i telah menjayakan aktiviti bermesra bersama menatang di Zoo Johor. kenapa zoo? haha entah la ye tiba tiba aku macam nak gi zoo yang amat sangat sebab dah lama tak tengok menatang yang real asyik tengok menatang yang tak real je erkkk~ dah lama tak pergi zoo last pergi Zoo Melaka tahon 2008 dulu dengan family. ceh baru 2 tahon!
excited bukan kepalang. sebab tak pernah sampai lagi Zoo Johor time family pergi dulu berlagak tak nak ikot sebab pffftt apa barang pergi zoo dah lah zoo kat johor ni kecikkk je =.=" haa sekarang aku yang melebih lebih.
walaupon kecik, walaupon tak banyak sangat menatang, walaupon gajah tak beso, walaupon babun tak gemok dan bontot tak merah menyala, walaupon harimau dia pemalas baring je tau, walaupon orang utan dia pandai merokok, walaupon tak dapat bergambo ngan anak singa dan ular sawa yang menggiurkan itu sebab kena bayar dan aku adalah kedekot, jom layan gambo gambo menatang menatang gerek seyyy ngahahah.
tak rugi pon pergi zoo. seronok. jangan kau ingat zoo untok budak budak je sebab aku memang pikir cam gitu pon =.=" hahah. dapat pegang ular sawa besar tapi tak dapat ambik gambar sebab sayang nak keluarkan RM15 semata mata nak bergambo heh.
kepada yang sedang bercinta sakan tuh, ajaklah pakwe makwe korang berdating kat zoo. ni asyik duk ulang benda sama je makan movie bowling karok
tak tau zoo ni kat mana? senang je, betol betol depan masjid besar JB, Masjid Sultan Abu Bakar, sebelah je dengan Maahad JB. nak exact location google map sendirik lah. okthanksbye. =))
No comments:
Post a Comment