Saturday, January 22

Belog-Belog Yang Aku Suka.

apa kejadah entah malam ni duk promote pasal diri sendirik. kegemaran kesukaan kebencian lah huk aloh.

sebab aku dah suka

1. Terfaktab
belog percintaan yang kadang-kadang macam bangang tapi sangat diterima oleh otak aku disebabkan oleh belogger belogger hebat dan gaya penulisan yang memikat kalbu sebab sempoi dan tak gedik. makin banyak cacian dan maki hamon makin otak aku suka. belog ini sangat berinfo lah.

2. LensaRosak (AlexiaAqram)
sumpah aku suka. setat isu FL vs dia tuh hari makin aku bertambah-tambah suka. kehkeh terserlah tak kekejian aku di sini? persetankanlah kontroversi itu hari sebab belog dia sangat membuatkan aku berfikir dan benda betol kot, ape nak kesah? haaa~ dia juga crew terfaktab.

3. Hellioz (and it's all about perspectives)
makin banyak cacian dan maki hamon makin otak aku suka. perspektif dia sangat bernas dan aku baca je lah sebab aku dah suka. hebat gila sampai mazidul pon terkejar-kejar dan membuatkan aku caci maki je time baca belog mazidul berkenaan Hellioz ni. haha. ni pon sama crew terfaktab.

4. Perempuan Jomblo
aku suka belog akak ni sebab dia salah seorang penulis perempuan yang lantak-aku-lah-aku-nak-tulis-macam-mana. aku follow belog dia dah lama. dan sekarang dia pon dah jadik salah sorang crew terfaktab. kan dah aku cakap crew terfaktab hebat-hebat je semua.

5. Cursing Malay
best! memang akan berfikir je lah belog dia ni. walaupon berunsorkan politik tapi dia buatkan aku berfikir dan semua benar-benar belaka pada pandangan mata aku. kadang-kadang entry bodoh gak sampai gelak sorang-sorang.

6. Budu dan Belacan
fotografer perempuan. pon best sebab dia pon tak ada nak kaber malu dalam menulis. dah lama gak follow since dia tak pakai tudong sampai sekarang dah bertudong. best jugak sebab dia membuatkan otak aku berfikir. style dia best. belog countthethread dia pon best. fashionista.

7. Hanis Zalikha
perempuan cantek yang sama umor dengan aku. penulisan dia bersahaja. ah, semua dah tahu lah sape Hanis Zalikha sebenarnya tak yah kau nak elaborate lebih lebih.

8. Carl Samsudin
dulu aku suka baca sebab banyak duk promote tempat makan kat JB dan iluminati segala. lepas tuh dia ni pon orang kuat JOHO. dia punya photography pon aku follow dari tak berapa nak menjadik sampai lah dah superb sekarang. dia punya awek gila comel padahal dia tak ade lah hensem sangat. haha sumpah kena maki dalam diam ni KALAU dia baca. tapi sekarang dah tak berinfo sangat sebab maybe dia busy kan. pendapat peribadi, aku lagi suka Projek Gadis berbanding dengan Projek Belogger sebab dia punya second Projek Gadis adalah belogger jugak.

8 lucky numbers! =)
semua belog yang listed aku suka lah. pendek kata, makin banyak kau maki kau mencarot, makin banyak aku suka. kalau korang nak link diorang ni carik kat ruangan bahan bacaan berilmiah aku.

tak pandai nak buat ulasan sebab tuh semua ulasan macam sama. haha yang pasti aku suka. dan apa yang aku suka adalah yang aku suka. disebabkan ada belog-belog ni lah aku jadik rajin membaca. terima kasih belogger belogger hebat.

p/s: semua dalam kategori bacaan berilmiah aku sukalah. yang listed yang terlebih suka heh. XD

p/p/s: tak mampu nak hasilkan belog yang berilmiah sebab aku malas nak membaca. harapkan baca belog je. XD

No comments:

Post a Comment