Saturday, December 31

What Say You?

This gonna be the last post for 2011.
Rules:  Once you've been tagged , you are supposed to attach your picture and write the answers of 23 Random Questions of 2011 about you . At the end, choose 5 people to be tagged. But I tag no one. If you were interested then jangan banyak bunyik just do it
  
this picture has been removed
What's your favorite color?
Purple, yellow, red & green.

What's your favorite movie?
For the time being, Friends With Benefits OMG JT just sooooo damn sexayyy. BUT Simpsons The Movie will always be my #1.

What's your favorite song?
Fuck You by Lily Allen?

Name your most favorite time of the year?
Too many i guess. with love, with families, with friends, uncountable.

What is your favorite subject at school / college?
Anything except Maths. CHEMISTRY will always be my #1.

What is your favorite restaurant?
As long as makanan dia sedap then listed as my fav one lah. i'm not that choosy.

Is there a movie that you watch more than 3 times? Name it.
Friends With Benefits for sure. more than 4 times. tp Simpsons The Movie champion sebab been watched for more than hundred times? semua dialogue aku boleh ingat *applause*

Are you a morning person?
Sometimes.

Do you have any pets?
CLPT counted tak? okay booo i have none.

Have you meet a new friend?
Yup. ramai but lupa siapa.

Have you found out who your true friends?
Yup i did.

Have you kissed one of your friend?
I kissed every of my girlfriends on the cheek. counted?

Have you lost someone special?
Hope not. Mannn, i hate this question. next.


Have you ever been arrested by the police?

Not really! but i did experienced this once while i was in my secondary time HAHA.



Have you ever been cheated on?

Yup.


Name the one piece of clothing you can't live without.
Sorry. I got two. Bra AND panties. counted?

Whom are you more closer to, your mom or your dad?
Mom for sure because when i was so eager to tell my dad something, he was like okbye. =="

What you relationship status?
Single and in a relationship.

What's your worst/best memory of high school and why?
Too many. if i were to jot down everything one by one, mmg panjang berjela. but i tell u guys this one, aku ceroboh bilik tv time duduk hostel tgk melodi pukol 2 pg and ended up bangun pg pukol 7. pergi sekolah tak mandi langsung. nice.

What are the most important 3 things in your life?
Phone, camera, purse.


The person you hate most

Belom ada lg.


Do you have any phobias?
Frogs. and lizards.

Your best friends?
Everyone yg ada time aku susah is my best friends. =))

okay tag by AyunSam is done.

HAPPY NEW YEAR GUYS. 
Tomorrow is already 2012 so, just growing up guys. =))

Wednesday, December 14

Hidop Kau Umpama Novel. Awww.

.
..
...
....
.....
....
...
..
.
damn lah. aku try nak tiru gaya kau create fake stories bagai. tp tak mampu. sebab banyak lagi kerja lain aku nak buat. tak macam kau, kau memang fucking hebat.

takpe takpe, nanti aku try. kita tengok cerita dongeng aku mampu tak menandingi kehebatan kau. hik.=="

Monday, December 5

Tarikh Lahir Anda


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
 
kopipes dr fb.

Saturday, December 3

For Him To Know


tell him,
that he's the one.

Tuesday, November 29

Meditasi Otak

Perhentian Island

 Sipadan Island

 
Krabi Island

 Maldives Island

fly me there. or anywhere else it could be. like seriously.
i'm craving for islands. or for a vacation to be exact?


source: Mr. Google


Saturday, November 19

Shitty-ness

everything seems like shit. life is no more fun like yesterdays until the point where i'll finish everything soon. can't wait for the time seriously. sebab dah tak tak sabar dah ni nak berjimba seperti sedia kala dem ah!

i was about to rant about everything but ...


kena tidor esok ade interview if not nanti insomniac lagi.

Thursday, November 17

Random #2


from Google.

Wednesday, November 2

Random #1


STUPID TRUTH.
stolen from atykerek's tumblr.

Wednesday, October 26

Bags For Sale.

brand new one. first come first serve. affordable price, seriously.

yellow briefcase




*(market price: MYR 60-70)
tali adjustable nak panjang ke pendek.
very nice sebab sangat in dengan style skrg. geek & stylo.
sesuai untok bawak ke kelas.
i recommend this one teehee.




turquoise sling bag



*(market price: MYR 40-50)
tali adjustable nak panjang ke pendek.


kalau berkenan, or if u have any inquiries, email me at amtiewa@gmail.com.
*do take note that the market price stated is not the price i'm selling. harga i waaaaay cheaper than the market okay.

FREE postage for UTHM's student. pick-up station: McD Parit Raja.

=))

Saturday, October 15

4BPC vs 1BPC

umur aku baru 21 tahun. junior junior yg masok tuh tak jaoh pon beza dengan umur aku. paling koman pon umur 19. alah lebih kurang sama lettewwwww. even time jadik fesi hari tu ade je yang sama je umur dgn aku. so aku tak rasa aku super senior pon. tak rasa macam dah besar langsong. sebab tak jaoh pon beza umur. malahan masih lagi rasa muda remaja dan fresh seperti junior junior yang lain ekeke.

boleh sangat nak rasa macam junior sebab boleh sesat dalam fakulti sendiri.

berkenaan isu BPC Fan Club tu, hoi langsong tak ada rasa jeles lah abang abang senior mengorat junior junior yang comel sekalian lebih lebih lagi yang nama sama dengan aku tewwww. ehem ehem nama macam I memang comel comel kot?

tak ada sindrom senior. okay ini hal serius. langsong tak ada sindrom senior okay. ini aku bersuara bagi pihak 4BPC yang mulut masing masing memang laju dan tidak bertapis. anda, merangkap 1BPC, telah melakukan terlalu banyak perkara yang annoying di situ.

"budak BPD dah dapat gambar, kita bila lagi singa kucing?" juga bukanlah merupakan sesuatu yang patot di share dengan kami yang tengah kusot serabot mengadap PSM kami. apa salahnya kalau directly post kat wall singa kucing. tak gitu? kalau sekali sekala tuh kami tak kesah lah still boleh consider lah tapi kalau dah kena sound dengan admin sampai lebih 2 kali pon korang buat lagi, kepala kami pon terus jadi pening.

sedarlah 1BPC sekalian bahawasanya, dengan page itu lah kami hidup di UTHM selama ini. dan selama itu jugalah tak pernah ada yang post 'gudnite' merepek meraban so on so forth yang memenuhkan noti kami dan membangkitkan perasaan nak mencarot carot sebab benda yang dipostkan itu TAK PENTING LANGSONG! ish korang nih saje tauuu main mainkan kitorang tauuuuu.

kami ni baik dan sporting je sebenarnya. tak percaya gak? imbas balik moment moment kami jadi fesi, baik baik dan comel comel belaka kannnnn?? ekeke.

kalau jumpa jangan segan segan nak tegor okay. dan nasihat kami, jangan leave group BPC tu sebab banyaaaaaaak sangat information berguna boleh dapat dari situ. dan kami juga tidak laparkan abang abang senior korang yang sama batch ngan kami tuh. erkkk?

ada ke 1BPC yang baca nih? pisnowor hinshinshins.

Tuesday, September 20

Sem 8, 2011/2012

final semester bebeh. and tak lama lg dah boleh habiskan degree dengan jayanya, InsyaAllah. ada lg less than 5 months nak spend masa dengan kawan kawan, lepas ni confirm semua dah berterabor bersepah sepah. sedih in advance aish.

tp bila pikirkan PSM, siapa yg tak nak habes cepat beb? haha makin lama makin botak wey kepala. padahal kalau ada rezeki nak proceed dengan PS pulak, yg kau tau sekarang mengeloh je kerja apa pon tak boleh lah.

semua fakulti baru dah siap. naseb baik sempat merasa jugak sebelom habes belajar. terima kaseh UTHM ekekeke. tunggu part yg nak konvo dekat dewan yg futuristik habes je nanti, hehe InsyaAllah.

yeah, dah sem last.

Penghantaran Afeeq. Afeeq's Delivery?

lama sudah tidak mencarot. ya, sekarang aku rindu adik adik aku sebab lama sangat lepak dengan dorang time cuti itu hari. sempat berjalan satu family. benda yang lama aku tak merasa sebab kena campak duk jauh jauh. Kedah, Langkawi semua family's vacation aku terlepas. paling last aku ada, Melaka zaman kurus keding dulu sebelum merempat di Parit Raja.


dari Terengganu sampai ke JB memang tak pernah diam budak budak nih. time tido pon bising bergadoh kau tolak aku aku tolak kau.

si gedabak posing ala ala comel.

calon manusia yang tecampak di hari raya, dan di waktu hari jadinya.

the family without me. abah jauh di depan sana.

teman bergadoh dan tengok cerita Korea pagi-pagi buta pukol 7.

si bongsu yang sengal. anak tunggal di rumah sebab dia sorang je yg ada kat rumah.

well, alyaa time kecik kecik dulu kalau nampak gambar menatang ni di mana-mana, selamba je dia mengaku "tu dekyaa".

sempat lah beraya dengan ilham and sempatlah ilham datang beraya dgn ma abah dekat rumah auntie even kejap je sebab abah dah siap siap nak balik dia dah rindu kampung halaman kambing ayam burung merak kucing kucing ekeke.

eh eh, dah lama entry tak ada colour colour.


okay, ini cerita peribadi i hihi.

Wednesday, August 31

Entry All In One

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


maaf sekiranya ada terkasar bahasa, mengutok mana-mana pihak dan semua yang tidak sepatotnya lah. raya dengan berhemah.

berdasarkan entry hitam putih, yang nazak sudah pergi ke Rahmatullah tanggal 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadhan, hari Jumaat. hanya hamba yang terpilih sahaja dipanggil kembali ke sisi Yang Maha Esa pada tanggal seindah beliau. Al-Fatihah.

indah kan jiwa sebagaimana indahnya persalinan anda di hari lebaran ini.

"benda manis kalau makan time sakit pon boleh jadik tawar. kalau sakit yang dirasakan berpanjangan, deria rasa manis pon boleh hilang"

JAGA KESIHATAN ANDA =))

tidak lupa juga, SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA!

Thursday, August 18

Finally

i guess i'm back to myself now. i'm now the past Fatin Athirah hihi. memang ada self-confused disorder pon for a while. even still not fully recovered, baru jejak 30% but i know i'll succeed.

what i miss the most is she never butt into other's matters, and never keep holding grudge sebab selalu tanam dalam kepala lantak kau lah nak buat apa janji aku happy. while the worst part is, the real Fatin Athirah is someone yang cakap main taram je & u might get hurt.

if u want the best, u have to tahan with the worst lah kan?

never mind. this might sounds creepy but yeah, i miss me.

semoga cepat fully recovered with this self-confused disorder. sebab bila pikir balek dah macam mental disorder syndrome dah. psychomaniac.



HAHA.

Wednesday, August 17

Hitam Putih

menggigil kaki bila melangkah masok wad ICU. dah lama tak pergi hospital. tak ada perasaan langsong. aku dah cuba jadik natural sehabis baik, aku dah cuba putihkan hati sehabis baik, itu yang aku datang. tapi still ada lagi perasaan 'hidop mati dia tak ada kena mengena dengan aku pon'. Astaghfirullahalazim.

bila nampak wajah yang terbaring lemah atas katil otak aku teros tak ada reaksi. hati je yang duk pikir banyak. wayar berselirat satu badan. rasa macam berdosa gila sebab aku keep holding grudges for years. nak cakap 'i forgive u' pon rasa kelat gila even dalam hati je bersuara. sepatotnya aku pon kena mintak maap. aku harus mintak maap. tapi aku just mampu tengok dia dengan pandangan yang entah apa perasaan time tu.

pegang je tangan dia, slow je dia tanya 'Atie?'. aku tak tau nak buat apa. aku tenong je dia sambil pikir betapa teroknya aku simpan dendam kat orang yang lemah yang memang dah tak boleh nak buat apa dah. pandangan dia buat aku rasa semacam.

Ya Allah, sembuhkanlah dia. panjangkan lah umurnya. berikan lah dia kesihatan yang baik selepas apa yang Engkau duga dia saat ini. sekiranya sudah sampai masa dia pergi, tarik lah nyawanya dalam keimanan di jalan-Mu, tenangkanlah jasadnya ketika rohnya dicabut malaikat-Mu. sesungguhnya daripada Mu kami datang kepada Mu kami kembali.

aku tak nangis. aku senyom dalam paksa. aku kaku je. aku maapkan dia. aku mintak maap dengan dia. tapi tu semua dalam hati je. sebab aku tak mampu nak pikir nak kena buat apa saat tu. speechless tengok dia yang memang lemah tak bermaya.

hitamnya hati aku. Astaghfirullahalazim.

entah. aku konpius. deadly confused. serabot.

Sunday, August 14

Pre Menstrual Syndrome



perempuan memang gila pon bila masok fasa PMS sebulan sekali. kalau tak nak rasa penangan PMS kami, sila kapel dengan kaum lelaki. SERIUS.

PMS tak best. badan penat sebab otak kalah. tak ada pon kami kaum perempuan yang suka bila berada dalam fasa PMS.

maybe Allah nak tunjokkan kita (kaum perempuan) siapa yang sebenarnya memang untok kita, yang boleh sabar dengan perangai gila meroyan kita seadanya. sebulan sekali je pon. hihi. kalau tempoh bercinta dah tak tahan apatah lagi in the future bila dah kawen, kan?

seringkali terjadi kepada golongan suami dan juga boyfriends. yeah i'm not lying. so i'm begging you guys, kalau betol sayang tolong paham. if tak nak paham gak, tak sayang. and carik saje yang sama spesies dengan anda. then your life won't be so complicated without us golongan yang diserang PMS.

thanks to Maria Elena for making up this video.

***
1. Celcom ni berbual keling bingit hati aku. TAKPANDAI betol.
2. belom pon genap 24 jam, rindu bukan kepalang.
3. bila sedang mengumpol kepercayaan 100%, been cheated lagi.
4. tak ada ke sesiapa je yang nak masok minang aku? (okay, this one is obviously stupid)

Friday, August 12

Francis Ford Coppola

kau senikan Dracula
kau musnahkan Godfather
duduk kerusimu dalam fantasiku

akulah mamalia
akulah yang mulia
akulah yang pertama
Francis Ford Coppola

VHS, VCD,
kini muncul DVD
kumpulkan semua jadikan koleksi
pergi seksyen 2
terjumpa satu syurga
pulang gembira bagai dalam cerita

kembalikan filemmu yang dulu
kembalikan bersama puisiku
kembalikan ku ke tahun itu
ku lakonkan segala arahanmu

piano berbunyi
ala filem Italy
minum caffe latte
satu restorante

televisyenku dah rosak
video jangan kau gelak

kembalikan filemmu yang dulu
kembalikan bersama puisiku
kembalikan ku ke tahun itu
ku lakonkan segala arahanmu


i miss my old days. the moments when telinga aku tersumbat earphone je 24/7 & i cared about nothing except myself.
sedih siak. ada ke orang paham apa yang kat atas tuh?

Wednesday, August 3

Ragam Terawih

dah adat time Ramadhan al-Mubarak nih semua sebok nak gi surau ke masjid ke sebab nak tunaikan solat sunat Terawih yang setahon sekali tuh. bagoslah daripada tak pergi langsong kan.

tapi bila dalam masjid macam-macam pesen boleh nampak. yang lelaki aku tak tau lah macam mana sebab haruslah aku dengan makcik-makcik dekat bahagian belakang. kang aku masok bahagian lelaki even demi nak buat research bongok sekalipon, mestilah lain macam jadiknya.

ini aku just nak berkongsi dan menyampaikan pesanan daripada POV aku aje lah. no lah, not saying imma good girl. aku pon time Terawih je sebok nak cari surau/masjid nih tapi benda baik tak salah kongsi kan? lagipon, jangan pandang orang yang berkata-kata pada luarannya tapi pada isi nya.

kalau makcik-makcik nih, kebanyakannya mesti tak nak rapatkan saff. macam-macam alasan. panas lah, sempitlah. aku akui kebanyakan makcik-makcik badan semua dah kembang. siap suroh ke tepi siket jangan rapat-rapat sangat. mulalah berlobang-lobang saff nya. maybe sebab dorang takot terdudok atas kaki jiran sebelah time tahiyyat akhir. tapi itu bukan lah alasan yang kukuh untuk tidak merapatkan saff sebab bila sembahyang jema'ah adalah harus untuk berada dalam saff dengan bahu yang tersentuh sama ada dengan orang kiri dan kanan. dah namanya kena rapatkan saff ye dok?

lepas tuh sebok betul nak mengomel panas panas. kalau tak nak panas tak payah la datang surau/masjid sembahyang jema'ah. siap ada yang berebot kipas. perangai ngalahkan budak-budak tak menahan. cubalah tahan sikit panas tuh kan. bukannya 8 jam duduk dalam surau/masjid tuh. kejap je pon. lagi lah kalau buat 8 rakaat je. ini tak, lepas sembahyang 2 rakaat, panas. lepas 4 rakaat, panas. 6 rakaat, panas sampai ke sudah. bukan nak sebot nama Allah ke apa.

yang pattern bawak sejadah sendiri lain macam pulak ragamnya. seboleh-bolehnya nak jugak guna sejadah sendiri. memanglah, sejadah kita bawak mestilah kita nak guna. tapi beragaklah. biasalah bila kena rapatkan saff kita berganjak daripada sejadah sendiri kan. redha je lah sebab dah tak ada rezeki nak sujud atas sejadah tuh. ini tak, tiap 5 saat jeling sejadah kat sebelah tuh. lepas tu mengomel sejadah dia orang lain yang guna. ikhlaskan lah hati. orang lain tu tak kan bawak balek lah sejadah awak. tak luak pon dia pinjam kejap. lagipon kita bukan sembah sejadah, kita sembah tuhan kita, Allah.

bila kena imam yang tak sedap pon sabo je lah. lantak lah suara dia macam mana sekalipon. kita siapa nak kutok imam yang imamkan sembahyang kita. tapi kalau imam yang baca surah panjang-panjang kadang-kadang aku 'alahai' gak dalam hati hihi. tapi kena sabo. kita sembahyang bukan untok imam, kita sembahyang untuk Allah.

itu ajelah sedikit sebanyak. mampu perhatikan je sebab tak berani nak tego. pernah sekali aku tego suroh rapat dengan aku siap dia cakap dia nak duduk belakang sebab depan sempit. sabo je lah. so better diam and aku membebel kat korang. at least aku sebarkan apa yang patot apa yang tak secara tak langsong biarpun aku bukanlah seorang yang baik bertudong. =))

sembahyang jema'ah paling best time dekat sekolah menengah dulu. tak banyak karenah. walaupon aku seorang yang terjal sebab selalu datang surau bila orang dah habes sembahyang, suboh la selalunya, tapi time sembahyang jema'ah sayu je hati rindukan suasana kat surau sekolah dulu.

Saturday, July 30

Discovery Channel

budak batak dah lama tak update belog tibe tibe nak update belog tiap tiap hari.

hye everybody. salam sejahtera.

aku tak nampak apa rasionalnya aku bukak dashboard and type ini semua malam ini. kasik aku pikir 45 saat about what im going to write.

(after 45 saat)***

ini adalah chapter 18SX, kononnya.

nafsu binatang adalah lebih hebat daripada nafsu manusia disebabkan itu sekiranya ada manusia yang bernafsu binatang manusia itu adalah menakutkan. paham?

boleh tahan lama? apa yang tahan lama? kekeke~
disebabkan adanya penis bone, sesetengah haiwan boleh 'berasmara' practically non-stop for days. contohnya, singa jantan boleh mate dengan singa betina for every 20 minutes dalam keadaan dan cuaca yang panas. ada kajian yang macam mempersoalkan kenapa human tak ada penis bone TETAPI yang sebenarnya, nasib baik male human tak ada penis bone hikhik.

mate for life
penguin waktu muda mereka sesuka hati mereka je nak test awek bersepah sepah. but once they find the right one, penguin juga akan buat satu ritual yg similar to a wedding but free, of course. penguin hanya akan mencari pengganti apabila pasangan mereka meninggal mampos. lagi sweet daripada manusia menatang penguin nih so better kahwin dengan penguin? okay lawak bodoh~

tidak cerewet, tidak memilih.
jellyfish pula mempraktikkan broadcast spawning. apa itu? pahamkan sendirik sebab nanti kalau aku translate jadik malay bahasa dia tak cantik hehe. gini gamaknya, jellyfish jantan akan sepahkan sperma mereka into the water dan yang betina ini pulak akan sebok berkumpol nak rebotkan sperma sperma tersebut without knowing siapa yang jantan si pemilik sperma itu sebenarnya. kehkeh manusia pon ada je macam gini sekarang kan kan kan? sumpah tak senonoh.

boleh transgender.
erk? ini tak payah tunggu binatang manusia pon ada ekekek. kebanyakan menatang dalam laut boleh change sex untuk balancekan gender ratio. alah, siapa yang amek biology dulu confirm tau. biodiversity oh damn! biasanya spesis hermaphrodite lah sebab tuhan ciptakan binatang ini dengan dua reproductive organs. so suka hati yang mana nak jadik jantan yang mana nak jadik betina. tak tau hermaphrodite? gi google cepat sebab aku tak suka biodiversity!

tuhan ciptakan manusia sempurna dengan nikmat akal. tak ada sebab manusia perlu bertindak sama macam binatang. tapi bagi aku yang penguin tadi boleh ikot. just tang mate for life je lah tapi jangan sesekali mencuba untok ngetest awek bersepah-sepah hihi.


the best penguins ever! kalau korang tak kenal mereka siapa tolong hentak kepala ke laptop/desktop saat ini juga, tolong.

sumber haruslah cleo bulan berapa tak ingat yang penting bukan bulan 8 sebab bulan 8 belom habes baca. nasib baik tang title kosong lagi so terpaksa patah balik ke atas semata-mata nak isik kan tajok.

Friday, July 29

Kita Tak Dapat Nak Pikir Tajuknya Apa

this girl is updating her belog after years *applause sendiri sambil orang sekeliling memberi jelingan yang membawa maksud ada aku kesah?

girls, did u really know what is BB cream stands for? ah kemain kau duk tengok korea menepek BB cream ke muka sebok gi watsons guardian mencarik BB cream nak menepek ke muka jugak. oh im sooooo korean, kononnya.

BB stands for Blemish Balm. so no wonder for those whose wearing BB cream to their face akan rasa kinda blemish and the face gonna seems like a lil bit oily sebab it is designed untok itu. i mean, untok muka kelihatan kinda blemish lah sebab bak kata korea, itu akan menampakkan muka seakan-akan natural like wearing nothing, kononnya.

BB cream actually was created in German to be used by ahli dermatologi or dermatologist in English, untuk membantu petients yang buat pembedahan laser soothe and refine their skin while providing light coverage for post-laser scars and other blemishes. maknanya, BB cream ni diformulakan untok menolong mereka-mereka yang buat laser surgery ini dengan memberikan perlindungan kepada kulit daripada cahaya seperti cahaya matahari.

disebabkan korea sangat terkenal dengan pembedahan laser mahupun pembedahan plastic, lagi-lagi artis korea, makanya mereka mengamalkan pemakaian BB cream ini ke atas muka mereka sebagai salah satu medium cosmetic. dan berlambak-lambaklah syarikat cosmetic korea invest in this innovation. makanya wujudlah BB cream, atau nama penuhnya Blemish binti Balm.

so kepada mereka yang ditujukan soalan, 'eh, BB cream ni actually nya ape ek?' jawablah nama penoh benda alah itu dengan hidong yang kembang kempis.

i'm writing this entry spontaneous without any intention to promote any kind of BB cream et al because i'm now a superb jobless person. apa yang terlintas di otak aku akan ku curahkan dengan penuh kasih sayang, di sini (if rajin).

reading this, i should switch the title above but malas nak gerakkan cursor ke atas. so u guys should read the title as 'Origin of BB Cream' instead of what written above teehee.

merci beaucoup.

Monday, July 11

Aku Rasa Macam Janggal

macam dah lama je ek aku tutop belog aku? kenapa aku tutop belog aku? konon-konon bila bukak balek macam sekarang aku boleh buat new start new beginning la. erkkk, taik. haha~

dah nak selesai dah intern aku. ikotkan exact period ada lagi 4 hari je. hoyeah freedom BUT, aku macam nak sambong sampai habes bulan 7. hoyeah no freedom!

kerja kat situ sumpah banyak dow. sampaikan balek pukol 12 tengah malam pukol 1 pagi tuh macam dah rutin. biasalah kan, adat orang berkerjaya. huh.

dah lah, aku tak de bahan lah nak membebel. aku dah bukak balek belog aku nih pon dah macam bersyukor ke hadrat Ilahi.

*ceh, kau ingat kau sape? Fatin Liyana? Hanis Zalikha? dengan selamba aku menjawab tak. aku gabongan dua-dua yang terbabit, Fatin Athirah.

sekian selamat membaca kembali~

Saturday, June 18

Aku Kusot

dapat tag daripada ayun, tapi tak dapat nak buat lagi. sorry ye ayun. mood macam haram, tambah lagi dengan dah kerja sekarang (intern je pon). reti baca tajok tuh kan?

kau jangan ingat artis je kena serang ngan rumors sebar sana sebar sini. aku pon. macam nak bom mulot busok yang macam b*** tapi kalau aku sorang mana aku larat dorang ramai.

aish, artis sangat ke aku wey yang kau kau semua wahai si mulot busok duk sebok hal aku duk sebok canang kesah aku? bodoh sial korang sumpah tak ada kerja. duk sebok cakap dosa pahala sebar pitnah sebar aib orang lupa teros dosa pahala.

huh, kusot kepala kenal orang perangai macam b*** nih!

tak dapat nak jalankan hidop normal macam orang lain dengan adanya spesies macam gini. sumpah sadis jadik fatin athirah.

Saturday, June 11

Hey Hoy.

sesudah berkurun lamanya tak update kan? hari ni wa update der! semalam sanggop dow mintak cuti semata-mata nak balek shopping. sekali hampeh, 9 helai baju je sempat dapat! aish~


dah ade macrobelog, sebab kat sini asyik tak sempat je nak mencarot panjang-panjang. kesian followers ngeh ngeh. follow meh, FtnAthrh.

Wednesday, May 18

Aku Yang Bekerjaya

eceh, title nak poyo poyo nak bajet hebat nak gempak je. sedo la intern je pon kekekeke. dah 2 minggu dah, buku log tak pernah miss lagi tulis ayat panjang ke pendek ke janji tulis hins hins.

minggu first itu hari kerja berlambak dow. minggu second nih pon patotnya double berlambak sebab akak admin dah berhenti kerja and yang exec admin cuti beranak esok baru naik. sementara nak tunggu exec admin naik, terpaksalah aku dulu yang buat kerja admin. aku buat kerja admin dengan bersungguh-sungguh sampai jahanam pc admin hebat tak hebat lah aku. obvious nampak workaholic di situ huuuu~

minggu depan tak silap ada lagi sorang budak intern masok, diploma civil engineering, UTHM gak. perempuan, aish kecewa betei! ngehngeh.

selama tak sampai 2 minggu nih, dah macam-macam aku buat. kerja potostat, binding, semakan mechanical & electrical (m&e) projek kilang, dokumen kontrak, pergi site jauh ke Mersing pagi-pagi pukol 7 dah gerak, sediakan report progress projek, & now terpaksa buat kerja admin sementara waktu. akak office dah cakap bersabo dulu nanti dia angkot aku pergi semua site.

company aku sekarang banyak projek. buat kilang, buat jalan, buat parking, buat sekolah, buat dewan, supply barang macam macam lagiklah. jadik bangga ngehngeh. tapi banyak kerja padan muka sebab staff tak ramai aku dah macam kerja tetap bukan praktikal semata-mata ngehngeh. moganya aku tak tetap dengan kerja admin. esok masok bilik bos bincang. eceh.

kawan-kawan yang lain, selamat berintern!
hari ni aku free so aku boley update belog dengan bongkaknya.

Friday, May 6

Money Can't Buy Us Happiness

already finished my 6th semester. yeayyy big relief! somehow, super duper big things will come next, so yeah, be prepared. and smileeee~

this monday, i'm gonna start my intern. so afraid no doubt. and tomorrow i'll move to JB no more BP no more UTHM, only for 4 months, so don't be too happay. and yeah, i used to pack my stuff right now, but i don't even know how to start. barang banyak nak mamposssss makkkkk!! lucky that someone will fetch me up tomorrow so no need to bring all those barang yang banyak nak mampos tuh naik bus sampai senget senget badan. yeay smile again.

i read my brother's blog, and i don't know why i felt like killing him while reading. hahah sorry bro. it just came naturally heh.

okayyy, i am officially ended up my 3rd year today. talking about the final exam, i admit that i'm sucked up. most of the subjects taken were so insane. tapi, tak ley nak cakap apa dow, every sem i was sucked up. haha.

now, do noticed that i'm gonna membebel je sampai i felt like to stop. perasaan bercampur aduk ni please understand hehe. takot meeting new people, yeah just so you know, i'm not gonna live with my aunties for few reasons. and takot nak masok office, as too many things i don't know. ape lah yang kau belajo in these 3 years ye =,="

aku tak sempat nak conquer microsoft project, and autocad, primavera apetah lagi. this construction field, as i can say, is toooo fussayyy. naseb baek kau best. huh. setakat critical path method, crashing tuh semua boley la boley la siket siket aku melibatkan diri.

my best cousin is going to married, and my auntie asked for wang hantaran sebanyak RM 10k. seriously, i was surprised. for me, it's too much. i was arguing about this before with ramai orang and some say mak bapak mintak banyak banyak macam nak jual anak lah, anak tak layak dapat banyak tuh la and so on so forth la. ye aku tau akan ada yang cakap 10k zaman sekarang ni apa lah sangat, celah gigi je. lantak korang lah.

dah 6 perenggan baru ada kena mengena dengan tajok.

as for my own opinion, no need lah to be that much. kesian laki dia elok elok nak kahwin cepat cepat then have to postpone sebab need to collect that amount of money. kan dah berdosa sebab benda baik dilambatkan. okay, i'm not that good but logical things can be thinked logical way, aite? lagipon benda tuh memang perkara asas agama kot, so hidop ni jangan jadik jahil sangat.

kawan aku pernah post kat fb, kau letak harga anak kau tinggi kau rasa anak kau layak ke? yeah, sounds harsh. mak mana tak sayang anak wey. mestilah bagi dia anak dia tak ternilai harganya. priceless. semua macam tuh, tapi hal nikah kahwin isn't jual-beli thingy. it's noble. so make it in noble way. okay cut the crap, sambung pasal apa opinion kawan aku, dia cakap setakat belajar sampai SPM, diploma, tak payah lah kau nak letak beribu riban. positive side, biarlah kan hak dia. tapi reality nya, parents pon kena pikir pakai otak, setakat anak kerja cleaner ke waitress warong warong ke kerani ke, is it possible to ask for puluh puluh riban? or if kerja gaji mewah camane pon, is it possible to ask for puluh puluh riban? subjektif sangat la benda alah ni, dunno why i'm so rajin to pikir. heh.

sissy, if u read this, i'm sorry, takde niat nak menjatuhkan sesiapa, just my thought yang i felt like sharing.

yeah, money is everything nowadays. tapi, seperit mana pon hidop kau tak berduet, jangan hidop bertuhankan duet. sebab if you did so, u'll suffer just because of money. tell you guys, money is so seriously can't buy you happiness. be grateful sebab we still can live a good life, tak papa kedana lagi.

yelah, gadoh sebab duet banyak lagi perit daripada gadoh sebab duet siket.

Sunday, May 1

Berjimba Di Saat Final

dengan niat nak kurangkan stress. anyway, million thanks to Ayun with her sissy, Ketty, for helping me out. nanti dah kaya i belanja u olls ais krim pensel. XD

di saat menempuhi peperiksaan akhir semester ini masih lagi sempat aku membiarkan masa berlalu pergi begitu sahaja. okay ayat geli. bantai thor, karok, SR dengan bahagianya macam dah habes final. heh.

padahal, selasa ni dua paper woi, DUA PAPERRRR PAGI PETANG!! sekian~

satu gambo je lah tayang. ngehngeh.

haaa, dah tau kenapa lama tak update kan? bukan sebab busy ngedate lah! aish. terima kasih kerana memahami. salam 1 MALAYSIA. kehkeh.

Monday, April 18

Arms.


MY NEW ADDICTION FROM CHRISTINA PERRI =)
(after Jar Of Hearts)

I never thought that you would be the one to hold my heart
But you came around and you knocked me off the ground from the start

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go
You put your arms around me and I'm home

How many times will let you me change my mind and turn around
I can't decide if I'll let you save my life or if I'll drown

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

The world is coming down on me and I can't find a reason to be loved
I never wanna leave you but I can't make you bleed if I'm alone

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

I tried my best to never let you in to see the truth
And I've never opened up
I've never truly loved 'Till you put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

You put your arms around me and I'm home

dedicated to semangat diri.

Jiwa dan Jiwang

source: haruslah Google

manusia semua berjiwa. tak kira lah yang lelaki ke yang perempuan ke. semua jiwa kita nak kena paham. tak kira lah yang lelaki ke yang perempuan ke. tapi kenyataannya, kita memang fail nak paham jiwa orang. tak kira lah yang lelaki ke yang perempuan ke. sebab? kita bukan mind reader, bukan *soul reader. tak kira lah kita lelaki ke kita perempuan ke.

dalam konteks sekarang, konteks relationshit, bila jiwa yang perempuan dah meroyan nak macam macam dari pihak lelaki, teros jiwa si lelaki diabaikan. yang lelaki? disebabkan tak dapat nak penohi kehendak jiwa perempuan, teros jiwa dia meroyan sama.

tak paham? memang. jiwa penulis ni pon susah nak dipahamkan. ngehngeh.

okay, dalam bentok imaginasinya, bayangkan lah keadaan dua jiwa nih, baik yang lelaki mahupon yang perempuan.

si perempuan nih tiba tiba pulak datang mood meroyan dia nak kan perhatian lebih, nak kan si lelaki ni layan dia macam tuan puteri, nak kan si lelaki pujok dia tiap kali dia marah marah maki maki. aku pon tak tau lah si perempuan ni nak period or nak mampos ke. tapi biasalah, dah nama perempuan tak kira lah cool mana pon kau tak kiralah gila mana pon kau tak kira lah kental mana pon kau, jiwa kau tetap perempuan.

bila si perempuan ni dah macam gitu, sikit sikit merajok lah dia terhadap si lelaki dengan harapan dalam jiwa si lelaki akan pujok segala tindakan dia tuh. padahal, dia dah paham sangat dah jiwa si lelaki tuh yang memang langsong tak pandai nak memujok tak pandai nak bermulot manis nih. tapi disebabkan jiwa dia yang meroyan, maka dilepaskan kepada si lelaki. maka jiwa si lelaki pon meracau sama.

si lelaki ni pulak, dah memang dari azali tak reti nak handle perempuan yang macam gini. dah beribu kali dia cakap kat perempuan tuh sebelom ni dengan harapan dalam jiwa dia si perempuan boleh paham. tapi tup tup benda yang dia duk potpetpotpet berulang kali yang jadik. mana tak mengamok jiwa si lelaki. cuba memujok, tapi makin melebih, teros meletop mengalahkan jiwa perempuan yang meroyan nak period or nak mampos tadik.

lepas tuh? haruslah makin terok agaknya. yelah, susah wey nak tau jiwa orang nih. yelah, kita bukan ada ability. yelah, kita bukan mind reader, bukan *soul reader.

salah perempuan ke salah lelaki? dua dua salah ke dua dua tak salah? u guys choose sebab korang pon ada jiwa nak pahamkan yang mana betol yang mana salah. tapi bagi jiwa aku dua dua tak salah. sebab dua dua ada jiwa. yang perempuan jangan kau nak menang sebab kau perempuan dan yang lelaki jangan kau nak menang sebab kau lelaki.

so how nak handle masalah jiwa relationshit? be lenient? be tolerant? yeah, that's the answer. or else, don't get involve in relationshit. that's better.

soul reader ada tanda * sebab word tuh direka semata mata.

Saturday, April 16

Apa Pon Tak Boleh Lah

VIVA 1 dah lepas. Alhamdulillah research dah okay. tak ada yang kena ubah except first objective yang dia nak perkataan design tuh. takpe, naseb itu aje.

sempat balek Terengganu lepas viva tuh hari. sekejap je tapi Alhamdulillah, sempat balek.

dah nak final tapi tak ade perasaan pon. macam biasalah, tiap-tiap sem pon macam tuh. dah dapat result baru berperasaan. normal bagi aku.

okay dah.

Cerita Basi


muka serius manusia umur 22 potong kek. lambat 2 hari sebab masalah super duper bodoh. kesian.

next time make sure tak jadik lagi. unfair for both of us. and till now pon still i rasa tak best. menyesal. =)

Wednesday, April 6

Ops.

Eh, Errrr, HYE DAH BULAN EMPAT BULAN APRIL BULAN KEMUNCAK BULAN ITU BULAN CINTA BULAN ITU BULAN KITA BULAN INI BULAN GILA!

Bye.

Wednesday, March 30

Perempuan Handsome.

Fynn Jamal. pergh, aku dah jatuh cinta dow kat perempuan nih. dah angau. sampaikan saat ini, default picture aku kat fb, gambar dia.

dulu, dengar lagu 150 juta tuh, bagi aku so-so je. sebab lirik lebih kurang Zee Avi punya lagu, so dalam kepala aku okay, another Zee Avi wannabe. heh. tahu dia join yang keynote academy ke apa nama? sebab aku tak ambek peduli.

tapi event Earth Hour itu hari dah membuka mata aku sebab sumpah clumsy gila minah ni, macam comel. so, aku suka. sebab dia perempuan selamba. aku suka dia nyanyi lagu sampai tua. terpesona.

haaa ambek kau parah tak parah lah siap ada entry khas. sepatutnya fokus dekat event, tapi aku pratangtang fokus kat perempuan ni. parah.

150 juta. tapi gitar tak bunyi so campak tepi.

emosi. sampai tua kot.

ni kidnap daripada fb Ayun hehe.

Bagak. event JOHO, haruslah ada Statik.

Aizat, artis jemputan. dia dapat daulat tekan suis gergasi. duta Earth Hour katanya.

ini pon kidnap daripada Ayun.


walau macam mana gila pon angaukan si Fynn Jamal, tapi dia dah berlaki dah ada anak satu.

sampai tak berabes duk ulang lagu Fynn Jamal. sampai tua dan biar jiwa, the best. korang pon dengarlah.

=)

Tuesday, March 29

Pandangan Mata Burung Gagak.

napsu nak sumbat cerita dalam belog berkobar-kobar. tapi abaikan apa alasan yang berselindung.

  • housemates celebrate 21 st & 6 days. TERIMA KASIH TERIMA KASIH. =))
  • bab 2 PSM yang 2 minggu buat tapi tak reti nak siap
  • oh oh tapi dah submit tiga tiga bab baru tadi. kepala otak lega sikit.
  • menahan perasaan nak tengok Boboiboy yang minggu ni punya
  • register TonTon sebab nak tengok Boboiboy tapi gila lembab dia punya feedback. tak dapat log in lagi.
  • Earth Hour by JOHO
  • eh eh kelas cost estimating petang ni cancel lah.
  • dah jatuh chenta dengan Fynn Jamal. dulu lagu 150 juta dia tuh tak suka pon.
  • haaa dapat present dari Ayun. dah bagi nama, YOYO.
  • minggu ini minggu stress.

okeh, dah berjaya.
nak update banyak panjang panjang tapi malas nak godek gambar.
tunggu lah.

Monday, March 21

Things Isn't That Bad.


because i still can smile.

(it was only 2 slices of cakes but it meant a lot)
thanks for the another-15th-of-March weekend.
u sang me the birthday song =))



(euro fun park)
thanks for brought me here, and naek menatang pusing pusing mencabot nyawa ni. but hey, i was cool je kan tak ada nak menjerit macam yang lain tuh heh.



(love of my life)
thanks love, things isn't that bad lah when u by my side haha xD
thanks for the loveliest presents u gave me.





&
yeah, i am 17 years old now. still young bebeh!




.

Wednesday, March 16

I Am 21st.

rasa macam tanggungjawab makin besar. tapi tak tau tanggungjawab apa.
1st time ever dalam 3 years ni 15th March sangkot kat Parit Raja. and it's terribly useless. haha.

anyway, million thanks for those yang wished via fb, by phone or in person. i appreciate a lot. =))

semoga dengan meningkatnya umur, makin meningkat kewarasan berfikir. amin~

p/s: dah terang bersuluh mana kawan masa senang je and bukan masa susah, jenis selfish nak mampos pikir kepentingan diri sendirik, yang hasad dengki, serius lekat dalam kepala otak, maap.
kepada yang ada dengan saya saat saya susah, terima kasih tak terhingga
.

i miss my family. dengar alyaa nyanyikan lagu birthday even tak sampai habes pon terubat siket rasa. haha.

Saturday, March 12

I'm Not Blaming You.

maaflah, bulan 3 ni belog jadik diary lak. memang damn la kan.

secara warasnya, memang i'm not pointing any of my finger towards u. it should be me to be blamed. tp ego maha kuat cakap kat diri sendirik what i want is normal and it's a must, because u at the first place had been in my shoes right now.

u've tried. and u can't. i appreciate as u already tried. thanks. don't worry, if i still couldn't forgive u tonight, tomorrow i will. u already asked me for forgiveness, so i have to forgive u. and let just forget about those things i told u.

lambat pon takpe kot even it's not gonna be the same. but now, in my mind, it's better tak ada from ada. maybe because i want it for such a long time and now it's just another dream of mine which can't be fulfilled. it's hurt, seriously.

and i'll try to be ok. i can't promise but i'll try.

=))

yeah, aku memang menangkan ego aku pada saat ini. tempah maut tahu?

Friday, March 11

I Know Where I Stand.

Mintak dijauhkan perasaan lupa diri and lupa daratan and so on so forth.

p/s : Aku tak sombonglah. Kadang kadang kalau jarak jauh mata tak nampak al maklomlah rabon. Kalau dalam kelas pon kalau tak tegur maknanya belom sampai turn tegurlah tuh al maklomlah student dalam kelas kan ramai. Bukan sombong okayyy. T__T

Btw, fb kan ada. Kalau agak agak rasa aku sombong sembor je teros betol tak kesah. huu.

Tuesday, March 8

My Dark Side.

when somebody noticing that i'm doing wrong again, saying



in my mind all i want is



but in reality, all i could do is


acting to be cool.

hey, my acting is super awesome. try me! =))