Wednesday, August 31

Entry All In One

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


maaf sekiranya ada terkasar bahasa, mengutok mana-mana pihak dan semua yang tidak sepatotnya lah. raya dengan berhemah.

berdasarkan entry hitam putih, yang nazak sudah pergi ke Rahmatullah tanggal 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadhan, hari Jumaat. hanya hamba yang terpilih sahaja dipanggil kembali ke sisi Yang Maha Esa pada tanggal seindah beliau. Al-Fatihah.

indah kan jiwa sebagaimana indahnya persalinan anda di hari lebaran ini.

"benda manis kalau makan time sakit pon boleh jadik tawar. kalau sakit yang dirasakan berpanjangan, deria rasa manis pon boleh hilang"

JAGA KESIHATAN ANDA =))

tidak lupa juga, SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA!

Thursday, August 18

Finally

i guess i'm back to myself now. i'm now the past Fatin Athirah hihi. memang ada self-confused disorder pon for a while. even still not fully recovered, baru jejak 30% but i know i'll succeed.

what i miss the most is she never butt into other's matters, and never keep holding grudge sebab selalu tanam dalam kepala lantak kau lah nak buat apa janji aku happy. while the worst part is, the real Fatin Athirah is someone yang cakap main taram je & u might get hurt.

if u want the best, u have to tahan with the worst lah kan?

never mind. this might sounds creepy but yeah, i miss me.

semoga cepat fully recovered with this self-confused disorder. sebab bila pikir balek dah macam mental disorder syndrome dah. psychomaniac.



HAHA.

Wednesday, August 17

Hitam Putih

menggigil kaki bila melangkah masok wad ICU. dah lama tak pergi hospital. tak ada perasaan langsong. aku dah cuba jadik natural sehabis baik, aku dah cuba putihkan hati sehabis baik, itu yang aku datang. tapi still ada lagi perasaan 'hidop mati dia tak ada kena mengena dengan aku pon'. Astaghfirullahalazim.

bila nampak wajah yang terbaring lemah atas katil otak aku teros tak ada reaksi. hati je yang duk pikir banyak. wayar berselirat satu badan. rasa macam berdosa gila sebab aku keep holding grudges for years. nak cakap 'i forgive u' pon rasa kelat gila even dalam hati je bersuara. sepatotnya aku pon kena mintak maap. aku harus mintak maap. tapi aku just mampu tengok dia dengan pandangan yang entah apa perasaan time tu.

pegang je tangan dia, slow je dia tanya 'Atie?'. aku tak tau nak buat apa. aku tenong je dia sambil pikir betapa teroknya aku simpan dendam kat orang yang lemah yang memang dah tak boleh nak buat apa dah. pandangan dia buat aku rasa semacam.

Ya Allah, sembuhkanlah dia. panjangkan lah umurnya. berikan lah dia kesihatan yang baik selepas apa yang Engkau duga dia saat ini. sekiranya sudah sampai masa dia pergi, tarik lah nyawanya dalam keimanan di jalan-Mu, tenangkanlah jasadnya ketika rohnya dicabut malaikat-Mu. sesungguhnya daripada Mu kami datang kepada Mu kami kembali.

aku tak nangis. aku senyom dalam paksa. aku kaku je. aku maapkan dia. aku mintak maap dengan dia. tapi tu semua dalam hati je. sebab aku tak mampu nak pikir nak kena buat apa saat tu. speechless tengok dia yang memang lemah tak bermaya.

hitamnya hati aku. Astaghfirullahalazim.

entah. aku konpius. deadly confused. serabot.

Sunday, August 14

Pre Menstrual Syndrome



perempuan memang gila pon bila masok fasa PMS sebulan sekali. kalau tak nak rasa penangan PMS kami, sila kapel dengan kaum lelaki. SERIUS.

PMS tak best. badan penat sebab otak kalah. tak ada pon kami kaum perempuan yang suka bila berada dalam fasa PMS.

maybe Allah nak tunjokkan kita (kaum perempuan) siapa yang sebenarnya memang untok kita, yang boleh sabar dengan perangai gila meroyan kita seadanya. sebulan sekali je pon. hihi. kalau tempoh bercinta dah tak tahan apatah lagi in the future bila dah kawen, kan?

seringkali terjadi kepada golongan suami dan juga boyfriends. yeah i'm not lying. so i'm begging you guys, kalau betol sayang tolong paham. if tak nak paham gak, tak sayang. and carik saje yang sama spesies dengan anda. then your life won't be so complicated without us golongan yang diserang PMS.

thanks to Maria Elena for making up this video.

***
1. Celcom ni berbual keling bingit hati aku. TAKPANDAI betol.
2. belom pon genap 24 jam, rindu bukan kepalang.
3. bila sedang mengumpol kepercayaan 100%, been cheated lagi.
4. tak ada ke sesiapa je yang nak masok minang aku? (okay, this one is obviously stupid)

Friday, August 12

Francis Ford Coppola

kau senikan Dracula
kau musnahkan Godfather
duduk kerusimu dalam fantasiku

akulah mamalia
akulah yang mulia
akulah yang pertama
Francis Ford Coppola

VHS, VCD,
kini muncul DVD
kumpulkan semua jadikan koleksi
pergi seksyen 2
terjumpa satu syurga
pulang gembira bagai dalam cerita

kembalikan filemmu yang dulu
kembalikan bersama puisiku
kembalikan ku ke tahun itu
ku lakonkan segala arahanmu

piano berbunyi
ala filem Italy
minum caffe latte
satu restorante

televisyenku dah rosak
video jangan kau gelak

kembalikan filemmu yang dulu
kembalikan bersama puisiku
kembalikan ku ke tahun itu
ku lakonkan segala arahanmu


i miss my old days. the moments when telinga aku tersumbat earphone je 24/7 & i cared about nothing except myself.
sedih siak. ada ke orang paham apa yang kat atas tuh?

Wednesday, August 3

Ragam Terawih

dah adat time Ramadhan al-Mubarak nih semua sebok nak gi surau ke masjid ke sebab nak tunaikan solat sunat Terawih yang setahon sekali tuh. bagoslah daripada tak pergi langsong kan.

tapi bila dalam masjid macam-macam pesen boleh nampak. yang lelaki aku tak tau lah macam mana sebab haruslah aku dengan makcik-makcik dekat bahagian belakang. kang aku masok bahagian lelaki even demi nak buat research bongok sekalipon, mestilah lain macam jadiknya.

ini aku just nak berkongsi dan menyampaikan pesanan daripada POV aku aje lah. no lah, not saying imma good girl. aku pon time Terawih je sebok nak cari surau/masjid nih tapi benda baik tak salah kongsi kan? lagipon, jangan pandang orang yang berkata-kata pada luarannya tapi pada isi nya.

kalau makcik-makcik nih, kebanyakannya mesti tak nak rapatkan saff. macam-macam alasan. panas lah, sempitlah. aku akui kebanyakan makcik-makcik badan semua dah kembang. siap suroh ke tepi siket jangan rapat-rapat sangat. mulalah berlobang-lobang saff nya. maybe sebab dorang takot terdudok atas kaki jiran sebelah time tahiyyat akhir. tapi itu bukan lah alasan yang kukuh untuk tidak merapatkan saff sebab bila sembahyang jema'ah adalah harus untuk berada dalam saff dengan bahu yang tersentuh sama ada dengan orang kiri dan kanan. dah namanya kena rapatkan saff ye dok?

lepas tuh sebok betul nak mengomel panas panas. kalau tak nak panas tak payah la datang surau/masjid sembahyang jema'ah. siap ada yang berebot kipas. perangai ngalahkan budak-budak tak menahan. cubalah tahan sikit panas tuh kan. bukannya 8 jam duduk dalam surau/masjid tuh. kejap je pon. lagi lah kalau buat 8 rakaat je. ini tak, lepas sembahyang 2 rakaat, panas. lepas 4 rakaat, panas. 6 rakaat, panas sampai ke sudah. bukan nak sebot nama Allah ke apa.

yang pattern bawak sejadah sendiri lain macam pulak ragamnya. seboleh-bolehnya nak jugak guna sejadah sendiri. memanglah, sejadah kita bawak mestilah kita nak guna. tapi beragaklah. biasalah bila kena rapatkan saff kita berganjak daripada sejadah sendiri kan. redha je lah sebab dah tak ada rezeki nak sujud atas sejadah tuh. ini tak, tiap 5 saat jeling sejadah kat sebelah tuh. lepas tu mengomel sejadah dia orang lain yang guna. ikhlaskan lah hati. orang lain tu tak kan bawak balek lah sejadah awak. tak luak pon dia pinjam kejap. lagipon kita bukan sembah sejadah, kita sembah tuhan kita, Allah.

bila kena imam yang tak sedap pon sabo je lah. lantak lah suara dia macam mana sekalipon. kita siapa nak kutok imam yang imamkan sembahyang kita. tapi kalau imam yang baca surah panjang-panjang kadang-kadang aku 'alahai' gak dalam hati hihi. tapi kena sabo. kita sembahyang bukan untok imam, kita sembahyang untuk Allah.

itu ajelah sedikit sebanyak. mampu perhatikan je sebab tak berani nak tego. pernah sekali aku tego suroh rapat dengan aku siap dia cakap dia nak duduk belakang sebab depan sempit. sabo je lah. so better diam and aku membebel kat korang. at least aku sebarkan apa yang patot apa yang tak secara tak langsong biarpun aku bukanlah seorang yang baik bertudong. =))

sembahyang jema'ah paling best time dekat sekolah menengah dulu. tak banyak karenah. walaupon aku seorang yang terjal sebab selalu datang surau bila orang dah habes sembahyang, suboh la selalunya, tapi time sembahyang jema'ah sayu je hati rindukan suasana kat surau sekolah dulu.