Saturday, December 18

Short Update

DREAM BIG

will be back soon. lost in action. been kidnapped somewhere.

merry christmas in advance peeps. =)

Saturday, December 11

LANDSCAPE DESIGN

haa teros sumbat kat title kau! untok menunjokkan bahawa i already succeed ridding the final for this sem eventhough landscape paper yesterday like soooo damn janji final dah habes. heh. holiday? nah not so fast. do not forget about the PSM's titles submission huu.

yesterday, was a girl's day out with the housemates. and the best part was, i watched rapunzel again, for the second time but still, i felt like watching it again! haa siapa lak yang aku nak ajak after this? and for the thing i just knew yesterday, the cinema in square one already provided 3D movies lah! dah seminggu akak counter cakap. waa awesome lah BP sekarang! heh. i was so eager to watch the 3D one, but have to considered the others so it's okay for me to watch yang biasa biasa pon janji i can watch it AGAIN! makkk dah addicted lah macam addicted movie the simpson sampai tengok tiap tiap hari pon aku boleh gelak macam belom tengok lagi. addicted!

eksaited terlebih.

gila ke? TAK lah! normal je. just addicted!


Thursday, December 9

One More To Go.


French Language
Structural Design
Construction Materials and Testing
Building Procurement
OSHA
Landscape Design

yeah babayy, can u see how much more left for me?? one more yeah one more! truly cant wait for my holiday as most of u already started and ada some yang already get bored with their semester break right? demm i am so yesterday and aku tak jeles pon haha. takpe takpe tunggulah turn aku lak yang holiday sampai bosan.

but but but,
one more 'barrier' before i start my holiday after tomorrow's paper,

SUBMISSION OF PSM's TITLE.

wooheehooo~ dah final year lah gila sem depan!

btw, very big congratulations to my seniors yang dah berjaya finished up this degree. may all of u will lead a better future after this. amin~ =)
and congrats jugak for those yang berjaya further master~

Sunday, December 5

Jangan Berdendam.

Let bygone be bygone. hari ini nak bagi ceramah sikit pasal dendam, or vangeance, or grudge, or vengeance in french. ah, same aje la semua cakap banyak pulak kau!

menurut kajian psikologi, marah kita hanya dalam 4 minit setengah sahaja. kalau dah lebih daripada itu, maka dikategorikan sebagai dendam. haa jangan nak cakap kau tak pernah berdendam kalau kau pernah marah sehari semontok. jangan.

sebab apa berdendam? luka dalam hati yang mendalam atau kita teraniaya, atau sebab tak nak memaafkan, hati masih kotor jiwa masih gelap. pinangan ditolak, fitnah yang disebarkan, boyfriend atau girlfriend yang berskandal, atau manusia yang berskandal dengan boyfriend atau girlfriend, confirm korang dendam lah sebab sure sangat marah lebih daripada 4 minit setengah kan kan kannnn?

dendam tak bagos untok kesihatan. sebab dendam berkait rapat dengan perasaan marah. eh marah pon tak baik untok kesihatan ke? haa yeee marah juga turut tidak baik untok kesihatan! menurut cikgu Biologi aku zaman sekolah dulu, sekali kita marah, beribu sel dalam badan kita akan mati. aku tak tahu la sahih ke tak. kalau dia tipu aku maka aku tipu korang lah. tapi tak mengapa, kalau tak betol pon pretend je macam betol, nanti automatically kita semua akan jadi cool taknak marah marah lagi sebab sayangkan sel-sel dalam badan tak nak kasik mati. haaa pandai pandaiii~

tips mengawal perasaan amarah yang membara atau tak berapa nak membara sangat? aku dah pernah membebel di sini pengurusan perasaan marah.

sekarang nak bercakap pasal dendam bukan pasal marah.

kepada sesiapa yang menyimpan dendam, tak akan membuatkan kita menjadi kaya raya pon. semakin kita dendam, semakin kita menjadi gila. kerananya?
  • kita akan jadik sebok nak duk tauuu pasal orang tuh jaa haa~ mak aih tak penat ke nak ambil tahu pasai orang?
  • dendam akan jadik dengki. bila dengki duit pon cepat habes. erkk? okeh, sebagai contoh, situasi hidup berjiran. si A ni berdendam dengan si B. memang dah langsung tak boleh nak ngam. bila si B beli langsir baru, disebabkan perasaan marah dan dendam yang membuak-buak, dia perlu menang si B tak boleh lebih daripada dia, maka dibelinya juga langsir baru. gilo! boleh diterima la tuh kan contoh itu kan?
  • dendam turut membuatkan kita jadi gila. contoh? ambik je la situasi tadi sebagai contoh pandai-pandai lah korang predict sendirik eheh.
  • bila berdendam dengan orang cantek, self-esteem kita akan menjadi rendah. haa ini cara dendam yang merendah diri walaupun nampak macam bagos tapi tetap tak bagos. bila self-esteem rendah, confidence pon rendah. bila confidence rendah, tak sexayyy bebeh!
  • badan saket hati saket minda saket.
  • hubungan sesama kita tergugat dan goyah.
  • bermacam lagilah ini semua teori aku reka sendirik. aku percaya otak korang turot akan memikirkan sebab-sebab lain yang tiada tercatat secara automatik sebab korang dah baligh dah tahu pikir sebab dan akibat baik dan buruk.
  • yang pasti, dendam menyebabkan hati kita kotor. hidup tak berkat sebab hidayah (petunjuk) tak dekat.
bila kita dendam kita asyik nak marah je. bila marah, muka yang adorable gila pon jadik gila tak adorable.

okeh, aku dah tak nak dendam dendam dah. membazir masa. bikin masalah je. nanti cepat tua. dosa pon banyak dapat. sedangkan Rasulullah s.a.w pon memaafkan umatnya. cukop cukop lah dengan dosa yang aku sendirik bikin.

cara terbaik menghapuskan dendam, MEMAAFKAN! then hati jadik bersih, kita pon bebas daripada dendam dan segala penyakit, happy ending =)

hereby, aku declare aku maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan aku sebar fitnah ke, 'ter'skandal dengan boyfriend aku ke, boyfriend aku layan perempuan lain ke, haa contoh sahaja itu semua okeh saje bikin kontroversi jap. secara realitinya, aku maafkan semua. dah lama dah aku maafkan semua aku dah tak simpan perasaan marah atau dendam dah. i am COOL bebeh! =)

marilah bersama-sama kita saling memaaf maafi. dendam lagi banyak negative daripada positive. TAK BEST!

Saturday, December 4

Love and Other Drugs.

cerita ni dah ditayangkan dekat UK sana tapi Malaysia lambat lagi, 13 januari. maka mampu tengok trailer je sekarang sambil bertasbih cepat lah release cepatlah release dah tak sabar gila nak tengok BOYFRIEND kiteeee~ erkkk!

HARAP MAKLOM: trailer ini mengandungi unsur-unsur 18 tahon ke atas. budak bawah umur jangan sebok nak tengok kalau tak aku sumpah kau tak past exam muahaha!



haaa nampak tak nampak tak boyfriend kite JAKE GYLLENHAAL tuuuuuu?? wah wah berlakon dengan Anne Hathaway lagik ye awak saya sangat sukaaaaaa!! ohoo obvious sangat kah keterujaan?? okeh, berbalik menjadi cool.

Jake Gyllenhaal dah pernah berlakon dengan Anne Hathaway dalam cerita brokeback mountain. aku tengok sikit je cerita tuh sebab tak boleh nak terima walaupun adek aku beria cakap best gila best gila. yelah, menang oscar kan ye tak? tapi tetap geli gak nak tengok tsk tskkk!

okeh, cerita love and other drugs ni kesah dia adalah mengenai Jamie Randall yang sangat playboy bekerja sebagai penjual viagra. lepas itu dia jumpa dengan Maggie Murdock and berjatuh chenta lah mereka. tapi Maggie ni sakit parkinson. dan bersama-sama lah mereka melalui dan menempuhi liku-liku kehidupan demi menjaga cinta yang telah dibina ecewah ayat sangat tak boleh belah!

cerita ni genre dia romantic comedy so tak adalah serius sangat kalau tengok trailer part yang last tuh pon aku dah dekak. eheh. tapi ingat, hanya untok 18 tahon KE ATAS sebab ada unsor yang budak bawah 18 tahon tak boleh tengok. ecewah apa kau ingat umor kau dah 20 tahon dah besar sangat lah ye fatin athirah?? erkk janji dah 18 tahon ke atas haha!

tak sabar wey nak tengok boyfriend kita dengan bukan kita (Anne Hathaway) woohoo tak sabar tak sabar!

p/s: baru lepas tengok cerita Rapunzel tadi wahhhh best gila comel gila nak tengok lagiiii!!

Thursday, December 2

Allah Maha Agung.

let's start with a story. a nice one.

Kenapa tak rogol saya?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu

-a story taken from fb. nice huh? Subhanallah~

maksud Ayat Kursi:

“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(al-Baqarah: 255)

Ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung di dalam Al-Quran. malah turut disebut sebagai penghulu bagi segala ayat-ayat suci Al-Quran. Kursi menurut bahasa Arab ialah kerusi. tapi dalam konteks ayat ini Kursi merupakan arasy Allah, iaitu kerusi tertinggi yang diduduki Allah. the exact meaning is not like the real kerusi sitted by Allah, no. arasy is the way to show us that Allah is the Almighty, Allah tuhan kita yang tertinggi, Allah Maha Agung. that is the definition from my behalf, referred to the things i have been learning in my secondary school years ago. if i was wrong, do set me right. =)

Allah Maha Melindungi, Maha Penyayang. barang siapa yang menurut segala perintahnya, akan dihadiahkan kepada hambanya itu hadiah yang tiada nilai gantinya, macam cerita yang kat atas tu. seorang perempuan yang baik akhlaknya, terpelihara maruahnya dan berterusan terpelihara maruahnya.

ini ada sedikit info penting(sila kelik) yang aku search from the internet of course. silalah baca bagi mereka yang singgah. tak rugi kita tambah pengetahuan mengenai ayat Kursi ni. jangan duk ingat ayat Kursi ni ayat nak ngalau hantu je. nak jawab exam pon amalkan lah baca ayat Kursi, time jawab exam tibe-tibe tak ingat pon boleh amalkan sebab insyaAllah, kita boleh dapat petunjuk. i've been doing this since my secondary school atas pesanan seorang ustaz time form 1, till now. Alhamdulillah, insyaAllah menjadi.

and these are some of the fadhilat of ayat Kursi:

  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
  • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah.
  • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
  • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
  • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

entry kali ni bukanlah aku tiba-tiba nak tunjok baik, no. aku kagom bila baca cerita tadi. as a Muslim tak salah kita kongsi apa yang kita dapat. ilmu is untok semua. simpan sorang sorang pon tak akan jadi kaya raya gak. ini peringatan untok aku sendiri, sebab aku bukan sempurna. dan sekadar mengingati antara kita semua. mudah-mudahan.