Sunday, December 5

Jangan Berdendam.

Let bygone be bygone. hari ini nak bagi ceramah sikit pasal dendam, or vangeance, or grudge, or vengeance in french. ah, same aje la semua cakap banyak pulak kau!

menurut kajian psikologi, marah kita hanya dalam 4 minit setengah sahaja. kalau dah lebih daripada itu, maka dikategorikan sebagai dendam. haa jangan nak cakap kau tak pernah berdendam kalau kau pernah marah sehari semontok. jangan.

sebab apa berdendam? luka dalam hati yang mendalam atau kita teraniaya, atau sebab tak nak memaafkan, hati masih kotor jiwa masih gelap. pinangan ditolak, fitnah yang disebarkan, boyfriend atau girlfriend yang berskandal, atau manusia yang berskandal dengan boyfriend atau girlfriend, confirm korang dendam lah sebab sure sangat marah lebih daripada 4 minit setengah kan kan kannnn?

dendam tak bagos untok kesihatan. sebab dendam berkait rapat dengan perasaan marah. eh marah pon tak baik untok kesihatan ke? haa yeee marah juga turut tidak baik untok kesihatan! menurut cikgu Biologi aku zaman sekolah dulu, sekali kita marah, beribu sel dalam badan kita akan mati. aku tak tahu la sahih ke tak. kalau dia tipu aku maka aku tipu korang lah. tapi tak mengapa, kalau tak betol pon pretend je macam betol, nanti automatically kita semua akan jadi cool taknak marah marah lagi sebab sayangkan sel-sel dalam badan tak nak kasik mati. haaa pandai pandaiii~

tips mengawal perasaan amarah yang membara atau tak berapa nak membara sangat? aku dah pernah membebel di sini pengurusan perasaan marah.

sekarang nak bercakap pasal dendam bukan pasal marah.

kepada sesiapa yang menyimpan dendam, tak akan membuatkan kita menjadi kaya raya pon. semakin kita dendam, semakin kita menjadi gila. kerananya?
  • kita akan jadik sebok nak duk tauuu pasal orang tuh jaa haa~ mak aih tak penat ke nak ambil tahu pasai orang?
  • dendam akan jadik dengki. bila dengki duit pon cepat habes. erkk? okeh, sebagai contoh, situasi hidup berjiran. si A ni berdendam dengan si B. memang dah langsung tak boleh nak ngam. bila si B beli langsir baru, disebabkan perasaan marah dan dendam yang membuak-buak, dia perlu menang si B tak boleh lebih daripada dia, maka dibelinya juga langsir baru. gilo! boleh diterima la tuh kan contoh itu kan?
  • dendam turut membuatkan kita jadi gila. contoh? ambik je la situasi tadi sebagai contoh pandai-pandai lah korang predict sendirik eheh.
  • bila berdendam dengan orang cantek, self-esteem kita akan menjadi rendah. haa ini cara dendam yang merendah diri walaupun nampak macam bagos tapi tetap tak bagos. bila self-esteem rendah, confidence pon rendah. bila confidence rendah, tak sexayyy bebeh!
  • badan saket hati saket minda saket.
  • hubungan sesama kita tergugat dan goyah.
  • bermacam lagilah ini semua teori aku reka sendirik. aku percaya otak korang turot akan memikirkan sebab-sebab lain yang tiada tercatat secara automatik sebab korang dah baligh dah tahu pikir sebab dan akibat baik dan buruk.
  • yang pasti, dendam menyebabkan hati kita kotor. hidup tak berkat sebab hidayah (petunjuk) tak dekat.
bila kita dendam kita asyik nak marah je. bila marah, muka yang adorable gila pon jadik gila tak adorable.

okeh, aku dah tak nak dendam dendam dah. membazir masa. bikin masalah je. nanti cepat tua. dosa pon banyak dapat. sedangkan Rasulullah s.a.w pon memaafkan umatnya. cukop cukop lah dengan dosa yang aku sendirik bikin.

cara terbaik menghapuskan dendam, MEMAAFKAN! then hati jadik bersih, kita pon bebas daripada dendam dan segala penyakit, happy ending =)

hereby, aku declare aku maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan aku sebar fitnah ke, 'ter'skandal dengan boyfriend aku ke, boyfriend aku layan perempuan lain ke, haa contoh sahaja itu semua okeh saje bikin kontroversi jap. secara realitinya, aku maafkan semua. dah lama dah aku maafkan semua aku dah tak simpan perasaan marah atau dendam dah. i am COOL bebeh! =)

marilah bersama-sama kita saling memaaf maafi. dendam lagi banyak negative daripada positive. TAK BEST!

No comments:

Post a Comment