Saturday, January 22

Aku Seorang Atiewa.

perbualan di mukabuku bersama Asss yang memikirkan masa depan dengan sangat serius. gambar rapunzel comel itu mewakili aku.

aku diberanakkan pada tahun 1990. seorang student tahun 3 di UTHM course construction technology management yang mana bertanggungjawab menjaga site sama ada jadik assistant project manager ke, project manager teros ke, contractor ke, developer ke and even engineer pon kitorang boleh jadik in the future. tak percaya? lantak kau. lagi setahon tamat lah riwayat aku sebagai student degree di UTHM.

aku bukan seorang yang sopan, ayu dan tidak mempunyai sebarang ciri-ciri perempuan mahupon menantu pilihan. aku tak pandai nak cakap lembot-lembot yang mana akan ada unsor-unsor 18SG mahupon 18SX dalam perbualan. aku suka bergambar namun sangat tidak reti untok bergambar seakan-akan manusia Jepun mahupon Korea. aku juga suka menayangkan gambar rupa buruk sekalipon kerana aku percaya kecantikan dalam gambar adalah palsu semata-mata walaupon secara realiti rambot aku, muka aku sebenarnya lagi terok daripada yang dijangkakan tapi aku tidak pernah nak kesah.

aku sangat tidak suka gay, dan juga lelaki-lelaki yang mengalahkan perempuan dalam hal mekap mekap dan dresap dresap. aku senang jatuh cinta bila tengok lelaki bersukan dan bagi aku lelaki yang tidak bersukan ni adalah lembik. indoor macam boling tuh pon sama la bhaiii.

aku tak kesah apa orang nak cakap pasal aku selagi dia tak nyusahkan hidop aku. tak rajin juga untok kesah pasal hal orang sebab membuang masa aku walaupon membuang masa adalah kegemaran aku.

seorang yang mudah mesra tak sombong dan suka senyom suka gelak. tak suka marah sebab muka cepat berkedot nanti melainkan memang sebab untok marah adalah kukoh. ececeh promote sifat terpuji jap. secara peribadinya aku seorang yang gelabah dan juga pemalas tapi aku tak suka keadaan yang bersepah sebab aku juga boleh dikatakan pengemas.

seorang yang sangat malas nak belajar. aku tak bodoh tapi aku malas. sangat malas tapi aku suka untok menghabeskan sisa-sisa hidop aku untok mengumpol ilmu. habes degree ni nanti aku menyimpan cita-cita untok sambong master di UTM, insyaAllah~ doakan ye rakan-rakan.

aku bukan budak biasiswa sebab aku pemalas. pengajian aku di UTHM adalah ditanggong oleh PTPTN yang mana sampai sekarang masih tak dikreditkan lagi dalam akaun bank Muamalat aku. tapi, loan aku hanya seco'et. sepanjang 6 semester ini, di saat student lain bergembira dapat berjimba dengan duit loan aku hanya mampu tengok tanpa perasaan sebab jumlah loan yang aku dapat sangat tidak membantu dalam menanggong hidop seharian aku di UTHM apatah lagi untok dibawa berjoli. eh aku tak kisah pon jangan bersedih sebab nanti sikit je aku kena bayar.

nama aku Fatin Athirah. ada yang panggil Fatin, Atie, Atiewa dan ada juga yang pemalas panggil Tiewa je. kenapa Atiewa? sebab dulu dekat matrik suka menganjeng manusia gedik-gedik tukar huruf R jadik W. contoh: orang jadik owang, baru jadik bawu, haru-biru jadik hawu-biwu? kau lempang je sesiapa yang berkenaan. nganjeng punya nganjeng last-last lekat kat nama aku sampai sekarang.

dan aku bertudong hanya di BP. kenapa? lain kali aku jawab.

yeah, itulah aku seorang Atiewa yang cemerlang terbilang dan gemilang.

p/s: apa motif? tak ada.

No comments:

Post a Comment