Monday, March 7

Sebab Saya Bukan Malaikat.

everything ada dia punya pros and cons. sebab tak ada benda yang perfect pon dalam dunia ni. kecuali Al-Quran.

saya tahu banyak salah saya dengan orang sekitar saya. saya selalu nak marah marah kalau ada orang buat salah dengan saya. even marah dalam tempoh yang sekejap je pon, perkataan marah tuh still akan wujud dalam diri saya saat dan ketika itu.

saya dengan confidentnya mengaku memang saya langsung tak suka marah marah. penat marah marah ni tapi bila keadaan dah melampaui tahap kesabaran memang lah saya akan meletop. sebab itu lah saya tak suka pendam perasaan. dulu bila saya marah saya hembos je depan depan muka orang yang saya marah. memang lah perbuatan saya itu tidak beretika tetapi macam yang telah saya nyatakan tadi, semua benda ada kebaikan dan keburukan. bila saya buat macam tuh, saya hanya akan marah dalam tempoh 10 saat sahaja. tetapi bila saya pendam, marah saya akan jadik 10 jam. saya rasa macam nak gila saya tak suka T__T

kenapa saya pendam? sebab saya sedar sekarang bahawa tak semua orang boleh terima dengan cara bila-aku-marah-aku-hembos-je saya tuh. sekarang saya sudah besar, lagi banyak pesen orang yang saya jumpa. sekaligus membuatan saya berfikir saya tak boleh ikot cara saya je walaupon dalam banyak hal memang saya ikot kepala saya je haha. perasaan orang saya perlu jaga tapi dalam masa yang sama perasaan saya juga saya nak jaga sebab kalau saya tak jaga perasaan saya nanti mulot saya yang akan menafsirkan perasaan saya dan perasaan orang lain akan terluka lebih lebih lagi yang memang jenis meleleh nak mampos. memang dasar mulot puaka lah saya ni.

senang cerita, saya sedar bahawa semua orang termasok saya punya kelemahan sendiri. saya bukanlah malaikat. tapi bukan disebabkan saya bukan malaikat orang lain adalah malaikat. oh no no a very big no no (tak nak kalah). setiap perkara ada give and take. orang lain memberi saya haruslah menerima sebab bila turn saya memberi orang lain juga akan menerima. adapt dengan persekitaran dan belajarlah untuk give and take. minda yang positif mewujudkan hati yang positif, insyaAllah.


saya tak nak sesakkan kepala otak saya dengan keburukan orang je. nanti hidop saya penat dan nanti hidop saya juga akan penat perasan macam saya yang paling bagos dalam dunia ni. taik lu lah. bila ingatkan keburukan orang minda jadik sakit, jiwa pon boleh jadik kotor.

memang saya dan awak bukanlah malaikat. jangan cuba berlagak sempurna seperti malaikat. sebab kita masing masing buat salah. tapi saya akan cuba sedaya upaya saya untok invisiblekan awak punya salah supaya saya dapat tengok betol awak je. aminnn~

p/s: pergadohan yang positif ialah maki hamon sesama sendirik depan depan selama 10 minit then terus baik terus lupa dah pasal gadoh sebab apa sebab dah lepas tak ada pendam pendam.

No comments:

Post a Comment