Thursday, April 19

Academic in Terengganu

di Terengganu, isu soalan bocor time exam langsung tak wujud. and environment kitorang kau tak dapat A kau bodoh. even kau dapat 3A je pon kau bodoh. seriously. cikgu mengajar dari pagi sampai petang pukol 5.30 baru balik rumah and malam ada kelas tambahan lagi. style kitorang ulangkaji time nak exam, semua soalan trial setiap negeri kau kena siapkan. exam tiap-tiap bulan OTI TOV ujian penilaian so on so forth.

so aku tak hairan langsung kalau Terengganu memang selalu top ranking in academic. been there done that matsaleh cakap.

since aku sekolah rendah sampai aku sekolah menengah, sumpah cikgu-cikgu semua berlumba-lumba nak cerdikkan students masing-masing. kerja sekolah berbukit-bukit. soalan past year bersepah-sepah. kalau tak buat kena denda, kena doublekan homework. memang hidop bersekolah mintak maki. tapi time exam, kau boleh sengih je. banyak latihan banyak lah knowledge senanglah kau nak jawab exam. since aku PTS, UPSR, PMR sampailah ke SPM, itu cara cikgu-cikgu.

aku bukan sekolah sains mahupun MRSM mahupun SBP yang lain. sekolah aku just sekolah harian biasa tapi tetap top ranking di terengganu. SPM aku salah sorang pelajar sekolah target 10A dan aku mampu dapat 7A je. first line yang datang dari mulot somebody-should-not-be-name was "i thought u were smart enough". maksudnya ialah aku dapat 7A pon aku bodoh.

istilah soalan bocor di Terengganu is totally busuk hati dan dengki. kau hantar anak kau sekolah kat Terengganu and u will know how good enough is the academic system in the state. even sekolah harian biasa cikgu-cikgu akan membanting tulang sepenuh hati untuk pastikan students dapat yang terbaik. for me, cikgu-cikgu yang bekerja di Terengganu sangat mantop. akan usaha sedaya upaya untuk pandaikan students.

environment dalam family pon asyik nak berlumba-lumba siapa yang paling banyak dapat A. siapa yang boleh pergi sekolah paling bagos. siapa yang dapat result paling bagos. aku paling bodoh dalam family sebelah bapak aku sebab aku masok UTHM je. okay off record.

and di Terengganu zaman aku sekolah dulu, kami tidak menyanjung tinggi artis-artis yang tidak berotak. orang berakal tak akan menyanjung orang-orang bodoh sebab orang yang patut disanjung ialah orang yang otaknya macam mahathir, and ehem, macam amalina che bakri. itu idol kami. bukan stacy bukan adira bukan bukan bukan. budak-budak zaman sekarang je yang makin maju makin pelik.

so please la hentikan cerita-cerita tak berasas yang menyatakan bahawa Terengganu cemerlang sebab soalan bocor semata-mata. fuck off.

kau jadi cikgu kat Terengganu dulu, or belajar di sekolah-sekolah yang ada kat Terengganu ni, then baru kau boleh bukak mulot.

No comments:

Post a Comment