Monday, February 21

Besmesra Dengan Menatang.

setelah sekian lama i pendam niat, setelah berminggu minggu tertunggak niat i yang tersebot, weekend itu tercapai jugak ye akhirnya ngahaha i sukeeee~ oh gedik panggg tampo pipi sekali dengan perlahan T__T

i telah menjayakan aktiviti bermesra bersama menatang di Zoo Johor. kenapa zoo? haha entah la ye tiba tiba aku macam nak gi zoo yang amat sangat sebab dah lama tak tengok menatang yang real asyik tengok menatang yang tak real je erkkk~ dah lama tak pergi zoo last pergi Zoo Melaka tahon 2008 dulu dengan family. ceh baru 2 tahon!

excited bukan kepalang. sebab tak pernah sampai lagi Zoo Johor time family pergi dulu berlagak tak nak ikot sebab pffftt apa barang pergi zoo dah lah zoo kat johor ni kecikkk je =.=" haa sekarang aku yang melebih lebih.

walaupon kecik, walaupon tak banyak sangat menatang, walaupon gajah tak beso, walaupon babun tak gemok dan bontot tak merah menyala, walaupon harimau dia pemalas baring je tau, walaupon orang utan dia pandai merokok, walaupon tak dapat bergambo ngan anak singa dan ular sawa yang menggiurkan itu sebab kena bayar dan aku adalah kedekot, jom layan gambo gambo menatang menatang gerek seyyy ngahahah.


tapirs.

camels.

anak gajah. aku bagi nama dia Jumbo. eh suka hati i lah. pffftt.

'teddy' bear.

rimau pemalas satu.

rimau pemalas dua. ewah ewah kau kemaen lagi ye tempat tido.

flying monkey. ye ke tidak aku pon tak tau bahaha.

kebanggaan rakyat Sarawak. burung kenyalang.

burung kasawari. aku nak panggil burung dinosaur. haa cuba kau tengok kepala dia.

buaya pemalas tido je kau reti.

ni lagi sekor buaya pemalas satu kolam dia pulun sorang. besau wey.

now introduced u guys dengan cik hippo Gloriaaaa!! ♥♥

babun kuros bontot tak mantap.

iguana. terasa nak pegang tapi tak boleh pegang lah.

pelican, favourite aku ni berpuloh gambo dia sekor. cantekkkk T__T



tak rugi pon pergi zoo. seronok. jangan kau ingat zoo untok budak budak je sebab aku memang pikir cam gitu pon =.=" hahah. dapat pegang ular sawa besar tapi tak dapat ambik gambar sebab sayang nak keluarkan RM15 semata mata nak bergambo heh.

kepada yang sedang bercinta sakan tuh, ajaklah pakwe makwe korang berdating kat zoo. ni asyik duk ulang benda sama je makan movie bowling karok beromen tak bosan ke? haaa~

kalau setakat Zoo JB ni, RM3 je per head. murah je ponnn. nak main makhluk yang kayoh kayoh atas air kena bayar RM5 per boat, dapat muat 2 orang. dapat dah kau nak beromantik mantikan dengan pasangan korang untok 15 minit. dapat lah ambik gambar pelican dari jarak dekat tu. haa best best.

tak tau zoo ni kat mana? senang je, betol betol depan masjid besar JB, Masjid Sultan Abu Bakar, sebelah je dengan Maahad JB. nak exact location google map sendirik lah. okthanksbye. =))

No comments:

Post a Comment