Wednesday, August 17

Hitam Putih

menggigil kaki bila melangkah masok wad ICU. dah lama tak pergi hospital. tak ada perasaan langsong. aku dah cuba jadik natural sehabis baik, aku dah cuba putihkan hati sehabis baik, itu yang aku datang. tapi still ada lagi perasaan 'hidop mati dia tak ada kena mengena dengan aku pon'. Astaghfirullahalazim.

bila nampak wajah yang terbaring lemah atas katil otak aku teros tak ada reaksi. hati je yang duk pikir banyak. wayar berselirat satu badan. rasa macam berdosa gila sebab aku keep holding grudges for years. nak cakap 'i forgive u' pon rasa kelat gila even dalam hati je bersuara. sepatotnya aku pon kena mintak maap. aku harus mintak maap. tapi aku just mampu tengok dia dengan pandangan yang entah apa perasaan time tu.

pegang je tangan dia, slow je dia tanya 'Atie?'. aku tak tau nak buat apa. aku tenong je dia sambil pikir betapa teroknya aku simpan dendam kat orang yang lemah yang memang dah tak boleh nak buat apa dah. pandangan dia buat aku rasa semacam.

Ya Allah, sembuhkanlah dia. panjangkan lah umurnya. berikan lah dia kesihatan yang baik selepas apa yang Engkau duga dia saat ini. sekiranya sudah sampai masa dia pergi, tarik lah nyawanya dalam keimanan di jalan-Mu, tenangkanlah jasadnya ketika rohnya dicabut malaikat-Mu. sesungguhnya daripada Mu kami datang kepada Mu kami kembali.

aku tak nangis. aku senyom dalam paksa. aku kaku je. aku maapkan dia. aku mintak maap dengan dia. tapi tu semua dalam hati je. sebab aku tak mampu nak pikir nak kena buat apa saat tu. speechless tengok dia yang memang lemah tak bermaya.

hitamnya hati aku. Astaghfirullahalazim.

entah. aku konpius. deadly confused. serabot.

No comments:

Post a Comment