Wednesday, September 15

masih belom terlambat~

raya ni mak tak kasik mengadap komputer kerana disuroh melayan tetamu yang datang beraya. ikotkan hati macam nak letak je signboard besar-besar dekat depan rumah tulis tiada orang langsong di rumah ini ish bapak keji! tak tak, gurau je. tetamu tetap diraikan~

maklomlah, rumah aku terbuka je sepanjang masa. orang datang tak berhenti tak menang tangan dah! nak beraya lama-lama pon tak sempat, serius. ada je yang call cakap nak datang. mama cakap, tetamu itu rezeki.

aku belom post entry ucap "selamat hari raya, maaf zahir batin" pon lagi. dekat facebook pon takde. tatau lah kenape. masih belom terlambat rasanya aku nak type kan. so rakan-rakan sekalian alam,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN AKU UCAPKAN. MAAFKAN KALAU ADA TERKASAR BAHASA, TERMAKI HAMON, TERAMBIL BARANG, TERPINJAM DUET TAK INGAT NAK BAYAR, HALALKAN LAH YANG MANA PATOT TAPI KALAU TERASA AKU PATOT BAYAR MINTAK AJE LAH YE JANGAN SEGAN-SEGAN~

dalam kita seronok duaronok beraya ni, jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Dato' Sosilawati dan 3 lagi hamba Allah~ semoga roh mereka dicucori rahmat dan tenang di sana. jangan lupe, keburukan orang yang dah tak ada jangan dibualkan lagi. dan semoga Datok peguam tuh dapat balasan yang setimpal. aish jahat yang amat! tapi kes ni 'humble' sikit lah daripada kes c4 tuh hari kan. ish Malaysia sekarang!

No comments:

Post a Comment