Wednesday, January 19

Senggugot / Period Pain .

Bacalah wahai kaum perempuan dan lelaki demi kepentingan sendirik mahupon awek yang dicintai mahupon skandal yang dikasihi mahupon sesiapa sajalah janji dia perempuan.

Normal bagi perempuan/wanita mengalami senggugot. Ada yang sakit ringan-ringan macam kena geletek dalam perot dan ada pula yang sakit terok macam dalam perot kena cucok dengan jarum then usus bagai ditarek-tarek. Yang terok ni da tak normal. Sumpah sakit.

merengkok macam udang adalah posisi terbaik kurangkan senggugot

Kalau pergi klinik, doktor mesti bagi ubat tahan sakit which is sangat tidak bagos untok diamalkan sebab painkiller akan kasik side effect yang lagi terok. Tak pon, doktor mesti cakap " alah sikit je ni, nanti dah kawen baeklah senggugot tu ". Kenapa lepas kawen baru baik aku tak pasti tanyalah doktor tu balek kenapa. Tapi ada orang yang aku kenal dah ada anak empat dah nak dapat menantu pon still senggugot lagi.

Senggugot ialah himpunan simptom fizikal, mental dan EMOSI bila seseorang perempuan tu sedang period atau nak period. Sebab aku besarkan emosi tu ialah perempuan memang gila bila dia dalam kawasan period sama ada nak period dan sedang period. Selalunya gangguan emosi ni masa masa awal period je hari pertama atau kedua. Tapi kalau awek korang 10 hari period 10 hari emosi terganggu naseb koranglah, sayangi awek korang seadanya.

Bagi mereka yang sering kali senggugot terok bila datang period, tolong jangan amek ringan. Sebab mostly yang senggugot terok ni disebabkan wujudnya ENDOMETRIOSIS. Apa tu? Haa mari sini baca aku nak kongsikan sikit info berkenaan senggugot terok yang aku dapat of course lah daripada mentenet jugak.

Senggugot terok melibatkan kekejangan dalam perot yang sangat menyakitkan macam aku nyatakan tadi, bagai perot dicucok-cucok beribu-ribu jarum dan usus ditarek-tarek. Dan kebanyakan kes yang berkait dengan senggugot terok ini ialah disebabkan wujudnya Endometriosis.

Apa itu Endometriosis? Beliau ialah sejenis penyakit yang berlaku bila tisu endometrium, atau nama senang nak paham tisu alas dinding rahim, sepatotnya tanggal semasa period tetapi malangnya dia maintain nak melekat kat dinding rahim tuh tak nak tanggal-tanggal, tumboh di luar rahim seperti ovari, tiub Fallopio dan di mana sahaja asalkan dalam rongga pelvik.

Bila dah tumboh di kawasan luar rahim, tisu endometrium ni akan jadik pertumbuhan yang menyakitkan. Semasa perubahan hormon bila nak datang period, tisu endometrium yang berada di luar rahim ni jugak akan berubah dan bila period, tisu ni turut pecah dan berdarah. Bezanya, tisu endometrium yang dalam rahim akan tanggal dan keluar bersama cecair uterin sebagai darah period. Tetapi bagi yang duduk luar kawasan liputan ni, maknanya pendarahan daripada endometriosis lah, tidak mempunyai jalan keluar dan pengumpulannya menyebabkan tisu tempat dia melekat tu menjadik radang dan berparot.

Secara automatik sistem tisu badan akan menghasilkan tisu parut bagi melindungi tempat dia melekat tu dan disebabkan tindakbalas ini lah perempuan mengalami tekanan pada area pelvik dan kesakitan atau senggugot setiap kali datang period. Malah, mereka juga akan berasa sakit ketika melakukan hubungan suami-isteri.

Macam mana nak tahu ada endometriosis ke tidak? haa ini lah gejala-gejalanya. tadaaaaa!!
- Kesakitan pelvik yang terok ketika period sama ada sebelom, semasa atau selepas period. Ada jugak yang sakit dia makin menjadik-jadik bila dah nak habes period.
- Sakit dalam usus ketika period.
- Sakit bila nak kencing atau bahasa nak sopan, buang air kecil.
- Pendarahan yang banyak dan tidak menentu.
- Kelesuan yang disebabkan pendarahan yang banyak.
- Abdomen atau perot yang kembong atau makin boncit bila datang period.
- Cirit-birit atau sembelit, disebabkan oleh sakit yang amat pergi toilet terberak-berak pulak macam saluran bontot loose.
- Sakit ketika mengadakan hubungan seks bila-bila masa bukan bila period sahaja dan bahawasanya seks semasa period adalah haram.

Jangan dipandang ringan sebab penyakit ni mampu untuk mempengaruhi kesuburan seseorang. Kehadiran menatang endometriosis ni boleh menghalang laluan sperma ke ovari menyebabkan seseorang perempuan yang tidak bersalah sukar untuk mendapatkan anak.

Kaedah rawatan yang dicadangkan ialah pengambilan ubat dan pembedahan. Kalau nak amek ubat, bolehlah tuan puan amek pil pencegah kehamilan, hormon estrogen mahupon hormon lelaki iaitu testosteron. Kalau melalui kaedah pembedahan pulak ada dua je tak banyak yakni pembedahan konservatif dan bukan konservatif. Apa-apa hal pon check dulu baru kau nak sibok pasal rawatan.

Tapi ada terbaca kalau setakat senggugot biasa tak ada gejala-gejala endometriosis ni boleh cuba minom teh tanpa gula. Amalkan semasa sedang period.

Apa macam? Ada yang terkena batang hidong sendirik atau awek sendirik atau skandal sendirik atau orang yang anda stalker sendirik? Disarankan supaya cepat-cepatlah pergi check dan dapatkan rawatan lanjutan sebab nanti wahai perempuan, kalau tak boleh beranak macam mana? Nak ke laki cari perempuan lain atas sebab tak boleh kasik anak berpunca daripada senguggot? Ruginya jadik perempuan. Nauzubillah simpang malaikat patplohpat.

Rujukan : Bahaya senggugot

Lagi info:
- Rahsia seorang wanita
- Punca wanita diserang senggugot
- Petua tradisional merawat senggugot

No comments:

Post a Comment