlah pergi check dan dapatkan rawatan lanjutan sebab nanti wahai perempuan, kalau tak boleh beranak macam mana? Nak ke laki cari perempuan lain atas sebab tak boleh kasik anak berpunca daripada senguggot? Ruginya jadik perempuan. Nauzubillah simpang malaikat patplohpat.

Rujukan : Bahaya senggugot

Lagi info:
- Rahsia seorang wanita
- Punca wanita diserang senggugot
- Petua tradisional merawat senggugot

Monday, January 17

Kenangan.


lama ni termenung depan laptop. satu benda pon tak terluah walaupun dalam pale otak macam dah sendat dah tak ada ruang langsung nak bertenang. tapi benda yang sia-sia je semua yang menghuni pale otak tuh. kau memang suka buang masa.

lagi setahon nak habes degree. dah 3 tahon bergelar mahasiswi. macam cepat je masa berlalu (ayat cliche orang Melayu- dah tahu cepat sebok duk buang masa lagi). PSM pon dah kena buat. intern pulak sangkot. terpaksa carik lagi dua company sebab UTHM lah buat intern sekejap sangat. dah company tak nak ambek sebab tak cukop syarat katanya. 3 bulan ke atas baru lepas. kusot dah~

tahon ni dah nak 21 tahon. rasa macam baru je sedih-sedih sebab umor dah nak ada 2 kat depan, dah nak tinggalkan umor belasan tahon. moody tak beragak. bukan sedih sebab nak masok 20 tapi sedih sebab 1 kat pangkal dah tak ada lagi. sama je kan? tapi tetap tak rasa tua pon sebab aku tau aku maintain muda.

muda and perjalanan masih panjang. apa yang buat perjalanan tersangkot ialah pitstop lepas degree nanti, PLKN. lesen penangguhan sampai 2012 je? eleh jangan harap aku kasik kau can lah PLKN sebab perjalanan aku masih panjang. aku ada cita-cita. mintak cita-cita dikabolkan. aminnn~

cubalah amek budak yang tak ada cita-cita yang macam 'bukan aku' kau sumbat masuk dalam PLKN kan bagos. amek yang macam dia-pilih-klcc-doh tuh ke. yang duk rumah menghabeskan beras je. kan berbaloi-baloi.

memang lah PLKN best. sumpah best. aku masok after matrix. duk 10 hari pon aku dah boleh jadi diva coaches boleh ingat nama aku sebab aku yang paling pandai. yelah, dah aku masok sesi ketiga sesi budak terjal yang semua tak habes sekolah SPM pon tak lepas Al-Fatihah pon tergagap nak baca memang lah kan. nak cakap aku perasan? kau nak contoh lagi best? aku siap ajar mengaji Quran kat sana. tuh la cakap, do not judge a book by it's cover. aku okay. #muahahaha.

abaikan ayat bongkak tuh sambil bertanya kepada diri sendirik jangan nak geli sangat boleh tak?

aku masok kem PLKN Semenyeh, Kem Setia Ikhlas yang mana coach semua duk berkeras cakap kem tuh disiplin paling tiptop. memang pon. tapi kem tuh cantek. aku suka. member-member pon okay. aku dalam company Alpha. satu kem tak ramai pon, dalam 150-160 orang je. so boleh kenal semua orang boleh baik dengan semua orang boleh rapat dengan semua orang.

budak kat situ budak KL, Terengganu, Sabah, Sarawak je. semua okay kecuali budak negeri kelahiran aku ni sorang gedik nak mampos. dalam bus beria cakap dia tak pernah tinggal sembahyang lah, mak bapak dia tegas bab ilmu agama lah, dia tak suka orang tak sembahyang lah, siap kutok aku sebab aku sorang je yang tak pakai tudong dalam bus tuh (perempuan 5 orang je pon). last-last dekat kem dia paling susah nak sembahyang paling gedik sampaikan ustazah kat situ (pelatih gak tapi dia under penangguhan umor dah 22 student USIM so panggil ustazah) pon tak suka dia. culture shock kot? kesian~

yang sedih yang aku nak kongsi kat sini, budak dari Sabah dan Sarawak lah yang kesian. ada yang langsung tak tahu mengucap sedangkan dah 18 tahun bergelar Islam. aku sedih sampai bergenang air mata aku bila tahu. yang tak pandai nak baca Al-Fatihah tuh tak payah cakap lah, ramai jugak. yang langsung tak tahu nak sembahyang, even nak amek wudhuk pon tak tahu perkara biasa je. aku pon tak sempurna, tapi aku bersyukur yang amat sebab aku tak sejahil itu. apa yang aku tahu aku kongsi lah. aku tahu mengaji Quran so aku ajarlah mana yang patot walaupon dalam hati aku takot nak ajar sebab aku tahu aku tak sempurna.

tapi bila berdepan dengan situasi tuh, tanggungjawab lagi besar, ketepikan perasaan takot sebab ilmu memang wajib dikongsi apatah lagi ilmu agama. yang Semenanjung pon sama, bukan sebelah Sabah Sarawak je. soalan aku pernah dapat, kissing tuh maksiat ke zina ek? sebab kitorang kena buat confession dalam surau isik borang dosa apa yang kitorang pernah buat =,=" tak memasal aku kena terangkan satu persatu maksiat apa zina apa sampai segan sendirik sebab aku pon BUKANNYA BAIK SANGATTTT!! huuuu~

tapi nak salahkan siapa? mereka sebab tak belajar agama even perkara basic pon? parents mereka sebab tak ajar or tak hantar mereka belajar dekat sekolah agama? cikgu cekgi sebab tak ajar betol-betol? atau persekitaran yang langsung tak menggambarkan negara Islam? kalau aku, aku salahkan diri aku sendirik sebab aku tahu tapi aku tak buat. aku lagi terok dari mereka yang langsong tak tahu. yeah, aku tahu.

hari ke-10 teros amek flight balek Terengganu. nasib baik UTHM dah panggil.

p/s: mengarot dalam belog sangat membantu menenangkan otak. inilah sebab aku berbelog. otak jadik sihat dan tenang. terima kasih belogspot.

Friday, January 14

Hari Hol Sultan Johor di Singapore

proposal PSM dah submit. baru kepala lega siket nak online nak update nak berhuha segala. kononnya lah. tunggu hentaman daripada supervisor je Isnin nanti.

ini adalah entry berupa diary. dan dipenohi gambarrr. harap maklom.

11/1/11. Hari Hol Sultan Johor yang cantek. maksod aku, tarikh tuh yang cantek. dan merupakan hari yang kental bagi aku serta hari yang paling menyeksakan bagi kaki aku dan hari yang seronok bagi diri aku.

plan minit terakhir. sebab malamnya memang dah dimaklumkan bahawasanya tak jadik pergi. pagi, pukol 8, dapat call, cakap siap-siap lah cepat, jadik pulak. apa lagi, terus berdesum aku bangon mandi siap-siap semua. sebelom pukol 9 lagi dah keluar rumah. maka berjalan kaki la menapak untuk menunggu bus ke kaunter bus gagap (KKKL). menuju ke JB.

Kronologi Cerita Kental:
  • tunggu bus kat bus stop nak ke Parit Raja punyalah lama. sampai putih mata je nengokkan bus gagap pukol 9 berlalu pergi.
  • sampai kat Parit Raja lak, dua-dua kaunter tutop. gagap and S&S. naseb baek ada kakak tuh dia cakap tunggu je nanti bus berenti kat depan kaunter. naseb baek jugak ada Mira room mate Azie (lantak lah kalau korang tak kenal pon) kurang siket kegelabahan.
  • at last, dapat bus pukol 9.30. bus laju gila nak mati. 10.35 dah ada dekat Larkin. weehee!
  • Ibu Ilham tak dapat hantar pergi CIQ. dari Larkin patah balek rumah dia then jalan kaki lagi gerak tunggu bus.
  • pukol 12 baru sampai CIQ. Iza and Syida and Upie da lama gila dekat situ. dah siap jalan-jalan kat CS lagi.
  • 12.30 baru naek bus masok Singapore.
  • dari Kranji amek MRT gerak Orchard. stesen ke-14 dari Kranji. pukol 2 baru sampai Orchard.
  • masok Wheelock Place, masok Isetan, masok Tang Plaza, masok ION Orchard, masok Wisma Atria pusing pusing carik Esprit dengan Forever 21.
  • makanya, window shopping, shopping, jalan turon naek basement masok basement keluar basement (sebab shoplots dia dalam basement) dan amek gambarrrr (Upie sebagai cameraman hehe)!!
  • 7.30 malam baru sampai dekat imegresen. kaki masing-masing time tuh semua macam dah nak tanggal. dalam train pon muka semua dah tak ceria.
  • 8 malam, akhirnya sampai bando.
  • tumpang ayah Iza sampai Giant Extra.
  • tunggu ibu Ilham datang amek. dah pukol 8.40. gegas gerak Larkin then sempat amek tiket pukol 9 balek BP. 10.30 malam baru sampai rumah.


keluar je train dah ada dalam shopping complex ni. tapi dekat basement. so keluar je macam excited tengok dunia luar.

maka, amek gambar acara wajib. dan bangunan yang kat belakang tuh cantekkkk!

haa kan da cakap cantek. kan? maka berfikirlah kami bagaimana nak melintas jalan disebabkan langsung tak ada satu manusia pon yang melintas.

maka diputoskan untok ke Isetan yang bertentangan dengan kami.

hati tetap nak menuju ke ION Orchard yang cantek tadi. maka turonlah kami ke basement Wheelock Place tadi sekali lagi untok mengharungi subway ke bangunan cantek itu.

alang-alang da masok lagi sekali maka bershopping lah kami. jelas terpancar cahaya kegembiraan bila dapat menghabeskan duit dengan jayanya. nampak kan nombor-nombor yang kat belakang tuh? hampir gila dibuatnya.

dan berjaya lah kami mengharungi subway dan naek kembali ke atas permukaan bumi dan bersua muka dengan ION Orchard yang cantek tadi.

muka yang eksaited pon dipamerkan dengan penoh keikhlasan.

dan secara tidak langsung kelihatan manusia sedang beratur panjang di hadapan LV. nak masok pon kena beratur ke? detik hati kami.

menujulah kami untuk beratur bersama di hadapan LV.

haa nampak tak beratur nak masuk tuh?

masing-masing menaruh perasaan nak shopping dalam boutique LV.

nampak patung pulak. maka seboklah kami nak bergambar dengan patung pulak.

maka bergambarlah kami dengan patung patung sekalian.

maka hadirlah Upie yang setelah lama menyembunyikan diri. sweet je muka budak ni. XD

maka tak habes lagi, action pulak konon konon mengambil tahu perkembangan dunia dalam kesibukan kota. Iza je yang tak.

hadirlah pula dua penyeri kedai Nike si Iza da si Syida yang alahai, comel je posing. XD

dan dengan itu kesempatan untok bergambar secara duo adalah tidak dilepaskan.


yang seronoknya adalah sebab pergi beramai-ramai. ada Iza yang kecik comel, ada Syida yang tinggi, ada adek Iza yang penyegan tapi sweet je mukanya - Upie. Iza and Syida ni coursemate Ilham and dua-dua pon dari KMJ jugak. heh. dua-dua comel, sporting, best je jalan sama! weee suka-suka! next time boleh kita pergi sama-sama lagi ye! #excited

ni baru sebahagian gambar. ada banyak lagi. Iza dah upload semua dalam fb dia. ni semua dikidnap dari fb Iza. sebahagian ni pon jenoh aku nak nyuson ikot kronologi. haha. itu la, nak show off sangat rasakannnn!

Monday, January 10

Naseb Aku Bukan DHF Sesiapa.

DHF? die-hard-fan lah gila tuh pon tak tau ke?

a'ah, naseb tak minat gila-gila kat mana-mana artis pon semalam. kalau tak akan ke aku join page yang "Kami Tak Setuju Ana Raffali Menang" tuh? pergh bapak ah. ni bukan setakat gila kentang ni da gila meroyan!

Ana Raffali best kot. lagu dia pon best. dia pon best. tapi aku tetap bukan DHF. Yuna pon best. lagu dia pon best. tapi dia tak berapa nak best. and aku tetap bukan DHF. Faizal Tahir pon best. lagu dia pon best. dia pon best. tapi aku tetap bukan DHF. Bunkface? Hujan? tetap bukan DHF jugak. Shahir? Adira? Stacy? Hafiz? dan segala kerabat AF? maaf, langsung aku tak pandang (kecuali Aizat yang sorang). heh.

kesimpulannya, tak yah la duk sibok nak pertikaikan siapa yang menang sebab juri dah putuskan. siapa kau nak pertikaikan sampai buat page tak setuju segala bagai? haha. aku rasa orang yang buat page tuh mesti DHF Stacy tak pon Shahir tak pon Hafiz tak pon Adira tak pon Siti Nurhaliza.

aku ingat nak diamkan je tapi sampai ada page khas tak sokong Ana Raffali membuatkan aku terpanggil untok mengulas (kau ingat kau siapa nak ulas-ulas ya Kassim?) sehinggakan aku lupa niat sebenar aku. ye, AKU LUPA!!

Ana Raffali vs Yuna: dua-dua aku suka. tapi gambar kat atas kelihatan Ana Raffali lagi sopan dari Yuna yang bertudong. eh lantaklah, lain orang lain cara. eh lupa, gambar credit kepada google. jangan nanti aku lak yang kena dengan Ana Raffali sama Yuna sebab tak mintak izin dulu dekat wall facebook diorang. #sarkastik.

tapi, Ana Raffali hot. dia paling sexay dalam ramai-ramai. sebab dia pakai baju kurong.

Friday, January 7

Hargailah Sementara Masih Ada ,

Jangan bila dah tak ada baru nak terkinja-kinja kau menyesal.

If you loved someone, you couldn't let lies come between you. No matter what happened - even if you'd already lost each other forever, you owed each other the truth.
- Claudia Gray

Even though the truth is so hard to be accepted, but there is nothing sweeter than the truth itself.
- Fatin Athirah (keh keh)


(And I didn't know what is the relation between the quote above with the video clip from Sum 41 the best band ever and even with the title itself?).

Back to the tittle, appreciate people around you while they are still with you now. Appreciate people you love, your mom your dad your sisters brothers your family and even your friends and your lover. Appreciate people who loves you while they still having their love for you. Because once the love gone, you will be leaving in the darkest place ever. Say it that you are strong enough to stand the shit happened, but believe me, deep in your heart there is still a big space for the emptiness that you keep it yourself and yeah admit it, you are suffered.

Patah tumboh hilang berganti?

That might be true. But heyyy, is it that easy to replace something someone #kan tengah cakap pasal orang# that you love the most? And even if you got the pengganti sekalipon, it will never be the same. Bear it in mind.

But for certain condition i guess? Haha type punyalah macam confident tadi. Eh memang confident okayyy just need to consider the positive and negative sides. Tell me, if you met someone yang perangai macam haram, yang segala serbi perangai adalah macam haram lah, baik perempuan or lelaki memang tak ada baiknya lah, would you appreciate him or her till your last breathe?

My answer, oh please don't walaupon perbuatan anda itu adalah the noble deeds ever, the noble sacrifice ever even you will be in the hardest situation ever. Haa berapa banyak kali ever kau! That kind of situation biarkan patah tumboh hilang berganti. If tak boleh jugak than force yourself! Jangan jadik buta kerana cinta. WAHAHA.

Kau paham ke apa maksod yang aku nak sampaikan di sini? Tak paham pon buat-buat pahamlah.

But seriously, do appreciate someone/something while we are still alive/while they are still there for us.

p/s: the roses you gave me has faded, and wilted away (but I still keep it, eheh). But the loves tucked deep inside remains in my heart forever. Pergh, TERjiwang!

Watdewaklu ??


bapak ah, semua belog aku bukak sebok duk mencanang belog lensarosak vs FL. bygone be bygone lah. dua-dua aku tak sokong tapi aku seriously memerlukan bahan bacaan yang bagos dan sedap dan menaikkan nafsu membaca sekarang. harapkan dekat belog je aku rajin membaca kalau kau nak aku baca buku mampos aku tak layan. updatelah perkara yang best-best siket.

takde? still LR vs FL? terpaksa aku tido walaupon tanak. zzzzzzzz~

Thursday, January 6

Eh Lantak Kau Lah !

Ini entry bapak ah serius. Pak kal korang tak boleh nampak muka aku time menaip je.


Contoh yang tidak bagos.

Kau bertuah sebab ada orang nak dengar masalah kau. Kau bertuah sebab ada orang nak temankan kau bila-bila masa kau nak. Sebab aku tak pernah merasa macam mana berada kat tempat kau. Aku penyegan siket kalau bab nak cerita masalah aku kat orang, tak macam kau duk sibok nak menjaja cerita. Plus aku kuat, tak macam kau lembek.

Cerita kau sebab kau banyak piker pasal boyfriend kau. A’alamak, baru boyfriend kot! Lain la tunang ke laki kau ke. Lagi satu yang kau dah tak ada kerja sangat asyik nak piker pasal dia je kenapa dow? Kau dah memang tak ada life sangat ke? Tak yah la kau nak possessive sangat. Semua benda dia buat kau nak ambek tau. Nak dia jadik hak kau sorang. Orang lain please do not touch? Kat mak bapak kau tak ade lak kau nak concern bagai macam gini. Baru boyfriend kot. Tau la sayang tapi agak-agak la. Tak yah la nak buat macam kau sekor je ada boyfriend atas muka bumi ni. And tak yah la nak buat macam dia ada kau sekor je kat muka bumi ni.

Cerita kau pasal kau rasa macam boyfriend kau lagi pentingkan member-member dia dari kau? Adoiyaii, lelaki memang la ramai kawan. Macam la kau tak ada kawan. Dia nak huha-huha dengan kawan-kawan dia kau sebok nak suroh dia mereport kat kau. Tak kan tiap kali dia nak keluar dengan kawan-kawan dia tiap kali tuh la dia nak mereport kat kau. Budak sekolah pon tak macam gini kot. Kau nak ke berkepit je dua ekor manjang macam kau dua ekor je la manusia yang ada atas muka bumi ni? Bapak ah! Kalau aku memang aku tak nak jadik boyfriend kau.

Cerita kau yang kau rasa macam kau da tak penting dalam hidop dia? Haha. Manalah aku tau. Kalau da dia cakap dia sayang dia sayang lah tuh. Selagi dia dengan kau dia sayang lah tuh. Penat je piker banyak-banyak. Nanti kalau dia da betol-betol tak nak kan kau baru padan dengan muka!

Aku buat post ni sebab aku rasa lagi banyak masalah yang patot dipikirkan selain daripada masalah remeh-temeh kau ni. Bawak-bawak lah pikirkan hal lain. Campak jauh-jauh benda alah yang tak penting ni semua. Biar je masa yang menentukan. Sekarang ni kan, baik kau pikirkan macam mana nak tolong kewangan aku ke, macam mana nak kayakan aku ke, macam mana nak taja aku ke. Haha.

Kau da lain sekarang dow. Lain gila. Nampak sangat banyak pikir. Kalau orang tak tau mesti ingat kau ni bermasalah nak mati. Padahal kau yang dulu ceria je, cool je. Aku rindu kau yang dulu.

Aku bukan nak perkecilkan kau pon. Kisah dan cerita kau ni boleh jadik tauladan. Sebab relax la, bukan kau sorang kot. Ramai lagi yang macam kau. Chill okeh bebeh! Take your time. Bahasa aku might be harsh tapi aku sayang kau.

=)

Tuesday, January 4

Bersama Si Pharmacist Si Nurse dan Si Orang Bank Wannabe.

tajok macam ngek.

orang bank wannabe - Pelah Padi
nurse wannabe - Elya
pharmacist wannabe - Yunie

satu gambo jadik lah. nanti konpem aku rindu nak shopping rebot-rebot baju ngan korang. haha. good luck ye semua.

=)

Monday, January 3

The Wedding. Nabilah's.

heh baru nak update pasal ni? tsk tsk~

aku nak upload gambo je la tanak type panjang-panjang pon. di sini, aku ambik kesempatan lagi sekali ucapkan TAHNIAH kepada Nabilah budak sekolah rendah aku dulu sebab dah berjaya menjadi bini orang. tak silap aku nama laki dia ariff huhu kalau salah maap ye Billah. gambo credit to Pelah Padi. malas nak edit nak upload je.

muka sendirik yg tak sempat nak ready sebagai pembuka tirai.

okeh, da sengeh.

membeliakkan mata sambil berkata seboklah kau nak snap aku lak kepada Rashid.

kau posing sorang-sorang aku malas nak layan.

yela yela, sengeh da ni haaa~

antara budak sekolah rendah yang hadir dan termasok sekali dengan budak-budak sekolah menengah si pengantin perempuan.

horait, baru ade gambo bersama pengantin. inilah Nabilah si bini orang dan juga suaminya dan juga Pelah Padi~

dan inilah Pelah Padi. bestfriend dari sekolah rendah. perwatakan je macam baik tapi jiwa rock bebeh! haha~

bapak ah pakai baju kurong rambot gile rock. heh.

Sunday, January 2

2011 : Belog Oh Belog

cuti itu hari streamyx kat rumah sumpah macam sial tetttttt sebab kejap boleh then lama tak boleh dan disebabkan itu lama tak update sampaikan rasa macam dah janggal gila nak berbelog. cesh!

2011; Happy New Year walaupon hari ini dah nak masok hari ketiga. aku tak ada azam tahon baru. just mintak 2011 berakhir dengan cepat. eh cop cop, adalah azam! azam tahon baru aku nak jadik YOUNG AND HEARTLESS. macam bangang ke? sebab aku rasa macam cool buat azam macam gitu.

esok kelas dah setat. aku persembahkan jadual kelas aku peringkat pertama.

credit to izati sebab buat taimtebel ini.

aku tak ade perasaan tengok taimtebel ni. heartless fasa satu dah berjaya ke?

semoga tak makin gila lah ye. wassalam~