Wednesday, October 20

selepas seminggu yang lalu

dah seminggu lebih. dah seminggu lebih belog ni terabai. padan muka kau belog. aku memang sangat malas nak update lately sebab aku pikir buat apa aku layan kau wahai belog baiklah aku buat assignment aku yang berlambak tuh kad untuk kesayangan. tunggu dia dapat dulu nanti aku nak menggatal upload gambar dalam kau.

wahai belog (dear belog), tadi explorace. pertama kali, pertama kali seumur hidup aku pusing universiti tempat aku menimba ilmu dengan berjalan kaki dan berlari. besar kot. sampai tersesat group aku nak carik checkpoint. dah lah jarak tak macam 3km pulak. aish. abes kitorang dapat number 4 daripada 21 group french language padahal kitorang group first yang lepas dari checkpoint number 2. ish, takde rezeki kan belog~ dan kau nak tau apa yang kitorang dapat? oat krunch. Alhamdulillah, ada la jugak daripada takde.

sementelahan itu (erk?), pada hari isnin yang lalu, pak guard UTHM telah memberikan aku satu kenangan manis sepanjang tiga tahun menuntut ilmu. surat saman! first time aku dapat surat saman di sini, bila dah tahun tiga. merasa la jugak kan?

atas kesalahan transepot takde sticker. eheh. apa pun, terima kasih pak guard kerana memberi saya peluang disaman =)

No comments:

Post a Comment