Wednesday, September 8

it has been a while...

4a.m, waiting for the saho time. baru je balek rumah ni tadi menyambot ke'sampaian' makcik dari alor setar. pukol berapa entah dia sampai tadi. layan anak-anak dia yang makin havoc gila rasa macam nak cubit-cubit nak picit-picit je. memang dah buat pon sampai menanges dah anak dia yang last. eheh~

aku suka kasik tajok entry tak sama dengan isik kan? merapu meraban je tajok aku kasik. korang yang baca pon mesti macam aish minah ni entah pape lah tajok semua nak kencing je lebih! okeh, aku mengaku. aku memang begitu. aku sangat tak pandai nak bagi tajok untok entry. kalau aku type tajok dulu, sah-sah entry aku memang ke laot isiknya. kalau aku type entry dulu, sah-sah tajok aku memang akan meraban merapu. sangat tidak kreatip dalam hal itu. akan aku perbetolkan.

pagi dinihari ini (???), perasaan seakan lain macam. dah nak raya dah kita ye, sekejap sahaja rasanya. macam baru je seminggu lepas setat pose. tup-tup, esok lusa dah nak raya dah. sangat cepat masa berlalu (kononnya walaupun certain time aku rasa macam lambat gilak!).

raya kali ni seakan macam tak best. opah aku cakap dia dah tak nak buat nasik tomato padahal nasik tomato dialah yang aku rindu-rindukan. dia cakap dia dah tak larat. aku cakap aku nak buat dia cakap tak payah, dia tak nak ajar. aish opah aku ni lokek nasik tomato betol!

nasik tomato tak ade dah satu hal, uchu pon petang raya baru gerak balek dari kolumpo. alang pon petang raya jugak gerak balek dari kuantan. yang ada malam raya hanya budak-budak kanak-kanak riang raya yang secara sahnya akan kecoh-kecoh berebot mercon and bunga api. dan yang paling penting, baju raya aku yang paling tak meriah! padan muka beli sendirik lagi~

dulu kecik-kecik pon aku macam gitu (and sampai sekarang pon aku join acara rebot-merebot mercon dan bunga api). time arwah aki (atok sebelah mama merangkap husband opah serta ayah mama) ada lagi, beliau selalu belikan aku mercon. macam-macam jenis mercon. aku paling suka mercon lalat pasal dia terbang-terbang kejo orang. selalu je berebot dengan nadia and uchu dulu. tapi dulu mercon tak ade lah dangerous+hazardous macam sekarang. dulu mercon semua mesra-mesra alam je. tak ada pon keluar cerita budak mati gara-gara mercon macam sekarang. biasalah, sekarang semua nak advance je ye kan?

cepat gila kot masa berlalu. baru rasa macam kecik lagi aku ni tapi sekarang dah umor 20 tahon dah! uchu pon dah ada anak dua dah. nadia pon dah habes blajo dah. dah hampir 15tahon dah arwah aki pergi~ tiba-tiba aku rindu beliau. beliau suka manjakan aku dengan nadia walaupon pada dasarnya beliau garang gila dengan anak-anak beliau~ =(

dan raya kali ni pon still tak dapat nak beraya dengan my other half juge. entah bilalah baru dapat merasa. raya ketujoh baru berjumpe. huhu sabau sajalah~

No comments:

Post a Comment