Friday, January 14

Hari Hol Sultan Johor di Singapore

proposal PSM dah submit. baru kepala lega siket nak online nak update nak berhuha segala. kononnya lah. tunggu hentaman daripada supervisor je Isnin nanti.

ini adalah entry berupa diary. dan dipenohi gambarrr. harap maklom.

11/1/11. Hari Hol Sultan Johor yang cantek. maksod aku, tarikh tuh yang cantek. dan merupakan hari yang kental bagi aku serta hari yang paling menyeksakan bagi kaki aku dan hari yang seronok bagi diri aku.

plan minit terakhir. sebab malamnya memang dah dimaklumkan bahawasanya tak jadik pergi. pagi, pukol 8, dapat call, cakap siap-siap lah cepat, jadik pulak. apa lagi, terus berdesum aku bangon mandi siap-siap semua. sebelom pukol 9 lagi dah keluar rumah. maka berjalan kaki la menapak untuk menunggu bus ke kaunter bus gagap (KKKL). menuju ke JB.

Kronologi Cerita Kental:
  • tunggu bus kat bus stop nak ke Parit Raja punyalah lama. sampai putih mata je nengokkan bus gagap pukol 9 berlalu pergi.
  • sampai kat Parit Raja lak, dua-dua kaunter tutop. gagap and S&S. naseb baek ada kakak tuh dia cakap tunggu je nanti bus berenti kat depan kaunter. naseb baek jugak ada Mira room mate Azie (lantak lah kalau korang tak kenal pon) kurang siket kegelabahan.
  • at last, dapat bus pukol 9.30. bus laju gila nak mati. 10.35 dah ada dekat Larkin. weehee!
  • Ibu Ilham tak dapat hantar pergi CIQ. dari Larkin patah balek rumah dia then jalan kaki lagi gerak tunggu bus.
  • pukol 12 baru sampai CIQ. Iza and Syida and Upie da lama gila dekat situ. dah siap jalan-jalan kat CS lagi.
  • 12.30 baru naek bus masok Singapore.
  • dari Kranji amek MRT gerak Orchard. stesen ke-14 dari Kranji. pukol 2 baru sampai Orchard.
  • masok Wheelock Place, masok Isetan, masok Tang Plaza, masok ION Orchard, masok Wisma Atria pusing pusing carik Esprit dengan Forever 21.
  • makanya, window shopping, shopping, jalan turon naek basement masok basement keluar basement (sebab shoplots dia dalam basement) dan amek gambarrrr (Upie sebagai cameraman hehe)!!
  • 7.30 malam baru sampai dekat imegresen. kaki masing-masing time tuh semua macam dah nak tanggal. dalam train pon muka semua dah tak ceria.
  • 8 malam, akhirnya sampai bando.
  • tumpang ayah Iza sampai Giant Extra.
  • tunggu ibu Ilham datang amek. dah pukol 8.40. gegas gerak Larkin then sempat amek tiket pukol 9 balek BP. 10.30 malam baru sampai rumah.


keluar je train dah ada dalam shopping complex ni. tapi dekat basement. so keluar je macam excited tengok dunia luar.

maka, amek gambar acara wajib. dan bangunan yang kat belakang tuh cantekkkk!

haa kan da cakap cantek. kan? maka berfikirlah kami bagaimana nak melintas jalan disebabkan langsung tak ada satu manusia pon yang melintas.

maka diputoskan untok ke Isetan yang bertentangan dengan kami.

hati tetap nak menuju ke ION Orchard yang cantek tadi. maka turonlah kami ke basement Wheelock Place tadi sekali lagi untok mengharungi subway ke bangunan cantek itu.

alang-alang da masok lagi sekali maka bershopping lah kami. jelas terpancar cahaya kegembiraan bila dapat menghabeskan duit dengan jayanya. nampak kan nombor-nombor yang kat belakang tuh? hampir gila dibuatnya.

dan berjaya lah kami mengharungi subway dan naek kembali ke atas permukaan bumi dan bersua muka dengan ION Orchard yang cantek tadi.

muka yang eksaited pon dipamerkan dengan penoh keikhlasan.

dan secara tidak langsung kelihatan manusia sedang beratur panjang di hadapan LV. nak masok pon kena beratur ke? detik hati kami.

menujulah kami untuk beratur bersama di hadapan LV.

haa nampak tak beratur nak masuk tuh?

masing-masing menaruh perasaan nak shopping dalam boutique LV.

nampak patung pulak. maka seboklah kami nak bergambar dengan patung pulak.

maka bergambarlah kami dengan patung patung sekalian.

maka hadirlah Upie yang setelah lama menyembunyikan diri. sweet je muka budak ni. XD

maka tak habes lagi, action pulak konon konon mengambil tahu perkembangan dunia dalam kesibukan kota. Iza je yang tak.

hadirlah pula dua penyeri kedai Nike si Iza da si Syida yang alahai, comel je posing. XD

dan dengan itu kesempatan untok bergambar secara duo adalah tidak dilepaskan.


yang seronoknya adalah sebab pergi beramai-ramai. ada Iza yang kecik comel, ada Syida yang tinggi, ada adek Iza yang penyegan tapi sweet je mukanya - Upie. Iza and Syida ni coursemate Ilham and dua-dua pon dari KMJ jugak. heh. dua-dua comel, sporting, best je jalan sama! weee suka-suka! next time boleh kita pergi sama-sama lagi ye! #excited

ni baru sebahagian gambar. ada banyak lagi. Iza dah upload semua dalam fb dia. ni semua dikidnap dari fb Iza. sebahagian ni pon jenoh aku nak nyuson ikot kronologi. haha. itu la, nak show off sangat rasakannnn!

No comments:

Post a Comment