Tuesday, August 31

merdeka dan BISNES KASOT =)

sempena 31 AUGUST 2010 yakni hari ini, aku mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN KEPADA seluruh rakyat Malaysia. yeah, merdeka yang ke 53 ye rakan-rakan!! (nada konon patriotik)

okeh bersamaan dengan kibaran bendera Jalur Gemilang tersebut, maka tutup cerita merdeka.

nak cerita pasal bisnes kasot pulak nih, bisnes Muhammad Nurilham.
attention attention attentionnn!!

KASOT FOR GUYS


KASOT FOR GIRLS

okeh, tunjok gambar semata-mata. berkenan? nak tengok lagi? ada dalam facebook. harga semua less than 200 RINGGIT MALAYSIA. susa nak dapat woo kat kedai harga cam gini!
serious murah ni nike and adidas ORI okeh!!

sesiapa yang takde fb kami, ini dia fb kami. sila kelik. kalau berkenan, just deal dalam fb je. cepat mudah dan senang! eheh~

ORDER DAN BELI YE RAKAN-RAKAN!
untuk diri sendirik ke, bofriend ke, girlfriend ke, bestfriends ke, friendsss ke, abang ke, kakak ke, adik ke, adik-beradik ke, mak ke, bapak ke, makcik ke, pakcik ke, sape-sape ke,
BELILAH! eheh~
terima kasih atas sokongan anda~ =)


♥♥♥

Friday, August 27

aku kembali~

woh sebulan lebih la seyyy tak berbelog! betapa busy dan seboknye hakuh! ni pon macam tak sempat je nak tulis panjang-panjang. eheh gile busy!

ni aku nak kasik info jiwang-jiwangan siket. wiwiwiwiw aku amek dalam remaja. first time woo wa beli remaja sepanjang duduk unibersiti nih! gara-gara LIYANA JASMAY menjadik penghias kulit buku. tuh pon yang bulan lepas punya. aish!

okeh, maka, ini dia,
20 CIRI JUJUR PEREMPUAN PADA LELAKI

1. si dia menghabiskan weekend bersama kamu
2. menghubungi kamu saban waktu
3. berkongsi hobi together-gether
4. tidak berkira, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan $$$
5. sanggup bertolak ansur
6. menjalinkan hubungan yang baik dengan parents and adik-beradik kamu
7. tidak melenting andainya kamu mahu keluar bersama kawan untuk menonton football match
8. mendahulukan kamu dalam apa jua situasi
9. kenalkan kamu pada ahli keluarganya
10. sanggup berkongsi hobi walaupun itu bukan minatmu yang sebenar
11. kenalkan kamu pada kawan-kawan rapatnya
12. boleh berkongsi mengenai apa sahaja
13. boleh hidup susah dan senang dengan kamu
14. mempercayai kamu walaupun kamu ada tugasan di luar kawasan
15. mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup kamu
16. mahu mendengar suara kamu setiap kali si dia mahu melelapkan mata
17. tidak kisah dengan kekurangan atau kelemahan yang ada pada kamu
18. sentiasa memberi galakan dan nasihat untuk kamu memajukan diri
19. menghormati kamu sebagai seorang lelaki dan as her boyfriend
20. prihatin terhadap dirimu termasuklah menjaga kamu ketika sakit

okeh itu sahaja. aku tak suka ayat yang adal dalam buku ni tapi disebabkan sangat malas nak buat ayat sendirik so aku maen cedok je lah 98%. kepada mana-mana perempuan yang sayangkan boyfriend mereka itu, sila lah try untuk follow kesemua ciri jujur ini untuk menjadi jujur sementara masih sempat. okeh chill! =)

p/s: lambat lagilah nak tunggu LJ jadik cover cleo. wahaha~