Monday, January 10

Naseb Aku Bukan DHF Sesiapa.

DHF? die-hard-fan lah gila tuh pon tak tau ke?

a'ah, naseb tak minat gila-gila kat mana-mana artis pon semalam. kalau tak akan ke aku join page yang "Kami Tak Setuju Ana Raffali Menang" tuh? pergh bapak ah. ni bukan setakat gila kentang ni da gila meroyan!

Ana Raffali best kot. lagu dia pon best. dia pon best. tapi aku tetap bukan DHF. Yuna pon best. lagu dia pon best. tapi dia tak berapa nak best. and aku tetap bukan DHF. Faizal Tahir pon best. lagu dia pon best. dia pon best. tapi aku tetap bukan DHF. Bunkface? Hujan? tetap bukan DHF jugak. Shahir? Adira? Stacy? Hafiz? dan segala kerabat AF? maaf, langsung aku tak pandang (kecuali Aizat yang sorang). heh.

kesimpulannya, tak yah la duk sibok nak pertikaikan siapa yang menang sebab juri dah putuskan. siapa kau nak pertikaikan sampai buat page tak setuju segala bagai? haha. aku rasa orang yang buat page tuh mesti DHF Stacy tak pon Shahir tak pon Hafiz tak pon Adira tak pon Siti Nurhaliza.

aku ingat nak diamkan je tapi sampai ada page khas tak sokong Ana Raffali membuatkan aku terpanggil untok mengulas (kau ingat kau siapa nak ulas-ulas ya Kassim?) sehinggakan aku lupa niat sebenar aku. ye, AKU LUPA!!

Ana Raffali vs Yuna: dua-dua aku suka. tapi gambar kat atas kelihatan Ana Raffali lagi sopan dari Yuna yang bertudong. eh lantaklah, lain orang lain cara. eh lupa, gambar credit kepada google. jangan nanti aku lak yang kena dengan Ana Raffali sama Yuna sebab tak mintak izin dulu dekat wall facebook diorang. #sarkastik.

tapi, Ana Raffali hot. dia paling sexay dalam ramai-ramai. sebab dia pakai baju kurong.

No comments:

Post a Comment