Sunday, April 25

hilang punca

'don't call me again'

sumpah aku da taknak final. lantak lah kaw nak dapat pointer berapa pon.

mama~ =''(
(crying sobsob)

till i write again. bye-bye

Saturday, April 24

'taknak dah. tolonglah bodoh'

aku rase macam best je sebot ayat kat atas tuh. sekali lagi, taknak dah. tolonglah bodoh.

gambar hiasan

soalan yang ditanye, besday 21st nak ape? time tuh aku jawab tak pk lagi. padahal dalam hati aku da ade jawapan. eceh, jawapan dalam hati tuh! monolog dalaman kot~
jawapannye sekarang aku revealed. on my 21st birthday, aku nak die dengan aku jek. die?? paham paham sendiriklah okeh~ ni aku tak taknak dah tolonglah bodoh. ni aku nakkkk sangat sangat nak tolonglah pandaiii!

ni actually belog ketige akuh. 1st time adik aku yang buatkan. semangat adik aku siap tolong buatkan lagi. tapi nak lah pulak aku melayan belog time tuh kan. tapi aku ade post entry gak. aku ade follower gak. lagi ramai kot daripada belog yang current neh. time tuh belog pemes sal kawan makan kawan. aish. buang karen ngingatkan. belog time tuh atiewa but then, deleted.

yang 2nd pulak toh puan, aku wat jadik diary aku sal aku tak exposed kat mane2 pihak pon. tapi ade 1 je kot entry dalam tuh. heh. belog bername toh puan itu menerime naseb yang same seperti yang 1st, deleted!

maka wujudlah yang ketige, yakni yang ini. aku jadik rajin mengepost entry dalam belog ini dengan sokongan daripada die. tapi 1st time aku revealed belog ini kepade die, iaitu manusie pertame yang merasmikan belog aku, reaksi die, belog kaw bodohlah! satu sokongan moral yang sangat membina. terima kasih chenta!

selepas hal sedemikian rupa, maka, taknak dah tolonglah bodoh. aku da takkan delete and wat baru and delete and wat baru lagi dah. serius aku taknak dah, tolonglah bodoh~

merepekmerapu:
1. baru lepas selebet besday ntah sape sape.
2. kek 2hengget dengan 1 lilin di tengah-tengah.
3. credit to asss kerana membawa kek tersebut.
4. i missss u love!

serabut dan kusut itu artistik dan unik

salam selamat~
aku blur. aku penat. aku serabot. aku kecamok.
hoi perwira bile masalah air kaw nak setel bodoh aku da fed-up aku da tak tahan!!
(dan... aku pon bile nak selesaii?? urgh~)

semalam aku rase nak marah bile tengok gambar sorang pompuan neh. aku tak suke die tapi die cantek. bukan bermaksod aku tak suke die sal die cantek tapi aku memang tak suke atas sebab-sebab lain yang mengganggu gugat hidop aku. tapi sumpah die makin cantek membuatkan aku suke tengok gambar-gambar die.

bile pale otak aku da serabot, aku ajak lesbo-lesbo aku sekalian makan jaoh kot semalam. atas sebab aku rase macam nak bawak moto laju-laju and jalan jaoh-jaoh sikit kasik hilang stress bile kena angin. aku rembat legend kak liza. aku sangat suke!

lepas makan lesbo-lesbo aku mengusulkan untuk overnite pada malam semalam and melayan movie midnite. aku memang taknak pada dasarnye dan awalnye tapi bile pikiran diraconi dan keadaan aku time tuh yang memang memerlukan entertainment, aku mencoba naseb, meminta izin daripada boyfren tchenta. takot gak la nak mintak izin tuh an sal aku tau die nga keje penat-penat. so aku sangat sangat sangat la tak beharap pon. but then, die kasik!

keluarlah kami merayau-rayau dengan si jijol menjadi supir. midnite movie, aku nak tengok hooperz sal aku da tengok kick-ass. ina sokong as sokong kak tehah tak kesa jijol tanak! damnnn!! tapi takpe, melayan la aku kick-ass for the 2nd time naseb baek movie itu aku suke kalau tak jangan harap aku layan korang. aku nak tengok kick-ass banyak banyak kali sampai tahap aku bosan macam aku tengok simpson the movie. tapi sampai sekarang aku tak bosan tengok simpson. it was raining heavily like cat and dog ye after the movie membuatkan kitorang just lepak kat McD je. masok je dalam McD, ramaiiiiiii gile kot senior aku kat dalam. da macam kelas BPC da kat situ. oudoor class i called, at 3.00 a.m.

then berejam lepak kat McD, aku da bosan tahap nak mampos. tengokkan je dak-dak McD tuh mengemas mop lantai segala bagailah. kol 5, aku pakse gak jijol belah. da tak sanggop nak melihat perkara yang berulang. pusing-pusing tak taw nak gi ane sal baru lepas hujan kan so semua tempat basah. then lalu jalan pasar tengok-tengok pasar sal memang da takde life gile da kan pada jam 5.30 pagi itu. teros kitorang belah balek perwira.

and kawan kawannnn, semalam dalam sejarah, 1st time everrrr aku keluar lepak malam-malam pagi-pagi memakai tudong! eheh. kenape?? janjiku padanya mesti ditunaikan lah! benda baek lagipon kannn~ disebabkan menghargai jase beliau yang membenarkan, aku pakai baju die! aku sukeeeee~ =))

di mapeley minom-minom sambey menuggu 1 pagi. aku pakai tudong tuh sal aku malas nak iron yang lain. nak gi mane je kaw?

after the movie. satu-satunye pic yang ade jijol si supir. plus, die punye besday rupenye!

wit si gile ina my beauty consultant. haha. and yesss, she's wearing my cardigan. tak malu!

kak teha, tak ley belah die punye muke mengantok padahal yang paling beria ngajak nak gi

lastly ini, si gile asmanirah. kenape aku begitu jangan ditanye okeh. semua pix wit asss sucks! aku pilih secare random neh.

and and and, aty meset cakap trip to pangkor is on 20th may. goshhh, cannot go la darling as my ilham have to go to arau on16th till 21st. kenape la dalam banyak-banyak tarikh yang ade atas muke bumi neh arthur kaw tuh nak die punye besdate on 20th may jugak?? aish melepas aku nak gi kacau-kacau korang~

merepekmerapu:
1. kadang-kadang bile pikirkan orang lain pon salah gak.
2. bile pikirkan diri sendiri laaaaagi la salah.
3. saya mintak maap.
4. saya memang tak pernah tak salah.

5. saya sangat saaaayaaaangggg Muhammad Nurilham.

Wednesday, April 21

Moral of the Setories~


Anger Management

apa itu marah?
kita semua ada perasaan marah. and for sure lah kita semua pernah, or sedang, or akan rasa marah. lebih-lebih lagi bila hari or something planned, tak menepati kehendak kita. saya juga akan menjadi marah bila berdepan dengan hari yang malang. eheh. marah itu adalah normal dan merupakan salah satu emosi manusia tak kira lah perempuan ke lelaki ke. perasaan marah itu sendiri boleh menjadi pelbagai, contohnya daripada marah sikit-sikit sehinggalah ke tahap marah yang gila babi. apa yang merisaukan bukanlah perasaan marah tuh, tapi apa yang datang sekali dengan marah tuh kerana marah ialah satu perasaan yang sangat powerful, when it gets out of control it can lead to kemusnahan yang melibatkan kerja kita, or might be hubungan kita dengan sape-sape ajelah yang berkait dengan our daily life.

sekiranya marah adalah normal, then macam mana nak tau yang our anger is going overboard? i mean, to identify kemarahan yang melampau lah~
kita semua pernah je bergadoh, or paling koman pon tak stuju dengan parents kita sometimes. kita jadik marah and rasa macam kita ni tak di'treat' very well. kemarahan tersebut adalah normal.
yang TAK NORMALNYE, bila every time kita nampak parents kita then kita rasa macam nak jerit-jerit nak pukol je dorang tiap kali nampak, well, u better make a pit stop at the psych's office lah! that is abnormal~
professionals menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mengukur tahap kemarahan kita, gauge how prone to anger u are, and how kita semua menangani masalah itu. even so, someone with anger issues may already know it tetapi, tak kan sekali-kali mencari bantuan untuk membantu masalah yang dialami.

apa itu 'anger management'?
kita secara nyata dan pastinya, tak boley go through life and elakkan semua yang akan membuatkan kita marah. tetapi, kita boley belajar on how to control and manage our reactions to situations or people. pengurusan perasaan marah ini akan mengajar u'ols on how to control ur anger instead of membiarkan kemarahan tersebut yang mengawal anda. jengjengjeng~

Carik and Identify Penyebab Kemarahan Anda
langkah pertama is to figure out lah apa yang membuatkan anda lash out. sometimes, we blow up when we already got pent up anger. and di sini beberapa cara to find out penyebab kemarahan anda;

1. Anger Journal
buat journal for a week or two. jot down things macam yang buat jantung anda berdegup-degup kencang ataupun bila anda dah mula rasa perasaan marah yang tak tertahan. sempat pulak kan nak jot down! tapi takpe, tak cube tataw. haa, note kan sekali pe yang jadik and how it made u feel and macam mana anda react. kerja lebih sikit lah nak control marah punye pasal! =)

2. Deconstruct
step ni lebey kurang macam kita tanya balik diri sendiri apa yang membuatkan kita jadik marah? and apa yang jadik before kita jadik marah tuh and sort of lah~ yang pentingnya kat sini, kita letakkan perasaan marah tuh jadik number 2. yang 1st, kita guna otaklah fikir-fikir balik soalan apa yang patut ditanya kepada diri sendiri.

3. Trend Spot
look back, cuba ingatkan balik isu atau orang yang berkaitan. pahamkan the reason beneath the surface, then u can deal with the rage that comes as a result.

'anger management doesn't happen overnight,
it takes time to change ur old habits.'


TERAPI
learn to deal with the underlying problem that makes u an angry person. kebiasaannya adalah disebabkan zaman time budak-budak dulu and juga disebabkan oleh kejadian yang traumatic that may have occurred later in life. re-programme the way u react when u start to feel angry. cuba express kemarahan dalam keadaan yang terkawal by applying calming strategies or assertive training.

PUKAU @ HYPNOSIS
cara alternative untuk menangani kemarahan. cara pukau memukau ni bypasses the subconscious untuk mendapatkan punca kemarahan. selain itu la kan, it helps u to remain calm in some difficult situations. ramai gak mereka-mereka yang mengatakan kedah ini sangattttlah berkesan as u can plant good habits with less resistance to the change. Wallahualam~ eheh

dalam keadaan marah, better lah anda:

1. belah saje dari tempat kejadian
kaedah ini requires a lot of conscious effort and will power tetapi akan memberhentikan anda untuk react secara serta-merta. bukan semua orang boley belah begitu sahaja ketika marah kerana kaedah ini masey lagi memerlukan anda menggunakan otak ketika sedang marah. XP

2. bermeditasi lah anda tetapi elakkan yoga kerana sudah diharamkan okeh
sebaik-baiknya, develop some kind of teknik pernafasan yang akan mewujudkan perasaan tenang and keep u from blowing ur top. jangan tiba-tiba bermeditasi di depan orang yang anda nak marah tu sudahlah macam gila lak jadiknya.

3. cuba bayangkan tempat-tempat yang menenangkan selama 2 minit. 2 minit sahaja jangan lebey-lebey pulak! (step ini best! berangan lame-lame then ZZZZ terus lupe semua masalah =))
kaedah ini boleh membuatkan perasaan anda diluahkan secara positive.

apa yang anda boleh buat bila berdepan dengan orang lain lak yang marah dia out of control?
best thing to do is= WALK AWAY. orang yang macam ni da tak dapat nak bertindak secara rasional so bila still sticking around gak, walopon untok defend kita punya rights or hak, still kita berdepan dengan posisi atau kondisi berbahaya.
selain tuh kalau tak dapat memblahkan diri= SILENCE. diam je and jangan try cakap apa-apa pon or it might be worst as it will only fuel the fury. STEP OUT of harm's way= the only solution.

Failing With Success

kenegaraan tadi i just didn't know what had i answered~
then, the only thing i need to do, NOW, is, accepting the failure
(walaupon result masey belom tataw, but, sediakan payong sebelom hujan is the best thing to do)


RECOGNISE THE SLIP-UP!
kalau bercakap dengan psychiatrist sekalipon, they will tell u that one of the first signs of trouble is denial. kite da tak boley nak fix anything lagi da if kite refuse to accept that it is broken. once u have taken responsibility for the mistake, u da menang half of the battle bebeh!

DIGEST IT
semua perkara, or benda, has a sequence and some mistake may hurt more than others. tak salah to feel bad, or sad about the matter. just ingat yang jangan biarkan that matter keep u down forever. JANGAN okeh!

FIGURE OUT UR SOLUTION
tak ade gune sitting there and menangis tak sudah mengenangkan perkara yang da jadik. once u have allowed urself time to mull over it, pick urself up and carik jalan to resolve situasi anda! every predicament has a way out. it may not be cara yang anda-anda semua suka or even the best way, but the point is, that u can work around it.

ready... ACTION!!

so sekarang anda dah ade jalan penyelesaian, act on it! anda mungkin memerlukan paksaan or dalam bahasa lainnye, 'push', so jangan malu-malu to tell ur closest friends what u're going through. we can't always make it through rough patches on our own, so make sure anda mendapat support yang membina.

LESSON LEARNT
tak ade yang lagi terok daripada mengulangi kesilapan yang kita dah pon buat over and over again. maturity isn't just marked by the acceptance of ur mistakes but also by ur growth daripada keseluruhan pengalaman yang dilalui =)


p/s: growing up seriously taught me about maturity. mistakes are a very good teachers but the thing is, never repeat them!

'Guy Mysteries';

it's a boys and girls thing!


u can't stop guys from doing weird things, but now u know why they do them =P
so here, girls asked, guys answered!

1. 'why do guys constantly turn on football games but can't stand to let u watch five minutes of a chick flick?'

i hate chick flick bcoz they make girls yearn to live in a world that doesn't exist. these kinds of movies set unrealistic standards of how girls should look and the way guys should behave. football is different; the players' pain, and glory, are real! (AGREE!)

2. 'why do some guys scratch their "area" in public? it makes me cringe!'

we itch! scratching down there is a subconscious thing, like girls playing with their hair. we don't even realise we're doing it. =)) 'haha'

3. 'how can guys play video games for hours on end without getting bored?'

it's the same reason that girls can shop in the same store for hours, it's the drive to beat the game, or find the perfect shoes.

4. 'all guys seem to think pooping and farting are soooo awesome! why?? i don't get it!'

boys love talking about pooping and farting bcoz it grosses girls out. if u stopped screaming 'ewww!' every time, we'd stop thinking it was funny.

the mysteries, SOLVED!! =)

and guysss, kick-ass awesommme!! really adore that Mindy girl~ xP

Mindy the Hit Girl

just go and watch the movie yep for those yang belom tengok lagi. sangattt bessstt~

Tuesday, April 20

hari ini hari selasa 20042010, maka esok hari rabu 21042010, oh esokkkk

tadaaaaa KENEGARAAN!!

ape yang kaw orang-orang semua taw pasal Malaysia?? ahaaa, mestilah banyak kannn? banyak kaum banyak makanan banyak bahase banyak agame banyak adat banyak kes rogol banyak kes buang anak! eheh~ tu bukan salah Malaysia. tu salah Malaysian yang kononnye semakin maju tapi tak bertamadun! marah betol~
haa, nak cite sikit la sal Malaysia ni, Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. sebelom tu name Malaysia bukan Malaysia lagi, lagi famous ngan name Tanah Melayu, Malaya and juge Persekutuan Tanah Melayu.

yang mcm kite sedia maklom, merdeka pada 31 Ogos 1957. tp sebenarnye kan, kalo ikotkan proposal kemerdekaan yang dibuat oleh Parti Perikatan (gabongan UMNO, MCA dan MIC), kite sepatotnye merdeka pada tahun 1960. tapi disebabkan kecekapan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama kite, make cepatlah kite merdeka.

berikotan kes 13 Mei 1969, maka wujudlah pelbagai dasar dalam negara kite ni mcm Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2010). yang latest aku tak sure sangat la pe name. maybe Model Ekonomi Baru kot, dasar di bawah pemerintahan PM Najib~
dahlah. malas da nak cite lagi. ni semua penangan esoklah! aku adalah antare orang2 yang tak bape na suke sejarah sangat actually. tapi tak suke sejarah bukan bermakne kite tak amek taw sal sejarah kan kawan2 yang tak suke sejarah??

esok: kenegaraan bebeh. KENEGARAAN!!
sigh~

Friday, April 9

dot dot dot polka polka dot

aku da tido. tapi aku terjage. aku pon on pesbuk jap. aku teros rase tak besh yang amat then teros aku off balek. aku da nak tido balek neh. tapi aku nak luah pasaan jap. haha gelak pakse

damn shit, im starting to feel the thing back again. darn the feeling but what is wrong wit me?? =((

aku taknak cuti sem! hux~

Thursday, April 8

yang terbaik untuk yang terbaik

4:23 am
Selamat Malam Donia~


tapi, aku masey takley nak tido, masey lagi pikiran.
pale serabot otak kusot jiwe kacaw. haha aku belom gile lah!
ok2, tido dulu secare pakse. selamat malam lagi sekali~

yeah, yang terbaik untuk yang terbaik =))

Ape Itu 'HOT' Di Mate Anda

ape maksod 'hotchicks'? awek2 kat atas ni pon tergolong gak tapi aku konpem musti ramai gile yang deny walopon pade hakikatnye mereke memang hot dan sexayy. urgh! kenape perlu yang hot?? itu adalah subjektif ye. perbezaan pendapat dan jawapan bagi setiap insan yang berlainan.

mood aku sekarang: pikiran yang kusot. haha

esok kelas kol 8:30 am tapi aku masey tiade mood untok memejamkan mate. kelas esok aku pegi. jgn risaw. pade dasarnye sekarang, aku sangat susa ati. mungkin kalian pelik kenape aku tegar memikirkan masalah hot dan tidak ini. tidak mengape. sesekali menyesakkan otak adalah tidak berdosa. wehhhh!! aish~ mengape mengape mengape Fatin Athirah??

ahahaha. aku ok jangan heran. malam ini adalah malam gile. hot bagi kebanyakan orang mungkin adalah seperti di bawah:

ATAU


mungkin juga membawa maksod menerime diri sendiri seadenye. mungkin juge pembawakan tuan badan yang selesa dengan dirinye sendiri yang membuatkan masyarakat persekitaran melihatnye sebagai hot. mungkin juge sebagai seorang awek yang sering mendapat gangguan mane2 lelaki yang melihatnye. mungkin juge seorang yang sering bertukar boyfren. dan mungkin juge sebagai seorang yang comey cantek lawa yang menjadi idaman semua yang melihat. sepertimana yang saya nyatakan tadi, 'hot' itu adalah subjektif.

hot tidak semestinye sexayy yang mendedahkan semua bahagian badan yang nak didedahkan. hot tak semestinye gedik yang menjelikkan. hot tak semestinye mekap tebal nak mampos sampai tengok pon cam nak baling laptop je kat muke die. sekali lagi saya nyatakan, 'hot' itu adalah subjektif.

im not good enough. saya juga tidak boleh nak jadik apa yang orang nak saya jadik. tetapi, tidak salah mencube. mungkin penyataan ini tiade kaitan dengan tajok utame saya tetapi lantak aku la post aku! eheh~ XP

post ini bukan kerana mahu menyatakan saya adalah tidak hot jauh sekali mahu menyatakan saya hot. tetapi untuk menyatakan saya hanya mahu menjadi yang terbaik kepade die yang sepatotnye. sekian terime kaseh~

sebelum terlupe, semua perempuan mahu menjadi hot. silelah menuju ke arah yang tersebot untok hubungan yang berkesan.

Wednesday, April 7

jam menunjokkan pukol 04:47 pagi

sesungguhnya aku takpat nak tido! aish~ baru je siap wat flyers ntok spa&saloon yang nak present esok. aku sangat sangat sangat suke akan hasil kerja berkenaan spa yang tersebut walopon flyers yang aku wat tuh just nak cukopkan syarat je. as sangat bersemangat wat slides sampaikan skang pon sedang bertungkus lumus ag wat kat lua sorang2. mira n ina suda semestinya sedang enak dibuai mimpi. gudnite ina n mira~ XP

aku seram nak tido. esok Muhammad Nurilham cakap nak isik borang online ntok kuota pengetua. aku takot die tak bangon je sal die cakap die nak isik awal pagi. kang kalo aku yang tido kang elakkan die tak bangon aku pon tak bangon gak nak kejotkan. aish haru birulah segalenye bagiku~ (ayat metafora kot tuh)

naseb bek la presentation aku petang. paper Muhammad Nurilham pon petang gak. tapi aku lagi petang daripada die (ayat takde motif XD).

k lah, nak tido gak la jap. aku timing jam betol2 letak kat sebelah tinge. kalo tak bangon gak memang tembak diri sendirik la jawabnye. penat bertungkus lumus menyiapkan proposal dan pelan ntok Sari Bali Spa&Saloon. heh! XP

Sunday, April 4

bus terminal lagi, spa and saloon lagi

yeah, due2 have to built. permintaan client wajib ditunaikan! sangat penat rupenye menjadi seorang yang terlibat dalam costruction neh. belom ag siap satu projek da dapat tender nak kene siapkan satu projek lain. if tak amek nanti melepas then menyesal tak sudah pulak. tu lah manusia, tamak tak berabes. aish.
sekarang, nak kena plan terminal lagi, lepas tuh pikirkan spa yang tak siap-siap ag. spa nak ala-ala Bali pulak. lepas tuh nak elegan ngan eksklusif pulak. nak mengeluh tu memang takde niat pon. nak mengomel je sal nak cakap construction ni penat! haha. yelah, ane pelan kene sendirik, kos pon kene pk sendirik, workers pon kene amek kire gak nak amek bangla ke indon ke myanmar ke vietnam ke america ke britain ke japan ke. banyak sangat negara dalam donia ni nak kena pilih!
tapi takpe, yang penting duet masokkkk! yeah!

klo la aku dapat design and wat bus terminal yang macam ankara neh. fulamakkk!!
aku tayang name aku kat tengah2 cakap kat satu donia tu aku la yang buat!

p/s: poyo gile siot macam da keje lak rasenye. haha
(takde idea nak post tp pasaan nak wat post membuakbuak gak)

Saturday, April 3

sabtu, tengah hari da nak masuk petang yang hujan

highlight; ade ag due ass-shit-ment yang tak pandai nak siap-siap. maaf kerana terpaksa mencarot. jom share some info and to muhammad nurilham, ur final is just around the corner (lame dow tak sebot ayat neh), so stay focus and study la dengan penoh ke'smart'an~

GIRLSS, LET IDENTIFY URSELF~
as a girl u used to dress for the boys,
as a woman u will dress for other women.

as a girl u used to look for a job that will make u happy,
as a woman u will find happiness in ur work, whatever it is.

as a girl u used to go for the cutest guy a girl like u could find,
as a woman u will go for the smartest guy a woman like u can find.

as a girl u used to shop, shop, and err, shop,
as a woman u will earn, budget, shop and save.

as a girl u used to argue or give in; bluster and fight.
as a woman u will speak up or compromise; listen and apologise.

based on atas, as for me lah, im not a girl not yet a woman XP

Friday, April 2

My Boyfriend Is An Adult Now =)

01/04/2010 ohh i so luvluv u~ (haha)
tak taw nak start mengomel dari mane. semua bende yang jadik pade 1 haribulan ini adalah sangat sangat sangat sangat bessssstt and oh so so so great! hilang segale kegelabahan dan ketakotan. kudos and thousand of thanks diucapkan kepada syaz dan din dan kawan-kawan muhammad nurilham yang menghadirkan diri dan same-same menjayekan sepraiz besday party yang meragot mase tido aku selame 4 malam neh. hahaha. sangat sangat sangat membantu walopon pade dasarnye aku langsung tak kenal korang. weeeheeee!!~ =)

starting daripada pagi bangun nak gi kelas analisis struktur pagi tu semangat aku suda pon berkobar-kobar. terase macam nak berlari je gi kelas. sampai je dalam kelas non stop berdoa moge-moge kelas abes cepat-cepat and yeayyy, kelas tak sampai 1 jam pon! before 9.30 da abes then aku berlari keluar kelas. tapi alamak, mira pulak gi jumpe lecturer dulu! kene tunggu lagi. setel kes kat lam lecture hall, gi breakfast lak kat tsn. aku da tak ade mood nak makan aku sangat excited dan hilang segale selere. as pakse gak aku makan and aku makan cepat-cepat abes dulu daripade dorang. aku pakse dorang makan cepat gak aku da sangat tak sabo nak balek nak tukar baju nak mekap-mekap pulak neh. aku mintak nak gerak dulu tapi as cakap sabo la jap agi die antokan and aku tunggu lagi. akhirnye, ina pon setel and kitorang pon bergerak la balek naek bus. sampai je kat rumah teros aku siap-siap segale bagai dan tepat 10.45 as anta aku gi kat kaunter. aku sangat bahagie bile beli tiket kol 11 tapi alangkah malangnye naseb pakcik bus tu bawak bus sangat la lambat! huuu aku da tak sabo gile kot nak sampai aku memaki hamun da bile nak sampai bile nak sampai aku tengok jam selang 5menet kot tapi aku sabokan jugak hati aku yang menggelora pasalnye aku secara tepatnye adalah sangat takot dan excited yang bercampo aduk pade ketike itu.

sampai kat sri puteri, call syaz datang amek. tunggu lagi. syaz pon sampai. naek kereta syaz, gerak jusco beli kek and air. aku beli kek blackforest+cokelat 1 kg syaz cakap macam banyak sangatla atie. aku cakap takpe. beli je lebih is jaoh lagi better daripade tak cukop. selamat membeli belah, gerak masok utm carik tempat besh besh. aku tak taw syaz pon konpiuz die col apiz rumate din tanye nak wat katne aku yang cakap aku yang tanye tapi apiz tu pon tataw gak. aish. gerak lagi. sampai tasek dandan je ujan. ujan dengki! blah lagi syaz bawak gi pe ntah name tempat tu tapi underconstruction then syaz bawak gi fke. usha-usha tempat din pon meset suro buat kat aked sebelah atas. aku ngan syaz bergegas gi arked. then ilham called. aku da seram. haha. selamat kaber tapi die da saket ati gile. aku wat dang lagi.sampai aked die call lagi. aku da bertasbih alamak alamak da. jawab je tapi sumpah die marah gile. aku da tak sampai ati. da nyaris-nyaris nak mengaku. tapi naseb bek aku cekal lagi. yessss selamat tak kantoi!

naek atas setting-setting pe yang patot then mimi datang. yang lain semua tunggu kat bawah sal dorang pon makan sekali kat aked tuh. din da salah paham ingatkan kitorang nak celeb malam. aku cakap takpe bantai je la depan opiz tu pon agak-agak akak opiz yang die cakap kecoh tuh marah kite ajak la die join sekali. dorang pon layannn je nak wat kat situ sal memang da tak pat nak pindah kotak kek aku da koyak-koyak nak wat jadik pinggan XP

syaz da gerak amek ilham. aku da gado ngan die time tuh. pasalnye die kecik ati aku tanak datang celeb die nye besday aku BZ! hahaha aku memang sangat sangat sangat bz ponnn~ syaz sampai. semua da ready. besday boy pon naekkkk~

ahahaha sumpah aku epy gile! ari ni pon aku epy gile lagi. lame gile da aku tak tengok muke die epy cam gitu. aku suke! die epy and aku lagi la epy! aku tak kejam sangat la sampai tanak celeb die nye 21st birthday. kalo tak buat cam gitu bile lagi aku nak buat sepraiz kan. heeee~ as cakap aku ni lautan api pon sanggop diminom la ahahaha as bengong! sape je tak sayang boyfren weh. b, saye sayang awakkk! XD

berbalek pade akak opiz tadik, die pon sangat bagos kerane menyesponsor sunsilk punye conditioner yang sangat banyak untuk dijadikan goodies kepade mereke-mereke yang hadir. haha.

malam tu lak baru je nak makan nak balek ibu and the rest of his family lak datang. berlari (tipu naek moto la wey) masuk utm lak. 2nd celebration and another kek! haha u r so lucky on ur 21st birthday~ congratulation kerana telah menjadi dewase. heeee~

banyak lagi bende best yang jadik tapi bia aku die dan mereke je yang taw nak cerite semue penat lak nak menaep. heheh.

the most important thing, doa aku pade hari itu termakbol as everything went so smoothly and greatly and happily and happeningly~ Alhamdulillah~ =))